NUTE SELANGOR BARAT

Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Telekomunikasi Semenanjung Malaysia
Cawangan Selangor Barat

Thursday, April 22, 2010

MAJLIS MENANDATANGANI CA 8 TM/NUTE

Assalamualaikum

Di maklumkan bahawa majlis menandatangani CA 8 TM/NUTE yang di jadualkan pada 22 April 2010 ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan di beritahu kemudian.

Penangguhan ini di sebabkan permintaan dari pejabat YB Menteri Sumber Manusia.
Dengan yang demikian sesi penerangan Beyond Budgeting dan EPE turut di tangguhkan.

Dalam masa yang sama, kita di beritahu bahawa Y. Bhg. Dato' Zamzamzairani yang mengikuti lawatan rasmi kerajaan Malaysia ke luar negara terkandas di London akibat penutupan lapangan terbang di kebanyakan negara Eropah.

Marilah kita bersama-sama memanjat doa ke hadrat Allah swt agar beliau serta rombongan selamat kembali ke tanah air.


Sila maklumkan kepada pegawai-pegawai yang terlibat.
Sekian, Salam Hormat.



Wasalam.

MOHD JAFAR ABD MAJID

Presiden NUTE
Wednesday, April 21, 2010 11:31 AM

Friday, April 16, 2010

Rumusan CA-8

Setelah melalui 6 kali rundingan, akhirnya CA ke 8 berjaya disiapkan dan majlis menandatanganinya akan diadakan pada 22 hb. April, 2010. Penguatkuasaan perjanjian bermula daripada 1/4/2010.

Artikel 8

Tafsiran keluarga/tanggungan bermaksud anak yang berumur sehingga berumur 23 tahun (syarat masih belajar)

Artikel 22
Penyelarasan gaji sebanyak 5.5% (berkuatkuasa 1/1/2010)
Perubahan gaji akhir sebanyak 4% berdasarkan gred gaji terdahulu.
Gambaran gaji akhir terbaru adalah seperti berikut;
• Gred SP3 RM4368.00
• Gred SP RM3796.00
• Gred MS RM3578.00
• Gred SMS RM3089.00
• Gred SK RM2142.00
Kenaikan Gaji Tahunan adalah berdasarkan prestasi individu tertakluk kepada jumlah minima 3%.

Artikel 31 dan 32
Rawatan pergigian sebanyak RM150.00 dalam setiap kalendar tahunan
(cabutan & tampalan)
Bayaran kemasukan dan rawatan ke wad bergantung kepada pakej insuran iaitu sebanyak RM30000.00 setahun dengan premium yang ditanggung syarikat sebanyak RM250.00 sebulan (untuk pekerja sahaja)

Artikel 33
Umur persaraan dilanjutkan kepada 56 tahun, tidak bermaksud kepada sesiapa yang harijadinya jatuh pada 1/4/2010.

Artikel 39 & Artikel 42
Elaun makan 8 -24Jam RM30
Elaun penginapan tanpa resit RM65.00
Elaun memandu RM6.00
Elaun shift 3 pusingan RM100.00
Elaun memanjat menara RM150.00

Artikel 50
Elaun menunggu hari rehat khas RM7.00, cuti umum RM12.00

Artikel 54
Elaun mengajar RM50.00 sejam tertakluk maksimum RM250.00 sehari.
Elaun memangku 10% dan 5% perubahan.

Artikel 64
Elaun sara hidup (COLA) RM100.00

Artikel 65
Cuti tahunan pekerja melebihi tempoh berkhidmat 10 tahun dinaikkan daripada 18 hari ke 20 hari.Cuti sakit yang jatuh pada hari bercuti boleh diganti dengan syarat dimaklumkan kepada penyelia berkenaan untuk kelulusan (tempoh 1 tahun kalendar).

Cuti ehsan juga termasuk kepada kematian datuk, nenek dan ipar.
Pinjaman kenderaan kereta di naikkan kepada RM50000.00
Pinjaman motosikal di naikkan kepada RM6000.00 Tempoh bayaran balik ialah 8 tahun untuk kenderaan baru, 7 tahun untuk kenderaan terpakai.

Artikel 70
Kemudahan sewa talian telefon dan jalur lebar (internet) percuma 10 jam setiap bulan bagi kelajuan 384kbps.Pinjaman perumahan dinaikkan kepada RM150000.00 tertakluk kepada kelayakan jumlah potongan gaji.
Kemeja-T berlengan panjang kepada pekerja wanita yang di bekalkan pakaian seragam.

Artikel 72
Pelepasan menduduki peperiksaan yang diiktiraf oleh syarikat termasuk waktu perjalanan.

Sesi penerangan akan dilakukan oleh pihak NUTE diseluruh Cawangan Selangor Barat nanti.diharap semua ahli dapat mengambil bahagian untuk maklumat yang lebih jelas mengenai Perjanjian Bersama ke 8 ini.


Sesuatu persetujuan pada waktu rundingan tidak boleh di anggap sah dan semua maklumat ini akan hanya diguna pakai sehingga hari perjanjian ditanda tangani pada 22.04.2010 ini.HARAP MAKLUM


Terima Kasih

-Pengerusi NUTE SB-

Monday, April 5, 2010

BONUS TAHUN 2009

Assalamualaikum,

Saudara/saudari yang di rahmati Allah

Sukacita di maklumkan bahawa pada pagi ini, 05hb. April 2010 sempena dengan majlis menandatangani Perjanjian Bersama Ke 5 TM/SUTE di Kota Kinabalu, Sabah, Y. Bhg. Dato' Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM telah mengumumkan pembayaran bonus tahun 2009 bersamaan 1.7 bulan gaji.

Bayaran akan di buat dalam bulan April ini dan tarikh yang tepat akan di maklumkan dalam masa terdekat.

Sila maklumkan kepada semua pegawai-pegawai & AJK cawangan masing-masing.

Sekian, terima kasih.

MOHD JAFAR B. ABD. MAJID, PPN PMC
Presiden NUTE

Thursday, April 1, 2010

Ucapan Tahniah Presiden kepada Dato Zam Di atas Majlis Pelancaran UNIFI 24/3/2010

Subject: MAJLIS PELANCARAN INISIATIF JALUR LEBAR NEGARA & PERKHIDMATAN JALUR LEBAR BERKELAJUAN TINGGI PADA 24.03.2010

Assalamualaikum,

Bagi pihak Majlis Jawatankuasa Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Telekomunikasi, Semenanjung Malaysia (NUTE), saya ingin merakamkan ucapan Tahniah & Syabas di atas pelancaran Inisiatif Jalur Lebar Negara & Perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi yang telah di sempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 24.03.2010.

Majlis pelancaran tersebut amatlah berjaya dan meriah sekali.

Harapan saya agar anggota-anggota TM akan menikmati pakej yang lebih rendah dari yang ditawarkan kepada orang ramai.

Akhir kata kami mendoakan agar projek besar ini bakal menjulang nama Telekom Malaysia dan memberi pulangan yang baik kepada syarikat di samping menjamin perkhidmatan bermutu kepada pengguna.

Sekian, Wasalam.

MOHD JAFAR ABD. MAJID
Presiden NUTE