NUTE SELANGOR BARAT

Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Telekomunikasi Semenanjung Malaysia
Cawangan Selangor Barat

Tuesday, February 23, 2010

PROGRAM BERSAMA AHLI DI BKT RAJA

Nute Selangor Barat akan mengadakan program Bersama Ahli pada hari Khamis 25/2/2010 jam 12.00 tengahhari di Ibusawat BUKIT RAJA (BRA) di Bilik Mesyuarat tingkat tiga.

bagi ahli yang belum mengisi borang update profail, sila isikan dan hantar kpd ajk2 NUTE semasa program di sana.

Isu-Isu Semasa TSSSB

Saudara/Saudari Yang Di Rahmati Allah,

Assalamualaikum w.b.t / Salam Sejahtera

Lanjutan kepada pekeliling yang di keluarkan pada 01hb. September 2009, sukacita saya memaklumkan rentetan peristiwa yang berlaku sehingga ke saat ini.

Seperti yang semua sedia maklum, pada 15hb. Januari 2010 mesyuarat yang di jadualkan bagi merundingkan Perjanjian Bersama Ke 4 telah terpaksa di tangguhkan atas sebab sebab tertentu. Namun kami tidak sia siakan tarikh tersebut dan kesempatan diambil bagi memperkenalkan Pegawai Pegawai & AJK baru NUTE Cawangan TSSSB dengan Ketua Pegawai Eksekutif TSSSB serta barisan pengurusan kanan TSSSB.

Di dalam pertemuan tersebut masalah yuran keahlian dan isu-isu berkaitan telah di bincangkan dan hasilnya pihak TSSSB telah mengeluarkan surat bertarikh 02hb. Februari 2010 yang di alamatkan kepada Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS), En. Mustafa B. Ali dan salinan kepada NUTE.

Antara isi kandungan surat tersebut adalah :-
i) Potongan yuran keahlian kepada NUTE yang ditahan oleh TSSSB sejak bulan September 2009 di kembali kepada NUTE.
ii) Kemudahan 'Check Off' atau potongan gaji untuk yuran kesatuan hanya diberi kepada NUTE sebagai kesatuan yang di iktiraf sejajar dengan Artikel 18 Perjanjian Bersama TSSSB/NUTE.
iii) Yuran potongan yang telah di buat oleh syarikat ke atas lebih kurang 170 orang ahli baru dikembalikan kepada anggota tersebut.

NUTE akan sentiasa mengambil pendekatan secara berhemah dalam membicara dan membincangkan isu-isu berkaitan dengan kebajikan pekerja-pekerja di TSSSB. Kita tidak akan mengamalkan budaya yang negatif terutamanya mengugut sesiapapun didalam kita menuntut hak pekerja. Sistem musyawarah akan terus di amalkan bagi memastikan wujudnya suasana perhubungan perusahaan yang harmonis di TM & TSSSB.

Mengenai isu pengiktirafan yang yang heboh diperkatakan, saya ingin mengajak saudara saudari untuk meneliti maksud Artikel 11 Perjanjian Bersama TSSSB/NUTE..."11.1) Syarikat mengiktiraf kesatuan (NUTE) sebagai sebuah badan perundingan tunggal untuk dan bagi pihak semua pekerja yang layak menjadi ahli dan merangkumi skop Perjanjian ini..." Ini diperkuatkan lagi oleh Artikel 11.2 Syarikat juga mengiktiraf bahawa kesatuan (NUTE) mempunyai hak untuk mewakili ahlinya mengenai tindakan syarikat ...."

Oleh yang demikian tidak perlulah dipertikaikan lagi kesahihannya.

Seterusnya Ibu Pejabat NUTE akan mengadakan program turun padang untuk menerangkan isu-isu semasa dan di harapkan semua warga kerja TSSSB terutama ahli-ahli NUTE TSSSB agar bersabar dan memberi kepercayaan kepada saf kepimpinan NUTE menyelesaikan kemelut yang melanda TSSSB.

Sama-sama kita berdoa agar NUTE akan terus unggul dan diiktiraf oleh semua pihak dalam mewakili semua pekerja bukan eksekutif di TM/TSSSB.

Bersama sama ini dikemukakan senarai nama Pegawai & AJK NUTE Cawangan TSSSB yang baru.

Bagi memudahkan ahli-ahli mengutarakan sebarang kemusykilan sila hubungi pegawai-pegawai di TSSSB Cawangan seperti di lampiran. Sekiranya mempunyai masalah/kemusykilan saudara/saudari juga boleh menghubungi Ibu Pejabat NUTE di no. tel : 03-2282 5350, 03-2282 1599 atau melalui email :nute@streamyx.com

Salam Perjuangan.

MOHD JAFAR ABD. MAJID
Presiden NUTE

Monday, February 1, 2010

PERHATIAN UNTUK PESARA TM 2010

Mana-mana anggota yang akan bersara awal tahun 2010 ini dan belum dipanggil Kursus Persediaan Persaraan, kerjasama pihak tuan adalah diminta untuk mengemukakan nama-nama mereka kepada TMTC, UP: Pn. S.R Yunasiah Masdar untuk tindakan selanjutnya.

Mungkin ada nama-nama anggota yang tercicir dalam proses pemanggilan kursus atau e-mail anggota ‘reject’ sebab mailbox penuh atau tiada kemudahan e-mail dsbnya. Sila rujuk maklumat dan data yang telah kami berikan. Maklumat / data tsb adalah daripada Sistem SAP TM.


Sekian. Terima kasih.

MLMY
EEBS HC SSO
GHCM TM

sila klik link ini utk senarai nama pesara 2010
https://webmail.tm.com.my/exchange/shahrill/Inbox/FW:%20ANGGOTA%20TIDAK%20DI%20PANGIL%20KURSUS%20PERSARAAN%20.-4.EML/SENARAI%20NAMA%20PESARA%202010%20-%202011.xls/C58EA28C-18C0-4a97-9AF2-036E93DDAFB3/SENARAI%20NAMA%20PESARA%202010%20-%202011.xls?attach=1

PROGRAM BERSAMA AHLI DI KLANG

Nute Selangor barat akan mengadakan hari bersama ahli di Tingkat3 Ibusawat KLANG pada hari Rabu 3/2/2010. Diharapkan semua ahli NUTE Klang & Pelabuhan Klang dapat menghadirkan diri.bagi sesiapa yang belum mengisi borang update profail, sila printkan borang PROFILE UPDATER yg ada di bawah, penuhkan dan hantar pada ajk terlibat pada hari tersebut. Terima Kasih