NUTE SELANGOR BARAT

Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Telekomunikasi Semenanjung Malaysia
Cawangan Selangor Barat

Wednesday, September 22, 2010

PEMILIHAN JAWATAN NUTE CAW SELANGOR BARAT 2010/2013

Untuk Makluman.
Tarikh Akhir penghantaran borang-borang Pencalonan yang siap diisi telah dilanjutkan pada hari ISNIN 27/9/2010 .Terima Kasih

Masalah di blog NUTESB

jika anda tidak dapat membaca post2 di blog ini pada hari selasa 21/9/10 & Rabu 22/9/10, Maaf saya pinta kerana blog ini sedang bermasalah. minta maaf dengan kesulitan.. Terima kasih & teruskan bersama blog Nute Selangor Barat

Wednesday, September 1, 2010

CUTI REHAT SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI & HARI MALAYSIA TAHUN 2010

Salam Ramadhan,

Saya ingin merujuk kepada Pekeliling Sumber Manusia No: 8/2010 (5) berkaitan tajuk di atas.

Semenjak dari pengedaran pekeliling tersebut, kesatuan telah menerima beberapa pertanyaan mengenai pelaksanaan "Cuti Rehat Tahunan Mandatori" sepanjang tempoh Cuti Raya & Hari Malaysia.

Kita sedia maklum, inilah percubaan kali pertama pihak Group Human Capital Management melaksanakan pendekatan tersebut selaras dengan inisiatif TM untuk beroperasi dengan lebih efisyen dengan memaksimakan produktiviti kerja di kalangan para anggota.

Samada pendekatan baru ini mencapai matlamatnya atau tidak, sudah tentu bergantung kepada sejauh mana penerimaan para anggota terutamanya ahli-ahli NUTE di seluruh Semenanjung Malaysia.

Di tahun-tahun sebelum ini, setiap kali kita menyambut Hari Raya Aidil Fitri, pejabat-pejabat am akan kelihatan lengang dan adakalanya hanya ada satu atau dua orang pekerja sahaja. Inilah hakikatnya. Hampir 99% pekerja akan mengambil peluang cuti panjang sempena Hari Raya Aidil Fitri untuk bercuti.

Di setiap kesempatan itu golongan pekerja bahagian operasi teknikal dan syif termasuk di TM Point akan berdepan dengan masalah untuk menggilirkan Cuti Rehat. Pada kumpulan ini sudah tentu pekeliling tersebut amat di alu alukan, namun ianya tidak dapat di panjangkan atas sebab-sebab operasi.

Bagi pekerja yang tidak terlibat dengan operasi dan mempunyai Cuti Rehat yang masih banyak, ianya tidak menjadi masalah dan amat di alu-alukan kerana tidak perlu berbalah untuk menggilirkan Cuti Tahunan mereka.

Dakwaan sesetengah pihak bahawa hampir 80% ahli yang tidak bersetuju amat meleset dan harus di buktikan dengan fakta. Ini termasuk dakwaan kononnya kredibiliti NUTE di ragui ramai semata mata kerana menyokong inisiatif tersebut.

Namun demikian, kesatuan tetap sensitif dengan permasalahan yang di utarakan oleh ahli-ahli yang tidak mempunyai Baki Cuti atau Baki Cuti yang terhad di simpan untuk tujuan-tujuan tertentu termasuk Perayaan Agama lain.

Bagi yang mempunyai masalah tersebut, pihak pengurusan Sumber Manusia dan kesatuan telah bersetuju untuk memberi kelonggaran kepada pekerja berkaitan.

Di dalam mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan NUTE yang di adakan pada 25.08.2010, kita telah menyatakan bahawa perkataan "Mandatori" dalam konteks TM tidak boleh di kuatkuasakan seratus peratus (100%) kerana ianya Syarikat Perkhidmatan. Sebab itu ianya tertumpu kepada para pekerja di Pejabat Pentadbiran/Am yang tidak berhadapan dengan pelanggan.

Mesyuarat juga membuat keputusan, bagi yang mempunyai masalah Cuti Tahunan, Syarikat harus mengambil pendekatan "win-win situation".

Semoga kenyataan yang di keluarkan oleh NUTE dapat merungkai segala persoalan yang ada. Kita ingin memberi jaminan bahawa NUTE tidak akan membuat keputusan secara "membuta tuli" tetapi akan melihat secara rasional keperluan dan kepentingan syarikat dan pekerja.

Saya amat yakin dan percaya, pendekatan yang di ambil bukan untuk menganiaya pekerja, tetapi sekadar untuk memberi keselesaan dan dalam masa yang sama, mengurangkan kos operasi. Ini sudah tentu menuntut sedikit pengorbanan dari kita semua.

Janganlah isu ini merosakkan percutian kita sempena Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Malaysia Tahun 2010.

Sekian, Terima Kasih.



Wasalam.

MOHD JAFAR ABD. MAJID

Presiden NUTE