NUTE SELANGOR BARAT

Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Telekomunikasi Semenanjung Malaysia
Cawangan Selangor Barat

Tuesday, November 22, 2011

PERKHIDMATAN KAUNSELING UNTUK PROG MEMBANTU PEKERJA (EAP)

Warga TM Sekalian,

Bahagian Pengurusan Modal Insan (GHCM) telah melantik kaunselor yang professional dan bertauliah (berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia) untuk memberi perkhidmatan kaunseling yang terbaik kepada warga Kumpulan TM. Jika anda atau anggota di bawah seliaan anda menghadapi masalah/konflik di tempat kerja atau masalah peribadi, kaunselor yang professional dan bertauliah ini dapat membantu anggota TM. Perkhidmatan ini disediakan secara percuma untuk anda.

Perkhidmatan kaunseling yang ditawarkan adalah:

ü Bersemuka dengan kaunselor di Pejabat Kaunselor
ü Kaunseling melalui telefon (Tele Counseling)
ü Bersemuka dengan kaunselor di Menara TM, Jalan Pantai Baharu, KL

Anda boleh bersemuka dengan kaunselor di pejabatnya pada bila-bila masa dalam waktu pejabat tetapi perlu membuat temujanji terlebih dahulu. Alamat pejabat kaunselor adalah:

51-1, 1st Floor, Jalan USJ 10/1A
Taipan Triangle
47620 Subang Jaya, Selangor Daul Ehsan

No. telefon kaunselor : 012-3006125
No. telefon untuk temujanji : 03-62016707 / 9707

Anda boleh berjumpa dengan kaunselor di Menara TM tetapi temujanji ini diadakan sebulan sekali sahaja di Bilik Tetamu Aras 50 Utara Menara TM, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur. Tarikh temujanjani sepanjang tahun ini adalah seperti berikut:-

§ 13 September 2011
§ 5 Oktober 2011
§ 1 November 2011
§ 6 Disember 2011

No. Telefon untuk temujanji : 013-3974123 / 03-22401707

Sekian. Terima kasih.


Employee Engagement
GROUP HUMAN CAPITAL MANAGEMENT

Friday, November 18, 2011

Open Counter Program- Take Ownership Of Your Own Data



Tuan/Puan

Assalammualaikum Wbt & Salam Mesra 1TM

Adalah dimaklumkan bahawa pihak Human Capital Shared Service Operation (HCSSO) Ibu Pejabat dengan kerjasama HCBO Selangor akan mengadakan ”Open Counter” bagi mengemaskini data kepada semua anggota TM Selangor pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:-

Tarikh : 23 – 24 November 2011
Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Ruang Legar SME Selangor
Ground Floor, Wisma TM Shah Alam

Sehubungan dengan itu kerjasama tuan/puan adalah diminta untuk mewarwarkan perkara ini kepada semua anggota di bawah pentadbiran tuan/puan untuk mengambil peluang ini dan bantuan tuan/puan juga adalah diminta untuk membuat salinan pada lampiran yang disertakan dan ditampalkan diruang papan notis atau di tempat-tempat yang bersesuaian. Sila maklumkan juga kepada anggota tuan/puan untuk membawa bersama salinan dokumen sokongan bagi tujuan pengesahan pada hari tersebut.


Sekian. Salam Hormat.
bp Head HCBO Selangor

Thursday, November 17, 2011

Majlis Perjumpaan Ahli2 NUTE Klang & P.Klang

Perjumpaan akli-ahli dengan NUTE Selangor Barat akan diadakan pada hari & waktu di bawah dan diharap Tuan/Puan dapat meluangkan masa untuk sama-sama hadir pada hari tersebut.

ZFT Pelabuhan Klang
Rabu 23 Nov 2011
Jam 8.30AM

Mohon juga di war-warkan kepada rakan2 yang tiada email @ yang tertinggal dalam email ini.

Harap maklum & T/kasih

Friday, November 4, 2011

MAJLIS PERJUMPAAN BERSAMA AHLI NUTE DI ZFT BANTING

Untuk makluman Perjumpaan akli-ahli NUTE Banting dengan pengurusan NUTE Selangor Barat akan diadakan pada hari & waktu di bawah dan diharap Tuan/Puan dapat meluangkan masa untuk sama-sama hadhir pada hari tersebut.

Ibusawat Banting, tingkat 3
Rabu 16 Nov 2011
Jam 8.30AM

Mohon juga di war-warkan kepada rakan2 yang tiada email @ yang tertinggal dalam email ini.

Harap maklum & T/kasih

Abd Razak Johari
AJK NUTE BANTING