NUTE SELANGOR BARAT

Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Telekomunikasi Semenanjung Malaysia
Cawangan Selangor Barat

Friday, November 18, 2016

MESYUARAT TIGA TAHUNAN KALI KE EMPAT NUTE CAW SELANGOR BARAT 2016-2019

Mesyuarat Agung Tiga Tahunan Kali Ke Empat NUTE Cawangan Selangor Barat untuk sesi 2016-2019 telah diadakan pada hari Khamis 17 November 2016 bertempat di Bilik Anggerik, Wisma TM, Seksyen 11 Shah Alam. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Naib Presiden TM Selangor, Yang Bhg. Dato' Hajah Zuraidah Binti Mohd Said. Turut hadir ke majlis perasmian mesyuarat agung ini ialah Presiden NUTE, Sdra Mohd Jafar Bin Abd Majid serta beberapa orang wakil dari ibupejabat NUTE. Kehadiran ahli NUTE Selangor Barat amat menggalakkan dan diharapkan supaya mesyuarat agung yang diadakan setiap tiga tahun ini dapat memenuhi setiap harapan dan agenda pekerja berkesatuan dalam era konvergen pada masa kini demi misi & visi TM.









Friday, November 11, 2016

NOTIS MAKLUMAN MESYUARAT AGUNG TIGA TAHUNAN KE 4



Semua ahli NUTE Selangor Barat atau belum menjadi ahli dijemput hadir ke Mesyuarat Tiga Tahunan Kali Ke Empat mengikut maklumat tertera. Sebarang usul hendaklah dihantar secara bertulis kepada Setiausaha NUTE Selangor Barat njazilah@tm.com.my atau kepada AJK NUTE yang terdekat, Terima kasih.

Tuesday, October 11, 2016

BORANG KEAHLIAN NUTE


Sila klik, print & isi borang keahlian di bawah ini serta serahkan kepada AJK NUTE berhampiran anda. Sila maklumkan segera jika pemotongan yuran belum dilakukan pada hujung bulan tersebut, Terima kasih.

Friday, April 24, 2015

Pengurusan Baru TM Resort / TM Resort New Management


Bagi mempertingkatkan mutu perkhidmatan yang kami tawarkan, dimaklumkan bahawa ‘TM Resort’ kini adalah di bawah pengurusan yang baru bermula 1 April 2015. Pengurusan yang dilantik, RHR Hospitality Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat pengurusan perhotelan yang ternama dan mempunyai pengalaman dalam Pengurusan Hospitaliti lebih daripada 2 dekad. Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan bagi unit-unit yang terdapat di ‘TM Resort’ boleh dibuat dengan menghubungi atau menghantar e-mel melalui butiran di bawah:

Bagi sebarang maklumbalas, cadangan dan aduan, boleh disalurkan kepada tmresorts@rhrgroup.com.my atau pmosc@tm.com.my.


RHR HOSPITALITY SDN BHD
No. Telefon
: 03-7729 1616 (Talian Tempahan Berpusat)
No. Faks
: 03-7729 8711
Waktu Pejabat
: 9.00 pagi – 5.00 petang (Isnin hingga Jumaat)
E-mel
Pembayaran
: RHR HOSPITALITY SDN BHD
  CIMB ACCOUNT NUMBER 8001 528 101
Lokasi
Unit
Kuantiti
Alamat
Tanjung Bungah, Pulau Pinang
VIP Suite
1
535, Jalan Tanjung Bungah, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang
Management Suite
4
Executive Suite
15
Cameron Highlands, Pahang
VIP Suite
1
Lot 186, Pangsapuri Anggerik, Persiaran Dyg Endah, 39000 Tanah Rata, Pahang
Management Suite
1
Executive Suite
7
Family Suite (Studio Apt)
1
Peninjau Apartment Fraser’s Hill, Pahang
2 Rooms Apartment
6
Jalan Peninjau, 49000 Fraser’s Hill, Pahang
1 Room Apartment
6
Bungalow Fraser’s Hill, Pahang
Suite
1
Jalan High Pine, 49000 Fraser’s Hill, Pahang
Deluxe
6
Kundasang, Sabah
2 Rooms Semi-D
2
Jalan Masjid Kundasang, Peti Surat 84, 89307 Ranau, Sabah
Deluxe Room
4
Cherating, Pahang
3 Rooms Bungalow
1
Kg. Cherating, Cherating, Pahang

Monday, August 18, 2014

Friday, May 9, 2014

Mesyuarat Bersama Negeri MBN 1/2014

Mesyuarat Bersama Negeri MBN di antara NUTE Selangor Barat, NUTE PJ & NUTE Selangor Timur  Bersama Pihak Pengurusan TM Selangor yang diketuai oleh Datuk Zaini Maatan,VP Selangor telah diadakan di Bilik Anggerik Wisma TM Shah Alam pada 6 Mei 2014. Antara agenda mesyuarat adalah, sesi pengenalan kepada jawatankuasa NUTE yang baru serta membincangkan beberapa isu -isu yang tertangguh. Kebanyakan isu telah dapat diselesaikan sebelum MBN terus kepada pihak2 yang terlibat.






Gambar sumber HCBO TM Selangor

Thursday, February 27, 2014

ARTIKEL 40 - PENAMATAN PERKHIDMATAN ATAS SEBAB PELANGGARAN KONTRAK PERKHIDMATAN


40.1  Seseorang pekerja hendaklah dianggap telah melanggar kontrak perkhidmatannya dengan Syarikat jika ia tidak hadir bertugas berterusan untuk satu tempoh yang melebihi dua (2) hari kerja berturut-turut tanpa kebenaran terlebih dahulu dari Syarikat, melainkan beliau mempunyai alasan yang munasabah untuk ketidakhadiran tersebut dan telah memberitahu atau cuba memberitahu Syarikat mengenai alasan tersebut sebelum atau pada peluang terawal semasa ketidakhadiran tersebut.

40.2  Syarikat boleh menamatkan perkhidmatan pekerja tanpa notis sekiranya berlaku perlanggaran kontrak perkhidmatan sebagaimana yang dinyatakan di Artikel 40.1 di atas.

40.3 Hak membuat rayuan:-

a) Pekerja yang ditamatkan perkhidmatan di bawah Artikel 40.2 adalah berhak membuat rayuan kepada Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Telekom Malaysia dalam tempoh tiga puluh (30) hari daripada tarikh notis pemberitahuan penamatan perkhidmatan.

b)Rayuan pekerja itu hendaklah diputuskan oleh Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Telekom Malaysia dalam tempoh tiga puluh (30) hari daripada tarikh penerimaan rayuan tersebut.

c)  Satu salinan keputusan rayuan yang dibuat oleh Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Telekom Malaysia, hendaklah dikemukakan kepada Kesatuan.

d) Pekerja berkenaan boleh menghantar terus surat rayuan terhadap penamatan perkhidmatan kepada Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Telekom Malaysia yang akan ditentukan oleh Syarikat.

Ini lah Artikel yang jarang di beri perhatian dan jarang di gunapakai oleh Exec/Penyelia terhadap pekerja yang melanggar Artikel ini. Dalam Artikel ini dengan jelas Pekerja boleh di tamatkan Perhidmatan (Buang Kerja) tanpa NOTIS. Maksudnya di sini tak perlu lagi diadakan Proses Siasatan Dalaman sebagaimana dalam Artikel 39.3.

Sila berhubung dengan pihak HCBD untuk mengetahui proses yang harus di ambil keatas anggota yang melanggar Artikel ini.

HJ.PAUZI CHE AHMAD
Assistant Manager IR Central Region
Human Capital BD | Level 2, Wisma TM Shah  Alam

Sunday, February 16, 2014

PENYALAH GUNAAN ARTIKEL 70 CUTI EHSAN CA-9 TM-NUTE


PERJANJIAN BERSAMA TM-NUTE KE 9 (CA-9)

PENYALAH GUNAAN ARTIKEL 70.1 a)iv) CUTI EHSAN : Menjaga tanggungan dalam wad,mengiringi tanggungan menjalani rawatan di luar kawasan dan mendapat rawatan di luar kawasan.
Dalam pemantauan HCBD Selangor ada anggota yang mengambil cuti ehsan dan diluluskan untuk menjaga Ibu/Bapa dalam wad. Sedangkan artikel ini hanya untuk tanggungan sahaja dan ibu bapa tidak termasuk dalam tanggungan.

ARTIKEL 8-TAFSIRAN.

Artikel 8.8 Keluarga/Tanggungan.

Ertinya seorang suami/isteri kepada pekerja yang sah dan anak-anak yang berumur lapan belas (18) tahun ke bawah atau sekiranya masih belajar di sekolah/institusi secara sepenuh masa di bawah umur dua puluh tiga (23)tahun.Had ini tidak terpakai bagi anak-anak yang cacat di sebabkan kelemahan otak atau jasmani. Maksudnya anak ini adalah tanggungan sepanjang hayat.

 Di sini jelas ibu bapa tidak termasuk sebagai tanggungan anggota dan tak layak untuk mengambil cuti ehsan menjaganya di dalam wad.

Ibu/Bapa hanya termasuk dalam keluarga terdekat yang cuti ehsan hanya layak di ambil untuk kes kematian sahaja.

ARTIKEL 70-CUTI EHSAN

ARTIKEL 70.1C)

Keluarga terdekat bermaksud isteri/suami, anak-anak,ibu bapa,datuk/nenek pekerja,ibubapa mertua,adik beradik,ipar,ibu bapa saudara,anak saudara,cucu dan menantu.(Dalam hal ini cuti ehsan hanya untuk kes kematian sahaja).

ARTIKEL 70.2c)

Cuti Ehsan hendaklah di ambil pada masa kejadian itu di beri tahu dan untuk tujuan kejadian itu sahaja.


PAUZI CHE AHMAD
 
Assistant Manager IR Central Region
Human Capital BD | Level 2, Wisma TM Shah  Alam
H/P: 013 3362323 | Off : 603-55184895 Fax : 603-55184892
Email : pauzicah@tm.com.my

Monday, February 3, 2014

PERSIDANGAN PERWAKILAN TIGA TAHUNAN NUTE 27-30 JAN 2014 PERLIS




Mesyuarat Tiga Tahunan Kali Ke 4 Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Telekomunikasi Malaysia telah berlangsung dengan jayanya pada 27-30 Jan 2014 Bertempat di Hotel Sri Malaysia, Kangar Perlis.Majlis telah diirasmikan oleh YB Dato Hj Ismail Bin Hj Abd Mutalib, Timbalan Menteri Sumber manusia.Majlis perasmian juga telah dihadiri oleh CEO Kumpulan TM, Tan Sri Zamzairani Mohd Isa, VP Dato Khalis Abd Rahim, Dato Sharif serta ramai lagi dari pihak pengurusan. Persidangan selama 4 hari ini telah di selang seli dengan Seminar & taklimat ringkas berkaitan hala tuju bisnes TM/Game Changers oleh EVP TM En Imri Mokhtar, Taklimat berkaitan produktiviti oleh MPC, GST oleh Jabatan Kastam Wilayah Utara, Motivasi dari YM Dr Tg Asmadi Tg Mohamad serta beberapa lagi penceramah yang lain.

Selangor Barat telah diwakili oleh,

Sdr Mukhtar Ali Bazzir Ali ( Naib Presiden)
Sdr Mahadi Maarof (Exco MJA)
Sdri Nur Jazilah Omar ( Setiausaha NUTE Selangor Barat )
Sdr Mohammad Zaaba Mohamad Yunus ( Bendahari NUTE Selangor Barat )
Sdr Shahrill Sahedan ( AJK Bkt Raja )
Sdr Ramli Md Razi ( AJK Sabak Bernam )
Sdr Samsudin Ahmad ( AJK Klang )
Sdr Abd Razak Johari ( AJK Banting )

RINGKASAN MESYUARAT

USUL YANG DITERIMA DARI SEMUA CAWANGAN & MJA - 69

USUL-USUL YANG DITERIMA TANPA BAHAS - 16

Caw Pulau Pinang

i)Memberi peluang kpd pemegang diploma utk menjawat jawatan eksekutif
ii)Anggota yang berkhidmat melebihi 30 tahun diberikan anugerah
iii) Jawatan SP3 diperluaskan ke seluruh negara
iv) Menamatkan perkhidmatan TROS

Caw Perak Utara

i) Kenaikan gaji harus inline dengan 'salary structure'
ii) Mengkaji & mempertimbangkan kedudukan jawatan Juruteknik Kanan SMS
iii) Meletakkan gambar calon-calon yang bertanding utk jawatan-jawatan dalam NUTE pada kertas undi.
iv) Pendahuluan akhir tahun dibayar pada gaji bulan November.

Caw Wilayah Peraj Tengah

i) tuntutan Rebet Broadband RM66 ditolak automatik daripada bil.

Caw Selangor Barat

i) Mencadangkan anak-anak anggota menikmati kemudahan rawatan hospital pakar swasta
ii) Mengkaji semula struktur gaji antara anggota baru & lama
iii) Cuti carry forward bagi anggota yg telah berkhidmat 10 tahun dinaikkan dari 2 hari ke 10 hari.
iv) Elaun makan kehadiran kursus dinaikkan lebih dari RM5
v) Isu 'One Man Show'

Caw Johor Utara

i) Cuti Ehsan dinaikkan dari 7 hari ke 10 hari
ii) Mencadangkan anggota yang melangsungkan perkahwinan anak layak mendapat cuti ehsan.

USUL-USUL YANG DITOLAK - 51

USUL-USUL YANG DITERIMA UNTUK DIBAHAS - 02

i) Kenaikan Yuran
ii)Mewujudkan Jawatan Setiausaha Eksekutif

Tuesday, November 26, 2013

Mesyuarat Agung Tiga Tahunan Kali Ke Tiga 2013-2016

Alhamdulillah... Mesyuarat Agung Tiga Tahunan Kali ke Tiga telah dilakukan dengan jayanya yg dirasmikan oleh Naib Presiden TM Selangor, Datuk Zaini Maatan pukul 10 pagi tadi.Semoga dengan adanya usul2 & cadangan dari ahli-ahli dapat kita bawa ke peringkat atas dengan lebih baik.Setinggi-tinggi penghargaan & Terima Kasih AJK yang telah bertungkus lumus serta kesemua ahli yang dapat hadir ke mesyuarat ini.




























Monday, November 18, 2013

NOTIS PEMBERITAHUAN - Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke2



Dengan ini, Semua ahli NUTE Cawangan Selangor Barat dijemput hadir ke Mesyuarat Agung Tiga Tahunan Kali Kedua 2013 seperti berikut,

TARIKH : SELASA 26 November 2013
MASA : 10.00 Pagi
TEMPAT : Bilik Anggerik, Wisma TM Seksyen 11, Shah Alam.

Minta sampaikan kepada semua. Terima Kasih.


Terdapat sedikit perubahan waktu/ masa mesyuarat ini iaitu  jam 10.00 pagi kepada 9.30 pagi, manakala pendaftaran jam 9.00 pagi.

Sila war-war info  perubahan masa ini kepada semua ahli-ahli NUTE untuk akan hadir/datang dalam mesyuarat nanti. - SU NUTE Sb- Sdr Mahadi Maarof

Wednesday, November 13, 2013

PENGIRAAN UNDI NUTE CAWANGAN SELANGOR BARAT

Alhamdulillah.. Pengiraan undi telah selamat dijalankan pada tarikh & lokasi tersebut.

Tarikh                    : 12 November 2013
Hari                        : Selasa
Masa                      : 10.00 pagi – 3.00 Petang
Tempat                  : Bilik Emas, Finance, Tkt. 2 , Wisma TM Shah Alam

Keputusan penuh undian akan diumumkan secara rasmi pada mesyuarat agong NUTE cawangan Selangor Barat pada 26/11/2013 di Wisma TM Seksyen 11 Shah Alam.Semua ahli dijemput hadir.