NUTE SELANGOR BARAT

Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Telekomunikasi Semenanjung Malaysia
Cawangan Selangor Barat

Friday, April 16, 2010

Rumusan CA-8

Setelah melalui 6 kali rundingan, akhirnya CA ke 8 berjaya disiapkan dan majlis menandatanganinya akan diadakan pada 22 hb. April, 2010. Penguatkuasaan perjanjian bermula daripada 1/4/2010.

Artikel 8

Tafsiran keluarga/tanggungan bermaksud anak yang berumur sehingga berumur 23 tahun (syarat masih belajar)

Artikel 22
Penyelarasan gaji sebanyak 5.5% (berkuatkuasa 1/1/2010)
Perubahan gaji akhir sebanyak 4% berdasarkan gred gaji terdahulu.
Gambaran gaji akhir terbaru adalah seperti berikut;
• Gred SP3 RM4368.00
• Gred SP RM3796.00
• Gred MS RM3578.00
• Gred SMS RM3089.00
• Gred SK RM2142.00
Kenaikan Gaji Tahunan adalah berdasarkan prestasi individu tertakluk kepada jumlah minima 3%.

Artikel 31 dan 32
Rawatan pergigian sebanyak RM150.00 dalam setiap kalendar tahunan
(cabutan & tampalan)
Bayaran kemasukan dan rawatan ke wad bergantung kepada pakej insuran iaitu sebanyak RM30000.00 setahun dengan premium yang ditanggung syarikat sebanyak RM250.00 sebulan (untuk pekerja sahaja)

Artikel 33
Umur persaraan dilanjutkan kepada 56 tahun, tidak bermaksud kepada sesiapa yang harijadinya jatuh pada 1/4/2010.

Artikel 39 & Artikel 42
Elaun makan 8 -24Jam RM30
Elaun penginapan tanpa resit RM65.00
Elaun memandu RM6.00
Elaun shift 3 pusingan RM100.00
Elaun memanjat menara RM150.00

Artikel 50
Elaun menunggu hari rehat khas RM7.00, cuti umum RM12.00

Artikel 54
Elaun mengajar RM50.00 sejam tertakluk maksimum RM250.00 sehari.
Elaun memangku 10% dan 5% perubahan.

Artikel 64
Elaun sara hidup (COLA) RM100.00

Artikel 65
Cuti tahunan pekerja melebihi tempoh berkhidmat 10 tahun dinaikkan daripada 18 hari ke 20 hari.Cuti sakit yang jatuh pada hari bercuti boleh diganti dengan syarat dimaklumkan kepada penyelia berkenaan untuk kelulusan (tempoh 1 tahun kalendar).

Cuti ehsan juga termasuk kepada kematian datuk, nenek dan ipar.
Pinjaman kenderaan kereta di naikkan kepada RM50000.00
Pinjaman motosikal di naikkan kepada RM6000.00 Tempoh bayaran balik ialah 8 tahun untuk kenderaan baru, 7 tahun untuk kenderaan terpakai.

Artikel 70
Kemudahan sewa talian telefon dan jalur lebar (internet) percuma 10 jam setiap bulan bagi kelajuan 384kbps.Pinjaman perumahan dinaikkan kepada RM150000.00 tertakluk kepada kelayakan jumlah potongan gaji.
Kemeja-T berlengan panjang kepada pekerja wanita yang di bekalkan pakaian seragam.

Artikel 72
Pelepasan menduduki peperiksaan yang diiktiraf oleh syarikat termasuk waktu perjalanan.

Sesi penerangan akan dilakukan oleh pihak NUTE diseluruh Cawangan Selangor Barat nanti.diharap semua ahli dapat mengambil bahagian untuk maklumat yang lebih jelas mengenai Perjanjian Bersama ke 8 ini.


Sesuatu persetujuan pada waktu rundingan tidak boleh di anggap sah dan semua maklumat ini akan hanya diguna pakai sehingga hari perjanjian ditanda tangani pada 22.04.2010 ini.HARAP MAKLUM


Terima Kasih

-Pengerusi NUTE SB-

Monday, April 5, 2010

BONUS TAHUN 2009

Assalamualaikum,

Saudara/saudari yang di rahmati Allah

Sukacita di maklumkan bahawa pada pagi ini, 05hb. April 2010 sempena dengan majlis menandatangani Perjanjian Bersama Ke 5 TM/SUTE di Kota Kinabalu, Sabah, Y. Bhg. Dato' Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM telah mengumumkan pembayaran bonus tahun 2009 bersamaan 1.7 bulan gaji.

Bayaran akan di buat dalam bulan April ini dan tarikh yang tepat akan di maklumkan dalam masa terdekat.

Sila maklumkan kepada semua pegawai-pegawai & AJK cawangan masing-masing.

Sekian, terima kasih.

MOHD JAFAR B. ABD. MAJID, PPN PMC
Presiden NUTE

Thursday, April 1, 2010

Ucapan Tahniah Presiden kepada Dato Zam Di atas Majlis Pelancaran UNIFI 24/3/2010

Subject: MAJLIS PELANCARAN INISIATIF JALUR LEBAR NEGARA & PERKHIDMATAN JALUR LEBAR BERKELAJUAN TINGGI PADA 24.03.2010

Assalamualaikum,

Bagi pihak Majlis Jawatankuasa Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Telekomunikasi, Semenanjung Malaysia (NUTE), saya ingin merakamkan ucapan Tahniah & Syabas di atas pelancaran Inisiatif Jalur Lebar Negara & Perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi yang telah di sempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 24.03.2010.

Majlis pelancaran tersebut amatlah berjaya dan meriah sekali.

Harapan saya agar anggota-anggota TM akan menikmati pakej yang lebih rendah dari yang ditawarkan kepada orang ramai.

Akhir kata kami mendoakan agar projek besar ini bakal menjulang nama Telekom Malaysia dan memberi pulangan yang baik kepada syarikat di samping menjamin perkhidmatan bermutu kepada pengguna.

Sekian, Wasalam.

MOHD JAFAR ABD. MAJID
Presiden NUTE

Friday, March 5, 2010

Program Bersama Ahli Di Sg Renggam

NUTE Selangor Barat akan mengadakan program bersama Ahli pada hari RABU 3/3/2010 pkl 9.00 pagi di Tingkat 1 Ibusawat Sg Renggam.

Bagi Ahli2 NUTE yang belum menghantar borang update profil, sila isi dan hantar kpd AJK NUTE yang berada di sana. Terima Kasih.

Tuesday, February 23, 2010

PROGRAM BERSAMA AHLI DI BKT RAJA

Nute Selangor Barat akan mengadakan program Bersama Ahli pada hari Khamis 25/2/2010 jam 12.00 tengahhari di Ibusawat BUKIT RAJA (BRA) di Bilik Mesyuarat tingkat tiga.

bagi ahli yang belum mengisi borang update profail, sila isikan dan hantar kpd ajk2 NUTE semasa program di sana.

Isu-Isu Semasa TSSSB

Saudara/Saudari Yang Di Rahmati Allah,

Assalamualaikum w.b.t / Salam Sejahtera

Lanjutan kepada pekeliling yang di keluarkan pada 01hb. September 2009, sukacita saya memaklumkan rentetan peristiwa yang berlaku sehingga ke saat ini.

Seperti yang semua sedia maklum, pada 15hb. Januari 2010 mesyuarat yang di jadualkan bagi merundingkan Perjanjian Bersama Ke 4 telah terpaksa di tangguhkan atas sebab sebab tertentu. Namun kami tidak sia siakan tarikh tersebut dan kesempatan diambil bagi memperkenalkan Pegawai Pegawai & AJK baru NUTE Cawangan TSSSB dengan Ketua Pegawai Eksekutif TSSSB serta barisan pengurusan kanan TSSSB.

Di dalam pertemuan tersebut masalah yuran keahlian dan isu-isu berkaitan telah di bincangkan dan hasilnya pihak TSSSB telah mengeluarkan surat bertarikh 02hb. Februari 2010 yang di alamatkan kepada Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS), En. Mustafa B. Ali dan salinan kepada NUTE.

Antara isi kandungan surat tersebut adalah :-
i) Potongan yuran keahlian kepada NUTE yang ditahan oleh TSSSB sejak bulan September 2009 di kembali kepada NUTE.
ii) Kemudahan 'Check Off' atau potongan gaji untuk yuran kesatuan hanya diberi kepada NUTE sebagai kesatuan yang di iktiraf sejajar dengan Artikel 18 Perjanjian Bersama TSSSB/NUTE.
iii) Yuran potongan yang telah di buat oleh syarikat ke atas lebih kurang 170 orang ahli baru dikembalikan kepada anggota tersebut.

NUTE akan sentiasa mengambil pendekatan secara berhemah dalam membicara dan membincangkan isu-isu berkaitan dengan kebajikan pekerja-pekerja di TSSSB. Kita tidak akan mengamalkan budaya yang negatif terutamanya mengugut sesiapapun didalam kita menuntut hak pekerja. Sistem musyawarah akan terus di amalkan bagi memastikan wujudnya suasana perhubungan perusahaan yang harmonis di TM & TSSSB.

Mengenai isu pengiktirafan yang yang heboh diperkatakan, saya ingin mengajak saudara saudari untuk meneliti maksud Artikel 11 Perjanjian Bersama TSSSB/NUTE..."11.1) Syarikat mengiktiraf kesatuan (NUTE) sebagai sebuah badan perundingan tunggal untuk dan bagi pihak semua pekerja yang layak menjadi ahli dan merangkumi skop Perjanjian ini..." Ini diperkuatkan lagi oleh Artikel 11.2 Syarikat juga mengiktiraf bahawa kesatuan (NUTE) mempunyai hak untuk mewakili ahlinya mengenai tindakan syarikat ...."

Oleh yang demikian tidak perlulah dipertikaikan lagi kesahihannya.

Seterusnya Ibu Pejabat NUTE akan mengadakan program turun padang untuk menerangkan isu-isu semasa dan di harapkan semua warga kerja TSSSB terutama ahli-ahli NUTE TSSSB agar bersabar dan memberi kepercayaan kepada saf kepimpinan NUTE menyelesaikan kemelut yang melanda TSSSB.

Sama-sama kita berdoa agar NUTE akan terus unggul dan diiktiraf oleh semua pihak dalam mewakili semua pekerja bukan eksekutif di TM/TSSSB.

Bersama sama ini dikemukakan senarai nama Pegawai & AJK NUTE Cawangan TSSSB yang baru.

Bagi memudahkan ahli-ahli mengutarakan sebarang kemusykilan sila hubungi pegawai-pegawai di TSSSB Cawangan seperti di lampiran. Sekiranya mempunyai masalah/kemusykilan saudara/saudari juga boleh menghubungi Ibu Pejabat NUTE di no. tel : 03-2282 5350, 03-2282 1599 atau melalui email :nute@streamyx.com

Salam Perjuangan.

MOHD JAFAR ABD. MAJID
Presiden NUTE

Monday, February 1, 2010

PERHATIAN UNTUK PESARA TM 2010

Mana-mana anggota yang akan bersara awal tahun 2010 ini dan belum dipanggil Kursus Persediaan Persaraan, kerjasama pihak tuan adalah diminta untuk mengemukakan nama-nama mereka kepada TMTC, UP: Pn. S.R Yunasiah Masdar untuk tindakan selanjutnya.

Mungkin ada nama-nama anggota yang tercicir dalam proses pemanggilan kursus atau e-mail anggota ‘reject’ sebab mailbox penuh atau tiada kemudahan e-mail dsbnya. Sila rujuk maklumat dan data yang telah kami berikan. Maklumat / data tsb adalah daripada Sistem SAP TM.


Sekian. Terima kasih.

MLMY
EEBS HC SSO
GHCM TM

sila klik link ini utk senarai nama pesara 2010
https://webmail.tm.com.my/exchange/shahrill/Inbox/FW:%20ANGGOTA%20TIDAK%20DI%20PANGIL%20KURSUS%20PERSARAAN%20.-4.EML/SENARAI%20NAMA%20PESARA%202010%20-%202011.xls/C58EA28C-18C0-4a97-9AF2-036E93DDAFB3/SENARAI%20NAMA%20PESARA%202010%20-%202011.xls?attach=1

PROGRAM BERSAMA AHLI DI KLANG

Nute Selangor barat akan mengadakan hari bersama ahli di Tingkat3 Ibusawat KLANG pada hari Rabu 3/2/2010. Diharapkan semua ahli NUTE Klang & Pelabuhan Klang dapat menghadirkan diri.bagi sesiapa yang belum mengisi borang update profail, sila printkan borang PROFILE UPDATER yg ada di bawah, penuhkan dan hantar pada ajk terlibat pada hari tersebut. Terima Kasih

Thursday, January 21, 2010

PROG BERSAMA AHLI DI BANTING

Nute Selangor Barat akan mengadakan program Bersama Ahli pada Hari Khamis 28/01/2010 jam 12.00 tengahari di Ibusawat Banting di Tingkat Tiga. Dijemput semua ahli NUTE Banting menghadirkan diri.Terima kasih

Monday, January 18, 2010

Perkembangan Rundingan CA-8

Perundingan CA-8 bahagian kewangan telah diadakan pada 11-13 januari 2010. Beberapa artikel penting masih lagi tertangguh dan akan dibincangkan. Pada 8 dan 9 Februari 2010 dan beberapa rundingan lagi akan diadakan.Sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan kelak.. Terima Kasih

Friday, November 20, 2009

MAJLIS PENYERAHAN CADANGAN PERJANJIAN BERSAMA KE EMPAT TSSSB/NUTE






Lanjutan daripada Bengkel Persiapan Perjanjian Bersama Ke 4 yang terdahulu, kini NUTE/TSSSB menempa satu lagi sejarah yang penuh bermakna dan nostalgia.

Untuk makluman semua, tanggal 13 November 2009 (Jumaat) jam 3.00 petang satu majlis Penyerahan Cadangan Perjanjian Bersama Ke 4 TSSSB/NUTE telah berlangsung. NUTE telah diwakili oleh sdra. Presiden, sdra. Setiausaha Agung, sdra. Bendahari Agung dan wakil penaja NUTE Cawangan TSSSB sdra. Zakaria Sanusi, sdra. Faizul Azali Zulkipli, sdra Almizan Ismail, sdra.Mustafiq Noh Zakaria dan sdri. Noriah Saidin. Manakala pihak Pengurusan TSSSB diketuai oleh En. Ahmad Khairul Razi Ismail (CEO), En. Zaid Mohamed Adib (Pengurus Besar HR) dan seluruh anggota MCM TSSSB.

Sebagai kenangan untuk diabadikan bersama, disertakan gambar-gambar semasa penyerahan cadangan CA tersebut, sila panjangkan kepada semua ahli-ahli NUTE.

Sekian salam hormat.

Tuesday, November 17, 2009

Program Derma Darah Wisma TM Shah Alam

Salam sejahtera.

Tuan/puan,

Adalah dimaklumkan bahawa OSHE Negeri Selangor akan menganjurkan satu Program Kempen Menderma Darah bersama dengan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Program ini adalah sebagai salah satu khidmat yang boleh disumbangkan oleh kakitangan dan pelanggan TM kepada masyarakat dalam membantu Tabung Darah Negara menampung kekurangan bekalan darah sediada. Selain itu program ini juga dapat membuka peluang dalam menimbulkan kesedaran kepada anggota TM tentang keperluan untuk menderma darah.

Program kempen tersebut adalah seperti berikut.

Tarikh : 23 Nov 2009 @ Isnin
Masa : 10.00 pagi ~ 3.00 petang
Tempat : Ruang Legar, Wisma TM Shah Alam
Seksyen 11, 40000 Shah Alam

Sehubungan itu, dalam menjayakan program ini saya menyeru kepada semua ketua unit dan pemimpin kesatuan untuk sama-sama menyokong program ini dengan menyahut seruan dan cabaran semasa kempen ini sebagai penderma. Tuan/puan juga digalakkan untuk membawa bersama-sama anggota dari unit tuan/puan dan ahli-ahli kesatuan supaya kita mendapat jumlah penyertaan yang semaksimum mungkin pada hari tersebut.

Diharapkan komitmen dan kerjasama yang tuan/puan berikan dalam menjayakan program ini akan dapat menaikkan nama TM Selangor dikalangan pelanggan TM dan agensi kerajaan dan juga OSHE Selangor dikalangan warga TM.

Sumbangan tuan/puan amat diharapkan dan dihargai.

Salam hormat.


Mazlan Ishak
Pembantu Pegawai OSH
TM Selangor

Monday, November 9, 2009

KEMASKINI PROFIL AHLI-AHLI NUTE SELANGOR BARAT

PIHAK NUTE SELANGOR BARAT SEDANG MENJALANKAN OPERASI KEMASKINI MAKLUMAT UNTUK SEMUA AHLI-AHLI NUTE CAW SELANGOR BARAT.

SILA BERHUBUNG DENGAN AJK NUTE BERHAMPIRAN ANDA UNTUK MEMBERIKAN PROFIL TERKINI SEPERTI NO TEL & ALAMAT RUMAH/TETAP ANDA.INI UNTUK MEMUDAHKAN SEBARANG URUSAN BERKAITAN NUTE.FORMAT DLM BENTUK A4 TELAH DIEMAILKAN KEPADA PEGAWAI NUTE SELURUH SELANGOR BARAT.

HARAP SEMUA AHLI-AHLI DAPAT MEMBERIKAN KERJASAMA DENGAN MENGHUBUNGI MEREKA SECEPAT MUNGKIN.

ATAU, PRINT BORANG DI ATAS, ISIKAN DAN HANTAR KEPADA AJK TERDEKAT


TERIMA KASIH

Thursday, November 5, 2009

BONUS RM500 Bagi pesara

Berkaitan Belanjawan 2010 yang telah diumumkan baru baru ini, Makluman dari Bahagian Pencen ,anggota yang menerima Pencen kurang dari RM500 sahaja yang layak menerima bonus Rm500 pada bulan Disember 2009 ini. Terima Kasih

Wednesday, October 14, 2009

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFIRI NUTE 2009

TEMPAT : Perkarangan Wisma NUTE Jln Bangsar KL.
TARIKH : ISNIN 19.10.2009
MASA : 3 -6 petang

Semua Ahli Dijemput hadir. AJK & Urusetia diminta hadir pada pukul 11 pagi. terima kasih.

BAYARAN PENDAHULUAN BAGI ANGGOTA YANG MENINGGAL DUNIA

Untuk makluman,
Anggota yang meninggal dunia akan di beri Pendahuluan RM 1000 olih Bahagian HR .
Bagi pihak Kesatuan RM 5000, bayaran ini akan di buat setelah dokumen Ahli di serah ke Ibu Pejabat NUTE.

Minta AJK ambil dokumen dari waris bagi melicinkan pembayaran ini.

MUKHTAR ALI BAZZIR ALI
PENGERUSI NUTE SELANGOR BARAT

Friday, October 2, 2009

KEMALANGAN STAFF ACCESS RNO UTARA





Dimajukan untuk makluman dan iktibar.Bagi makluman Bahagian OSHE ibu pejabat dalam proses menentukan “last point” bagi kerja RNO.
Minta AJK NUTE War war kan maklumat ini.

Terima Kasih.

MUKHTAR ALI BAZZIR ALI
Pengerusi



Petikan Email dari


USTAZ ZULKIFLI BIN HJ. HASIM
Unit Hal Ehwal Islam
Employee Event & Benefit Service
Human Capital SSO


Assalamualaikum Warahmatullah & Salam Sejahtera
Tuan/Puan Warga TM yang dihormati sekalian,

Dengan sedihnya dimaklumkan bahawa En. Abdul Jalani Bin Mohamad Razali, 38 tahun (Penyelia Teknik) ANO Taiping, Perak telah kembali ke Rahmatullah pada hari Jumaat jam 7:00 malam di Hospital Taiping akibat kemalangan semasa kerja (jatuh bumbung semasa membaiki doket di premis pelanggan), Allahyarham telah selamat dikebumikan pada hari Sabtu jam 10.00 pagi di di Tanah Perkuburan Islam Tekah, Asam Kumbang, Taiping, Perak.

Pemergian arwah merupakan satu kehilangan besar kepada TM yang sukar dicari ganti. Marilah bersama-sama kita menghadiahkan pahala Bacaan Al Fatihah dan mendoakan agar rohnya akan bersemadi aman dan ditempatkan oleh Allah SWT bersama roh orang orang yang beriman, para syuhada dan solihin. Insya Allah, AL-FATIHAH.

Sekian, terima kasih.
Wassalam.



PEKELILING 1 /2009 NETWORK OPERATION 9 sept 2009
Harap ambil perhatian


JEMPUTAN KE MAJLIS HARI RAYA RNO SELANGOR BARAT



TARIKH : 9 /10/2009
MASA : 8 MALAM
TEMPAT : DEWAN SUKAN BKT RAJA
KOMPLEKS TM BKT RAJA


Sila Hadir Beramai2 bersama2 keluarga..

Antara Hidangan Utama

-Sate
-Kambing golek
-Nasi Beriyani
-Ketupat & Lemang
-Char Kuey Teow
-Cendol

Ada cabutan bertuah dan juga Angpow raya utk kanak2....

Datang jgn tak datang... makanan dijamin cukup.

Monday, September 14, 2009

Makluman CA-8 & Borang Kemusykilan

Assalamualaikum,

Saya dan Wahid Salam Naib Pengerusi menghadiri Bengkel CA 8 pada 9,10 & 11 ,bagi makluman semua cadangan dari cawangan kita dan cawangan lain seluruh negara telah di ambil,Pihak Ibu Pejabat NUTE akan serahkan kepada Pengurusan TM pada 15hb.September,2009.Perbincangan CA 8 hanya akan
bermula pada bulan Oktober,2009.

Saya ada mendapat aduan dari Ahli yang dinaikkan pangkat,Elaun Dobi di potong,dari siasatan tiada apa apa perbincangan dengan pihak NUTE berhubung perkara ini,olih itu semua ahli di nasihatkan isi borang dan hantar pada S/U atau saya ,bagi kita ambil tindakan.

Pengerusi
NUTE Selangor Barat

Thursday, September 3, 2009

KAD PESARA TM

Merujuk perkara diatas dan perbincangan Pengerusi EN Mukhtar Ali dengan HR En Mazli Saaim no tel : 03 22401698 , di maklumkan kad bagi pesara akan di serahkan semasa
Program JASA Mu Kenang.

Antara Kemudahan kad ini:

1. Mohon perbaharui Talian Tetap setiap tahun.
2. Sewa Penginapan di semua Resort Telekom pada harga istimewa sama saperti di beri pada Anggota TM.

Insyallah, NUTE dari masa ke masa akan memohon kemudahan tambahan.