Assalamualaikum,
Mulai 07hb. Jun 2010, semua anggota tetap TM layak mendapat rawatan "In-Patient" di hospital swasta melalui skim insuran yang di ambil dengan ETIQA.
Majlis penerangan akan di sampaikan oleh Human Capital Negeri-Negeri kepada semua yang terlibat dalam masa terdekat. Butiran lengkap mengenainya akan menyusul.
Buat sementara waktu sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi PM Care atau Bahagian SSO (U/P: Tuan Ir Abd. Razak Hussin)
Sekian.
MOHD JAFAR ABD. MAJID
Presiden NUTE
Thursday, June 10, 2010
Wednesday, June 9, 2010
KAWASAN LARANGAN MEROKOK
Salam sejahtera.
Berikutan daripada keputusan dalam Minit Mesyuarat OSHE TM Selangor 1/2010 pada 23 Mac 2010, Jawatankuasa telah bersetuju untuk menyenaraikan kawasan berikut sebagai kawasan larangan merokok:
1. Di dalam pejabat/bangunan TM
2. Di dalam bilik air
3. Di ruang tangga
Pengerusi Bangunan diminta untuk mengenalpasti dan menandakan kawasan yang dibenarkan untuk mereka yang merokok meneruskan aktiviti merokok mereka jauh dari orang ramai demi mengurangkan risiko dari asap rokok.
Berikutan arahan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkenaan dengan arahan larangan merokok di tempat kerja, semua tempat kerja dengan sistem pendingin hawa berpusat akan diwartakan sebagai kawasan larangan merokok mulai 1 Jun 2010.
OSHE TM Selangor mengambil pendekatan untuk menerima arahan dari Kementerian Kesihatan tersebut sebagai menyokong kempen anti-merokok ditempat kerja.
Salam hormat.
Mazlan Ishak
Pembantu Pegawai OSH
Human Capital Operation
TM Selangor
SK: Pengurusan TM Selangor & NUTE Selangor