NUTE SELANGOR BARAT

Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Telekomunikasi Semenanjung Malaysia
Cawangan Selangor Barat

Friday, June 24, 2011

SKIM FAEDAH PERSARAAN NUTE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Saudara/Saudari Yang Dihormati

Sebagaimana yang telah diputuskan dan dipersetujui didalam Mesyuarat Perwakilan Kali Ke2 di New York Hotel, Johor Bahru pada 25 dan 26 Januari 2011 yang lalu, iaitu Skim Faedah Persaraan NUTE dihentikan. Ini adalah sejajar dengan Perlembagaan NUTE yang tidak dinyatakan faedah ini.

Oleh itu pihak ibupejabat NUTE menyarankan kepada semua cawangan untuk memaklumkan kepada semua ahli-ahli tentang keputusan yang telah dipersetujui dan cawangan-cawangan tidak lagi mengeluarkan sebarang borang faedah persaraan.

Jika difikirkan perkara ini perlu diujudkan, maka perlembagaan NUTE hendaklah di pinda semula didalam satu mesyuarat khas perwakilan dimasa akan datang, untuk kelulusan.

Kerjasama saudara/saudari didalam menangani perkara ini diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian salam hormat

ZULKIPLI NOOH
Setiausaha Agung - NUTE

Wednesday, June 8, 2011

Lanjutan tarikh tutup PERADUAN MENCIPTA LOGO BARU NUTE

Lanjutan daripada Mesyuarat Urusetia NUTE yang lalu, mesyuarat telah membuat keputusan untuk melanjutkan Peraduan Mencipta Logo Baru NUTE. Dengan ini peluang masih terbuka dan diharap semua EXCO dapat menwar-warkan kepada seluruh ahli yang berminat bagi menyertai peraduan ini.

Mesyuarat juga telah memutuskan untuk memperuntukkan RM 500.00 kepada pencipta yang terpilih ciptaannya sebagai logo baru NUTE bagi hadiah utama dan memberikan hadiah cenderahati kepada penyertaan yang tidak berjaya.

Semua ciptaan hendaklah sampai ke ibupejabat NUTE pada atau sebelum 29 Julai 2011 (Jumaat) sebelum jam 5.00 petang.
Kerjasama dari saudara/saudari diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian salam hormat


ZULKIPLI NOOH
Setiausaha Agung - NUTE