NUTE SELANGOR BARAT

Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Telekomunikasi Semenanjung Malaysia
Cawangan Selangor Barat

Tuesday, November 20, 2012

BENGKEL SEHARI "IGNITING THE GEN X & Y - PASSION TO SERVICE FOR EXPLODING RESULT"


NUTE dengan kerjasama Institute of Global Management Sdn. Bhd. (IGM) dan di sokong oleh Group Human Capital Management TM akan menganjurkan bengkel di atas pada minggu kedua bulan Disember 2012 di Kuala Lumpur.

Sejajar dengan tajuk bengkel, penyertaan adalah di buka kepada ahli-ahli NUTE yang berumur tiga puluh lima (35) tahun ke bawah.

Objektif bengkel sehari ini akan memaparkan empat tokoh terkemuka dalam bidang latihan yang akan berkongsi ilmu yang masih segar mengenai falsafah berkhidmat dengan hati yang ikhlas, (service with a heart). Sudah sampai masa dan ketika, urusniaga TM mencapai tahap yang lebih hebat.

Sehubungan dengan itu NUTE Selangor Barat telah dijemput untuk menghantar 100 orang peserta ke Bengkel ini .Sila emailkan/sms nama  kepada AJK NUTE yang berkaitan di selangor barat sebelum 25/11/2012 mengikut format seperti di bawah.Semua pencalonan harus sampai ke Ibu Pejabat NUTE pada atau sebelum 29hb. November 2012 (Khamis).Terima Kasih.

Bil
Nama Penuh
(mengikut no.k/p)
No. K/P
Pusat Kos
Tempat Kerja
No. Tel

Thursday, October 18, 2012

RANG UNDANG-UNDANG UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012


Perbincangan mengenai Rang Undang-Undang di atas yang di pengerusikan oleh
Y.Bhg. Dato’ Seri Zainal Rahim B. Seman, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber
Manusia telah di adakan di Putrajaya.

Mesyuarat Jawatankuasa mengenai Rang Undang-Undang umur persaraan minima
2012 turut di anggotai oleh MTUC mewakili pekerja-pekerja, MEF mewakili majikan-majikan,
Federation of Malaysian Manufactures, Malaysia Agricultural Producers
Association, American Malaysia Chamber of Commerce dan lain-lain.

Walaupun mendapat bantahan dari pihak majikan-majikan pada peringkat awal,
namun di akhir sesi perbincangan, di persetujui bahawa umur persaraan minima bagi
pekerja sektor swasta di Malaysia adalah 60 TAHUN.

Untuk makluman, Rang Undang-Undang tersebut telah pun di luluskan bacaannya di
Parlimen dan telah pun mendapat perkenan DYMM SPB Yang Di Pertuan Agong.
Kini ianya hanya menunggu tarikh di gazetkan oleh YB Menteri Sumber Manusia,
Dato’ Dr. S. Subramaniam sebelum ianya boleh di kuatkuasakan.

Walaubagaimanapun, salah satu artikel yang di cadangkan untuk di rundingkan dalam
Draf Perjanjian Bersama Ke 9 TM/NUTE adalah umur persaraan. Dalam hal ini
kesatuan mencadangkan umur persaraan di kaji semula dan di naikkan ke 60 tahun.
Samada melalui warta kerajaan atau Perjanjian Bersama TM/NUTE, sama-sama kita
tunggukan tarikhnya.

PROGRAM GERAK GEMPUR turun padang

Baru-baru ini kesatuan telah di beritahu bahawa TM akan mengadakan Program
Gerak Gempur ke seluruh negara.
Ianya adalah program sukarela yang terbuka kepada semua anggota TM yang
bersedia menyumbang dan membantu syarikat mendekati pelanggan menerusi
lawatan “pintu ke pintu” dan sebagainya.
Di antara ajinda Program Gerak Gempur adalah:-
 Kutipan – mempromosikan Autopay sebagai satu cara mudah untuk pelanggan
membayar dan mengingatkan mereka tentang jumlah tertunggak sekiranya
ada.
 Upselling – memperbaiki pengalaman penggunaan mereka menerusi pakejpakej
yang lebih tinggi dan perkhidmatan tambah nilai.
 Churn Management – mengumpulkan aduan, maklum balas dan mengemaskini
maklumat mereka ke dalam sistem kita.
 Pengalaman Pelanggan – sentuhan peribadi TM yang penuh hormat dan
prihatin, oleh anggota TM sendiri.
NUTE menyokong penuh inisiatif tersebut dan menyeru kepada semua sukarelawan,
terutamanya ahli-ahli NUTE, agar menyahut seruan TM di dalam melakukan sesuatu
yang berfaedah.
Program ini sebenarnya memberi peluang kepada kita melakukan tugasan di luar
jadual harian.
Semoga sumbangan yang sedikit dari setiap sukarelawan mampu membantu TM
merealisasikan peningkatan urusniaga dan prestasi syarikat, Insyaallah.

Sekian, Salam Hormat.



MOHD JAFAR B. ABD. MAJID,PPN,PMC
Presiden NUTE

PERJANJIAN BERSAMA KE SEMBILAN DI ANTARA KESATUAN KEBANGSAAN PEKERJA-PEKERJA TELEKOMUNIKASI, SEMENANJUNG MALAYSIA (NUTE) DAN TELEKOM MALAYSIA BERHAD

Untuk makluman, tempoh pemakaian Perjanjian Bersama Ke Lapan TM/NUTE akan
tamat tempoh pada 31.12.2012.

Namun sejajar dengan Artikel 9 – Perjanjian Bersama Ke Lapan TM/NUTE, mana mana
pihak boleh mengemukakan cadangan untuk merundingkan syarat baru selepas
01hb. Julai 2012.Bagi mendapatkan yang terbaik, NUTE Ibu Pejabat telah menghantar pekeliling pada 03hb. Mei 2012 kepada semua ahli-ahli melalui cawangan masing-masing, meminta dikemukakan cadangan, komen dan pandangan bagi penambahbaikan Perjanjian
Bersama Ke Sembilan TM/NUTE.

Pada 25hb & 26hb. Jun 2012, mesyuarat khas Majlis Jawatankuasa Agung NUTE
telah di adakan bagi merumuskan semua cadangan yang di terima dan ini di ikuti
dengan mesyuarat terakhir pada 03 & 04hb. Oktober 2012 bagi memuktamadkan
Draf Cadangan Perjanjian Bersama Ke Sembilan TM/NUTE.

Seterusnya pada 11hb. Oktober 2012, bertempat di Hotel Marriot, Putrajaya, telah
di adakan majlis ringkas bagi menyerahkan Draf cadangan tersebut.
Yang Berusaha En. Mohd Khalis Abdul Rahim, selaku Ketua Kumpulan Modal Insan,
GHCM TM, telah menerima Draf tersebut bagi pihak Telekom Malaysia. Turut hadir
Y. Bhg. Dato’ Shariff Zaimi Abu Hashim, Pengurus Besar, Human Capital Business
Driver, GHCM TM dan beberapa Pegawai Kanan dari GHCM, TM.

Bagi pihak Majlis Jawatankuasa Agung NUTE, saya ingin merakamkan ucapan terima
kasih kepada semua cawangan yang telah memberikan sokongan dan kerjasama di
dalam menghasilkan Draf Perjanjian tersebut.
Semua pandangan dan cadangan yang di utarakan telah kami perbincangkan dan di
perhalusi sebelum Draf tersebut di muktamadkan.
Sama-sama kita nantikan hasil perbincangan dan perundingan yang bakal di adakan


MOHD JAFAR B. ABD. MAJID,PPN,PMC
Presiden NUTE

Tuesday, August 14, 2012

Salam Hari Raya 2012 Dari NUTE Selangor Barat.

Kami dari kepimpinan NUTE Selangor Barat ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitiri 1433H buat semua ahli NUTE. Sentiasalah bersyukur,menghargai pengorbanan ibubapa serta membantu insan yang memerlukan.. semoga setiap amalan ikhlas yang kita lakukan di dalam bulan Ramadhan & seterusnya akan mendapat keberkatan Allah SWT. Insyaallah...


Thursday, June 14, 2012

CADANGAN-CADANGAN CA9 DARI NUTE CAW SELANGOR BARAT

Ini adalah di antara keputusan akhir perbincangan Cadangan-Cadangan CA9 NUTE-TM hasil daripada pendapat2 & cadangan dari ahli2 NUTE seluruh Selangor Barat bertarikh Rabu 13 Jun 2012. Usul2 cadangan ini telah dibawa ke Bengkel CA9 seterusnya ke meja rundingan bersama pihak pengurusan nanti.Terima Kasih

ARTIKEL 22 PELARASAN GAJI .
22.1 Kenaikan dari 5.5% kepada 20%

ARTIKEL 28 - KENAIKAN PANGKAT
Kenaikan gred automatik selepas berkhidmat 25 tahun.

ARTIKEL 32 FAEDAH-FAEDAH PERUBATAN
32.1 - 1) Bantuan cermin mata kepada kakitangan yang memerlukan:

i. Kepada staff yang pertama kali memerlukan cermin mata
ii. bantuan/subsidi kepada staff untuk memperbaharui cermin mata setahun sekali

2) Rawatan susulan di hospital pakar dinaikkan dari 31 hari kepada 60 hari
3) Faedah perubatan RM35,000-00 diberikan kepada tanggungan (isteri,anak-anak)
4) Minta dihapuskan bayaran pendahuluan oleh hospital pakar
5) Perlindungan insuran RM35,000-00 sepanjang hayat
6) Perlindungan insuran 24 jam untuk kakitangan

ARTIKEL 43.1 PERBELANJAAN PENGINAPAN
Perbelanjaan penginapan tuntutan yang disokong dgn resit dinaikkan dari RM130 kpd RM200 (Semenanjung/Sabah/Serawak).

ARTIKEL 48 – ELAUN MEMANDU
48.1 Kereta
Dinaikkan dari RM6-00 kepada RM10-00

ARTIKEL 52 – ELAUN KESUSAHAN
1) Elaun kesusahan kepada kakitangan yang terlibat dengan rondaan kes kecurian kabel
2) Elaun kesusahan kepada kakitangan yang on call sahaja

ARTIKEL 61 – ELAUN BANTUAN PERUMAHAN
Mohon dinaikkan dari RM120-00 kepada RM500-00

ARTIKEL 64 – ELAUN KOS SARA HIDUP
Mohon dinaikan dari RM120-00 kepada RM500-00

ARTIKEL 68 – CUTI HAJI
Cuti 15 hari tanpa rekod untuk umrah yang pertama (sekali dalam perkhidmatan)

ARTIKEL 75 – PINJAMAN PERUMAHAN
75.1  Pinjaman perumahan dari RM150,000.00 kepada RM250,000.00

ARTIKEL 76 - PINJAMAN KENDERAAN
Jumlah pinjaman dinaikan dari RM50,000-00 kepada RM180,000-00

ARTIKEL 77 - PINJAMAN KOMPUTER
Pinjaman RM5,000-00 tanpa faedah untuk pembelian desk top computer, laptop, notebook & ipad.

ARTIKEL 78 – PENGECUALIAN SEWA TELEFON DAN JALUR LEBAR
78.4 memohon syarikat memberi perkhidmatan jalur lebar pakej 1Mbps unlimited secara PERCUMA seumur hidup tertakluk kepada 1 pakej sahaja setiap pekerja.

Anggota TM yang telah bersara wajib akan terus menikmati kemudahan sepanjang hayat yang diperuntukan dalam Artikel 78.1 dan 78.4 tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarikat dari semasa kesemasa

ARTIKEL 82 BANTUAN PENGKEBUMIAN
Kos urusan pengkebumian dinaikan dari RM1,200-00 kepada RM2,500-00

ARTIKEL 83.1 PAKAIAN SERAGAM
- Pakaian seragam kepada semua kakitangan non –executive termasuk admin & sales.
- Mohon pemberian kasut jenis safety boots kepada kakitangan bahagian SAF, ACCESS dan PO.

Monday, May 14, 2012

PINDAAN JADUAL PERTAMA (FIRST SECHEDULE) AKTA KERJA 1955 - INTERPRETASI PEKERJA

Assalammualaikum Wbt & Salam Mesra 1 TM


Tuan / Puan,

Adalah dimaklumkan bahawa berdasarkan kepada Pindaan Jadual Pertama (First Schedule) Akta Kerja 1955, yang telah diluluskan oleh Parlimen dan telah diwartakan oleh pihak Kerajaan pada 30 Mac 2012 di mana pindaan telah dibuat ke atas interpretasi “Pekerja” yang berbunyi seperti berikut.
Pekerja bermaksud;
1. Mana-mana orang, tidak kira pekerjaannya, yang telah memasuki kontrak perkhidmatan dengan seorang majikan di mana upah orang tersebut tidak melebihi dua ribu ringgit sebulan.

Perkara 2 dan 3 dalam Jadual Pertama adalah tidak berubah dan pindaan akta ini adalah berkuatkuasa mulai 1 April 2012.

Tertakluk kepada pindaan peruntukan akta tersebut, pihak Human Capital Business Operations, Group Human Capital Management Ibu Pejabat telah mengeluarkan arahan kepada pihak Human Capital SSO untuk melaksanakan perubahan had gaji ini (salary capping) dari RM1,500.00 kepada RM2,00.00 di dalam sistem bagi tujuan pengiraan kadar bayaran lebihmasa bagi anggota di TM di Semenanjung Malaysia , salinan surat daripada GM HCBO, GHCM Ibu Pejabat (sila rujuk lampiran di atas) untuk makluman tuan/puan.

Dengan perubahan tersebut, anggota yang tidak ditakrifkan di bawah tafsiran Pekerja Manual, akan layak menuntut bayaran kerja lebihmasa berdasarkan kepada ”capping” yang baru ini bagi kerja-kerja lebihmasa yang dilakukan pada atau selepas bulan April 2012.

Dimajukan untuk makluman dan sukacita sekiran tuan/puan dapat mewar-warkan perkara ini kepada semua anggota di bawah seliaan tuan/puan

Sekian. Salam Hormat.


bp Head HCBO Selangor
Zaimah binti Rahmat
Pegawai Sokongan
Human Capital Business Operations
State Selangor

Friday, May 4, 2012

Majlis Perasmian Surau Al Hijrah & Jalinan Mesra Consumer Sales Selangor

Dengan ini menjemput tuan-tuan dan puan-puan staff TM di Selangor Barat untuk memeriahkan lagi majlis ini yang akan diadakan pada:
Tarikh : 8th May 2012 / Selasa
Masa : 9.00 am
Tempat : Telekom Bukit Raja


Majlis :
1. Jalinan Mesra & Penghargaan Staff Consumer Sale
2. Perasmian Surau Al-HIjrah TM Bukit Raja
(Dirasmikan Oleh Datuk Zaini Maatan)


Istimewa : Cabutan Bertuah


Sebarang pertanyaan sila kemukakan kepada,
Mohamad Zaaba Mohamad Yunus
Setiausaha,

Surau Al Hijrah,TM Bukit Raja
Bendahari NUTE Selangor Barat
03-33433030/019-3987880

CADANGAN-CADANGAN UNTUK PERJANJIAN BERSAMA KE SEMBILAN TM/NUTE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Saudara/saudari Yang Di hormati
Sejajar dengan keputusan Mesyuarat MJA yang diadakan pada 18 dan 19 April 2012 dimana dengan ini di maklumkan bahawa cawangan-cawangan NUTE diminta untuk memberi cadangan dan pandangan bagi penambahbaikan dalam Perjanjian Bersama Ke sembilan TM/NUTE.
Semua cadangan dan pandangan hendaklah dihantar kepada setiausaha cawangan pada 31 Mei 2012(Khamis) sebelum jam 5.00 petang.


Cawangan-cawangan adalah diminta untuk menghantar semua cadangan dan pandangan ke Ibupejabat pada 14 Jun 2012 atau sebelum(Khamis) jam 5.00 petang.

Kerjasama daripada saudara/saudari diharap dapat kita hasilkan satu draf Perjanjian Bersama yang lebih baik kepada pihak pengurusan Telekom Malaysia nanti.


Sekian terima kasih


ZULKIPLI NOOH
Setiausaha Agung - NUTE




Ahli NUTE di Selangor Barat boleh menyuarakan/mencadangkan sebarang penambah baikan untuk CA-9 melalui email/tel kepada mana-mana ajk terdekat sebelum 31 Mei 2012. Terima Kasih

Wednesday, May 2, 2012

Memo Bantahan NUTE kepada Naib Presiden NNO TM



As-salam & Selamat Sejahtera,

Saudara/saudari Yang Di Kasihi,

Sejajar dengan keputusan mesyuarat Majlis Jawatankuasa Agung NUTE pada 18hb. &19hb. April 2012 di Melaka, bersama-sama ini di lampirkan Memo Bantahan untuk makluman dan tindakan saudara/saudari.

Untuk makluman memo tersebut telah pun di serahkan kepada Y. Berusaha En. Mohd Khalis Abdul Rahim, Chief Human Capital Officer, Group Human Capital Management, TM pada jam 12.30 tengahari, Selasa 24hb. April 2012.

Tindakan susulan ke atas Memo Bantahan akan kami maklumkan kemudian.

Sekian, Terima Kasih.

Salam Perjuangan.

MOHD JAFAR ABD. MAJID
Presiden NUTE

Thursday, March 1, 2012

MAPSNE - 2011

As-salam Y. Bhg. Dato'/Tuan-Tuan/Puan-Puan,

Saya berkesempatan membaca dan meneliti email dari semua pihak yang berkaitan dengan proses pemarkahan N/E.

Secara keseluruhannya, selaku Presiden NUTE, saya melihat proses yang berlaku tidak ketentuan dan tidak terarah.

Semasa sistem ini mahu diperkenalkan bagi mengukur prestasi N/E yang berkaitan dengan KGT, kesatuan memberi persetujuan kerana semangat yang di terapkan adalah untuk membolehkan yang "Perform" di beri ganjaran yang setimpal.

Dalam kita menilai prestasi pekerja, kita tidak tentukan "level"nya dahulu. Apa yang perlu di lihat adalah pemarkahan di "Petunjuk Prestasi Utama" yang mewakili 70%. Kemudian di campur dengan "Kompetensi" yang mewakili 25% dan seterusnya "Kegiatan Luar yang mewakili 5%".

Seperkara yang perlu di sebut adalah, bagi MAPS/NE tidak ada "Bell Curve Distribution" atau "Quota System".

Bagi kes Puan Faridah Sarif dan banyak lagi pekerja lain, amatlah menghairankan apabila penilaian pertama di buat, beliau mendapat 92%. Penilai semula tidak bersetuju dengan pemarkahan tersebut dan minta di kurangkan ke 69%. Dimana justifikasinya apabila markah yang di beri oleh "The Immediate" Bos di tolak dan di ubah semula.

Seolah-olah ada isyarat dari pihak-pihak tertentu agar semua N/E di beri "Level 2" sahaja.

Walaubagaimanapun oleh kerana pemarkahan telah diberi, kita hanya boleh menasihati ahli-ahli yang tidak bersetuju untuk menggunakan Artikel 14 - Perjanjian Bersama Ke 8 TM/NUTE. NUTE mengambil serius isu ini bagi memastikan proses MAPS/NE tidak di jadikan alat untuk menekan pekerja.

Sekian, Salam Hormat.

MOHD JAFAR ABD. MAJID
Presiden NUTE

Thursday, February 16, 2012

Program Morning Kristal 2012 @ TM Bukit Raja




Program Morning Kristal TM Selangor kembali lagi.

Pihak Pengurusan TM Selangor amat berbesar hati untuk memilih TM Bukit Raja sebagai lokasi pertama Program Morning Kristal bagi tahun 2012. TM Bukit Raja dipilih berdasarkan sumbangan dan kerja keras setiap warga kerjanya ke arah merealisasikan kejayaan cemerlang yang dicapai oleh TM Selangor pada tahun 2011.

Justeru itu, Kerjasama daripada pihak tuan/ puan adalah diperlukan bagi memastikan program ini dapat berjalan lancar.

Di bawah ini disertakan agenda bagi program Morning Kristal yang akan berlangsung nanti.

Tarikh : 23/2/2012 (KHAMIS)
Masa : 8.30 pagi
Lokasi : Kompleks Sukan TM Bukit Raja

Agenda Morning Kristal

8.30 - MORNING KRISTAL bersama warga kerja TM bukit raja
9.30 - Gotong Royong Surau Baru TM Bukit Raja
10.00 - Minum Pagi
10.30 - VP Selangor Melawat CMU Selangor
11.00 - VP Selangor Melawat CS Selangor

Semua Warga Bukit Raja & sesiapa yang berkesempatan di seluruh Selangor Barat diminta berada di dalam perhimpunan ini yg akan bermula seawal jam 8:30 pagi pd 23 Feb, Khamis.


Untuk sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan
Sdr SHUHAIMI DAUD- HCBO Selangor
013-3638033

Tuesday, February 7, 2012

PROSES PENILAIAN PRESTASI ANGGOTA BUKAN EKSEKUTIF TM BAGI TAHUN 2011

Akhir-akhir ini kesatuan telah menerima rungutan dari anggota-anggota N/E di NO yang musykil dan tidak berpuas hati dengan pelaksanaan Proses Penilaian Prestasi bagi tahun 2011.

Terdapat kekeliruan apabila Pengurus Besar (NO) Kawasan mengeluarkan arahan yang tidak selari dengan proses yang telah di putuskan di antara GHCM/NUTE

terdapat beberapa rungutan berikut di kalangan anggota:-

i)… panduan pemberian level adalah mengikut Bell Curve dan adalah di ingatkan penilaian adalah untuk tahun 2011 tidak di ambil kira walaupun anggota terbabit BAGUS di tahun-tahun sebelumnya…”

ii)… kalau ikut dalam MAPS & taklimat HR Scale beza sikit seperti di bawah … so nak ikut Bos punya atau MAPS guidelines…”

Dari siasatan kesatuan, banyak berlaku ketidakadilan dan tekanan ke atas pekerja NO di seluruh Semenanjung, seolah-olah ada isyarat dari pihak-pihak tertentu dalam NO yang meletakkan syarat-syarat yang tidak terkandung dalam Proses Penilaian sediada.


Minta perhatian kepada mana2 ahli NUTE yang berasa telah dianiaya atau berlaku sebarang ketidak adilan sila berhubung terus dengan pegawai NUTE yang berhampiran.Mengikut Perbincangan yang telah dilakukan di Mesyuarat Bersama Negeri bersama Pengurusan Negeri Selangor, tiada sebarang arahan lain selain mengikut prosedur yg telah ditetapkan.Pihak pengurusan diharap lebih jelas & Telus dalam menjalankan MAPS NE ini..