NUTE SELANGOR BARAT

Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Telekomunikasi Semenanjung Malaysia
Cawangan Selangor Barat

Monday, August 18, 2014

Friday, May 9, 2014

Mesyuarat Bersama Negeri MBN 1/2014

Mesyuarat Bersama Negeri MBN di antara NUTE Selangor Barat, NUTE PJ & NUTE Selangor Timur  Bersama Pihak Pengurusan TM Selangor yang diketuai oleh Datuk Zaini Maatan,VP Selangor telah diadakan di Bilik Anggerik Wisma TM Shah Alam pada 6 Mei 2014. Antara agenda mesyuarat adalah, sesi pengenalan kepada jawatankuasa NUTE yang baru serta membincangkan beberapa isu -isu yang tertangguh. Kebanyakan isu telah dapat diselesaikan sebelum MBN terus kepada pihak2 yang terlibat.






Gambar sumber HCBO TM Selangor

Thursday, February 27, 2014

ARTIKEL 40 - PENAMATAN PERKHIDMATAN ATAS SEBAB PELANGGARAN KONTRAK PERKHIDMATAN


40.1  Seseorang pekerja hendaklah dianggap telah melanggar kontrak perkhidmatannya dengan Syarikat jika ia tidak hadir bertugas berterusan untuk satu tempoh yang melebihi dua (2) hari kerja berturut-turut tanpa kebenaran terlebih dahulu dari Syarikat, melainkan beliau mempunyai alasan yang munasabah untuk ketidakhadiran tersebut dan telah memberitahu atau cuba memberitahu Syarikat mengenai alasan tersebut sebelum atau pada peluang terawal semasa ketidakhadiran tersebut.

40.2  Syarikat boleh menamatkan perkhidmatan pekerja tanpa notis sekiranya berlaku perlanggaran kontrak perkhidmatan sebagaimana yang dinyatakan di Artikel 40.1 di atas.

40.3 Hak membuat rayuan:-

a) Pekerja yang ditamatkan perkhidmatan di bawah Artikel 40.2 adalah berhak membuat rayuan kepada Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Telekom Malaysia dalam tempoh tiga puluh (30) hari daripada tarikh notis pemberitahuan penamatan perkhidmatan.

b)Rayuan pekerja itu hendaklah diputuskan oleh Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Telekom Malaysia dalam tempoh tiga puluh (30) hari daripada tarikh penerimaan rayuan tersebut.

c)  Satu salinan keputusan rayuan yang dibuat oleh Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Telekom Malaysia, hendaklah dikemukakan kepada Kesatuan.

d) Pekerja berkenaan boleh menghantar terus surat rayuan terhadap penamatan perkhidmatan kepada Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Telekom Malaysia yang akan ditentukan oleh Syarikat.

Ini lah Artikel yang jarang di beri perhatian dan jarang di gunapakai oleh Exec/Penyelia terhadap pekerja yang melanggar Artikel ini. Dalam Artikel ini dengan jelas Pekerja boleh di tamatkan Perhidmatan (Buang Kerja) tanpa NOTIS. Maksudnya di sini tak perlu lagi diadakan Proses Siasatan Dalaman sebagaimana dalam Artikel 39.3.

Sila berhubung dengan pihak HCBD untuk mengetahui proses yang harus di ambil keatas anggota yang melanggar Artikel ini.

HJ.PAUZI CHE AHMAD
Assistant Manager IR Central Region
Human Capital BD | Level 2, Wisma TM Shah  Alam

Sunday, February 16, 2014

PENYALAH GUNAAN ARTIKEL 70 CUTI EHSAN CA-9 TM-NUTE


PERJANJIAN BERSAMA TM-NUTE KE 9 (CA-9)

PENYALAH GUNAAN ARTIKEL 70.1 a)iv) CUTI EHSAN : Menjaga tanggungan dalam wad,mengiringi tanggungan menjalani rawatan di luar kawasan dan mendapat rawatan di luar kawasan.
Dalam pemantauan HCBD Selangor ada anggota yang mengambil cuti ehsan dan diluluskan untuk menjaga Ibu/Bapa dalam wad. Sedangkan artikel ini hanya untuk tanggungan sahaja dan ibu bapa tidak termasuk dalam tanggungan.

ARTIKEL 8-TAFSIRAN.

Artikel 8.8 Keluarga/Tanggungan.

Ertinya seorang suami/isteri kepada pekerja yang sah dan anak-anak yang berumur lapan belas (18) tahun ke bawah atau sekiranya masih belajar di sekolah/institusi secara sepenuh masa di bawah umur dua puluh tiga (23)tahun.Had ini tidak terpakai bagi anak-anak yang cacat di sebabkan kelemahan otak atau jasmani. Maksudnya anak ini adalah tanggungan sepanjang hayat.

 Di sini jelas ibu bapa tidak termasuk sebagai tanggungan anggota dan tak layak untuk mengambil cuti ehsan menjaganya di dalam wad.

Ibu/Bapa hanya termasuk dalam keluarga terdekat yang cuti ehsan hanya layak di ambil untuk kes kematian sahaja.

ARTIKEL 70-CUTI EHSAN

ARTIKEL 70.1C)

Keluarga terdekat bermaksud isteri/suami, anak-anak,ibu bapa,datuk/nenek pekerja,ibubapa mertua,adik beradik,ipar,ibu bapa saudara,anak saudara,cucu dan menantu.(Dalam hal ini cuti ehsan hanya untuk kes kematian sahaja).

ARTIKEL 70.2c)

Cuti Ehsan hendaklah di ambil pada masa kejadian itu di beri tahu dan untuk tujuan kejadian itu sahaja.


PAUZI CHE AHMAD
 
Assistant Manager IR Central Region
Human Capital BD | Level 2, Wisma TM Shah  Alam
H/P: 013 3362323 | Off : 603-55184895 Fax : 603-55184892
Email : pauzicah@tm.com.my

Monday, February 3, 2014

PERSIDANGAN PERWAKILAN TIGA TAHUNAN NUTE 27-30 JAN 2014 PERLIS




Mesyuarat Tiga Tahunan Kali Ke 4 Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Telekomunikasi Malaysia telah berlangsung dengan jayanya pada 27-30 Jan 2014 Bertempat di Hotel Sri Malaysia, Kangar Perlis.Majlis telah diirasmikan oleh YB Dato Hj Ismail Bin Hj Abd Mutalib, Timbalan Menteri Sumber manusia.Majlis perasmian juga telah dihadiri oleh CEO Kumpulan TM, Tan Sri Zamzairani Mohd Isa, VP Dato Khalis Abd Rahim, Dato Sharif serta ramai lagi dari pihak pengurusan. Persidangan selama 4 hari ini telah di selang seli dengan Seminar & taklimat ringkas berkaitan hala tuju bisnes TM/Game Changers oleh EVP TM En Imri Mokhtar, Taklimat berkaitan produktiviti oleh MPC, GST oleh Jabatan Kastam Wilayah Utara, Motivasi dari YM Dr Tg Asmadi Tg Mohamad serta beberapa lagi penceramah yang lain.

Selangor Barat telah diwakili oleh,

Sdr Mukhtar Ali Bazzir Ali ( Naib Presiden)
Sdr Mahadi Maarof (Exco MJA)
Sdri Nur Jazilah Omar ( Setiausaha NUTE Selangor Barat )
Sdr Mohammad Zaaba Mohamad Yunus ( Bendahari NUTE Selangor Barat )
Sdr Shahrill Sahedan ( AJK Bkt Raja )
Sdr Ramli Md Razi ( AJK Sabak Bernam )
Sdr Samsudin Ahmad ( AJK Klang )
Sdr Abd Razak Johari ( AJK Banting )

RINGKASAN MESYUARAT

USUL YANG DITERIMA DARI SEMUA CAWANGAN & MJA - 69

USUL-USUL YANG DITERIMA TANPA BAHAS - 16

Caw Pulau Pinang

i)Memberi peluang kpd pemegang diploma utk menjawat jawatan eksekutif
ii)Anggota yang berkhidmat melebihi 30 tahun diberikan anugerah
iii) Jawatan SP3 diperluaskan ke seluruh negara
iv) Menamatkan perkhidmatan TROS

Caw Perak Utara

i) Kenaikan gaji harus inline dengan 'salary structure'
ii) Mengkaji & mempertimbangkan kedudukan jawatan Juruteknik Kanan SMS
iii) Meletakkan gambar calon-calon yang bertanding utk jawatan-jawatan dalam NUTE pada kertas undi.
iv) Pendahuluan akhir tahun dibayar pada gaji bulan November.

Caw Wilayah Peraj Tengah

i) tuntutan Rebet Broadband RM66 ditolak automatik daripada bil.

Caw Selangor Barat

i) Mencadangkan anak-anak anggota menikmati kemudahan rawatan hospital pakar swasta
ii) Mengkaji semula struktur gaji antara anggota baru & lama
iii) Cuti carry forward bagi anggota yg telah berkhidmat 10 tahun dinaikkan dari 2 hari ke 10 hari.
iv) Elaun makan kehadiran kursus dinaikkan lebih dari RM5
v) Isu 'One Man Show'

Caw Johor Utara

i) Cuti Ehsan dinaikkan dari 7 hari ke 10 hari
ii) Mencadangkan anggota yang melangsungkan perkahwinan anak layak mendapat cuti ehsan.

USUL-USUL YANG DITOLAK - 51

USUL-USUL YANG DITERIMA UNTUK DIBAHAS - 02

i) Kenaikan Yuran
ii)Mewujudkan Jawatan Setiausaha Eksekutif