NUTE SELANGOR BARAT

Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Telekomunikasi Semenanjung Malaysia
Cawangan Selangor Barat

Tuesday, March 29, 2011

Rayuan Sumbangan Tabung Bangunan NUTE Malaysia


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Di dalam kita melangkah ke hadapan yang di penuhi ruang dan peluang serta cabaran di Telekom Malaysia dan anak-anak syarikatnya, adalah amat penting kesatuan mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan logistik yang utuh.

Pelancaran Tabung Bangunan bagi penambahbaikan Wisma NUTE di atas tapak sedia ada (Lot. 180, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur) apabila siap nanti, di harap dapat menyediakan kemudahan jangka panjang kepada generasi kepimpinan akan datang.

Bangunan Wisma NUTE yang di beli pada tahun 1979 adalah merupakan "Double Storey Shoplot". Ia kini menempatkan Ibu Pejabat NUTE dan mempunyai kemudahan yang serba sederhana bagi mengadakan mesyuarat dan kursus/latihan kesatuan sekerja.

Jesteru itu Exco telah membuat keputusan untuk menaikkan satu tingkat bagi tujuan melengkapkan Bilik Mesyuarat/Latihan. Ianya sekaligus dapat menyelesaikan masalah bumbung bangunan yang tidak dapat menampung air hujan ketika hujan lebat di mana ianya akan membasahi ruang pejabat.

Oleh itu secara simbolik kita ingin menyeru kepada ahli-ahli NUTE agar dapat menyumbang sebiji batu bata yang sama jumlahnya dengan RM 20.00 bagi tujuan di atas.

Bersama-sama ini di sertakan Surat Akuan membenarkan TM memotong RM 20.00 dari Bonus 2010 yang akan di bayar pada penghujung bulan April 2011.

Sumbangan anda amat besar ertinya di dalam kita menyediakan tapak yang kukuh bagi pemimpin masa kini dan akan datang, memberi perkhidmatan kepada ahli-ahli dan mengujudkan hubungan harmoni di antara pekerja dan pihak pengurusan kumpulan TM serta anak syarikat.

Sila kembalikan Surat Akuan melalui fax ke nombor 03-22821015 atau email ke mdjafar@tm.com.my atau di serahkan kepada Pengerusi/Setiausaha Cawangan untuk sampai ke Ibu Pejabat NUTE pada atau sebelum 04hb. April 2011.

Sekian, Terima Kasih.

MOHD JAFAR ABD. MAJID
Presiden NUTE

Catitan : Bagi yang ingin memberi sumbangan tambahan boleh berbuat demikian dengan membuat sumbangan ke Akaun Maybank 514253503628.

KGT TAHUN 2011 & NON EXEC CAREER PATH







Syukur Alhamdulillah setelah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan pihak Human Capital TM, mengenai pelaksanaan Kenaikan Gaji Tahunan berdasarkan Prestasi untuk Anggota Bukan Eksekutif mulai tahun 2011 dan Struktur Gaji baru serta Career Path, di perturunkan keputusannya.

KGT

Bagi yang masih belum maksimum (Gaji Mati) pengiraan KGT adalah kombinasi antara kadar tetap dan peratusan ke atas gaji. Harus di ingatkan, pemberian KGT dalam bulan Januari 2011 adalah atas dasar 3% ke atas mid point.

Dengan yang demikian, bagi pekerja yang berada di tahap 2,3, & 4, pengiraan KGT tambahan adalah seperti di "attachment" dan ianya akan berkuatkuasa mulai 01.01.2011.

Struktur Gaji Baru

Mulai bulan April 2011, Struktur Gred Baru adalah seperti di "attachment". Dengan pelaksanaan Gred Baru, Struktur Gaji (Salary Structure) turut berubah.Bagi pekerja yang berada di tahap maksimum (Gaji Max) Struktur Gaji Baru bakal memberi nafas baru kepada anda semua.


Sekiranya mempunyai sebarang persoalan mengenai KGT dan Struktur Gaji Baru, sila bersabar dan nantikan ketibaan Pegawai-Pegawai dari Group Human Capital TM dan NUTE di tempat saudara/saudari untuk sesi penerangan.

Sekian, Salam Hormat.



MOHD JAFAR ABD. MAJID
Presiden NUTE

Thursday, March 10, 2011

MEMORANDUM KEPADA PM




As-salamualaikum Saudara / Saudari Yang Di Rahmati Allah,

Pada 31hb. Januari 2011, selaku Timbalan Presiden MTUC, saya telah berkesempatan untuk turut serta didalam rombongan ke pejabat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia di Putrajaya bagi sesi kunjung hormat Pegawai Pegawai baru MTUC dengan YAB Perdana Menteri.

Kesempatan yang ada telah saya gunakan untuk menyerahkan Memo mengenai STATUS PEKERJA JTM YANG TIDAK MENDAPAT PENCEN atas sebab sebab tertentu. Ratusan pekerja terlibat dengan isu tersebut.

Ingin saya nyatakan bahawa isu sebenar yang dibawa adalah akibat kelalaian penjawat awam ketika itu yang telah menyebabkan mereka mereka ini tercicir dari mendapat status PENCEN.

Isu mengenai jumlah Pencen yang kecil, yang selalu di suarakan oleh pekerja yang berpencen, akan dikemukakan semasa sesi Bengkel bersama Kesatuan Kesatuan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) , yang dicadangkan pada bulan Jun atau Julai 2011.

Sekian, Salam Hormat.


Mohd Jafar Abd Majid
Presiden NUTE
Assalamualaikom

Bersama ini dilampirkan berita terkini dari president NUTE dan jelas maksudnya,Kami ahli NUTE Selangor Barat mengucapan tahniah dan syabas kepada tuan President kerana telah berjaya menyampaikan memorandum tersebut pada Perdana Menteri, Jarang sekali issu NUTE dibawa berjumpa PM. Kami ahli ahli NUTE Selangor Barat menaruh penuh kepercayaan dan menyokong terhadap tugas tugas yang dibuat oleh Tn President.Mudah mudahan Allah memberkati usaha kita, Tahniah Tn President. “You are the best leader”
TQ - Wahid Salam ( Naib Pengerusi NUTE Selangor Barat )