NUTE SELANGOR BARAT

Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Telekomunikasi Semenanjung Malaysia
Cawangan Selangor Barat

Friday, November 20, 2009

MAJLIS PENYERAHAN CADANGAN PERJANJIAN BERSAMA KE EMPAT TSSSB/NUTE






Lanjutan daripada Bengkel Persiapan Perjanjian Bersama Ke 4 yang terdahulu, kini NUTE/TSSSB menempa satu lagi sejarah yang penuh bermakna dan nostalgia.

Untuk makluman semua, tanggal 13 November 2009 (Jumaat) jam 3.00 petang satu majlis Penyerahan Cadangan Perjanjian Bersama Ke 4 TSSSB/NUTE telah berlangsung. NUTE telah diwakili oleh sdra. Presiden, sdra. Setiausaha Agung, sdra. Bendahari Agung dan wakil penaja NUTE Cawangan TSSSB sdra. Zakaria Sanusi, sdra. Faizul Azali Zulkipli, sdra Almizan Ismail, sdra.Mustafiq Noh Zakaria dan sdri. Noriah Saidin. Manakala pihak Pengurusan TSSSB diketuai oleh En. Ahmad Khairul Razi Ismail (CEO), En. Zaid Mohamed Adib (Pengurus Besar HR) dan seluruh anggota MCM TSSSB.

Sebagai kenangan untuk diabadikan bersama, disertakan gambar-gambar semasa penyerahan cadangan CA tersebut, sila panjangkan kepada semua ahli-ahli NUTE.

Sekian salam hormat.

Tuesday, November 17, 2009

Program Derma Darah Wisma TM Shah Alam

Salam sejahtera.

Tuan/puan,

Adalah dimaklumkan bahawa OSHE Negeri Selangor akan menganjurkan satu Program Kempen Menderma Darah bersama dengan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Program ini adalah sebagai salah satu khidmat yang boleh disumbangkan oleh kakitangan dan pelanggan TM kepada masyarakat dalam membantu Tabung Darah Negara menampung kekurangan bekalan darah sediada. Selain itu program ini juga dapat membuka peluang dalam menimbulkan kesedaran kepada anggota TM tentang keperluan untuk menderma darah.

Program kempen tersebut adalah seperti berikut.

Tarikh : 23 Nov 2009 @ Isnin
Masa : 10.00 pagi ~ 3.00 petang
Tempat : Ruang Legar, Wisma TM Shah Alam
Seksyen 11, 40000 Shah Alam

Sehubungan itu, dalam menjayakan program ini saya menyeru kepada semua ketua unit dan pemimpin kesatuan untuk sama-sama menyokong program ini dengan menyahut seruan dan cabaran semasa kempen ini sebagai penderma. Tuan/puan juga digalakkan untuk membawa bersama-sama anggota dari unit tuan/puan dan ahli-ahli kesatuan supaya kita mendapat jumlah penyertaan yang semaksimum mungkin pada hari tersebut.

Diharapkan komitmen dan kerjasama yang tuan/puan berikan dalam menjayakan program ini akan dapat menaikkan nama TM Selangor dikalangan pelanggan TM dan agensi kerajaan dan juga OSHE Selangor dikalangan warga TM.

Sumbangan tuan/puan amat diharapkan dan dihargai.

Salam hormat.


Mazlan Ishak
Pembantu Pegawai OSH
TM Selangor

Monday, November 9, 2009

KEMASKINI PROFIL AHLI-AHLI NUTE SELANGOR BARAT

PIHAK NUTE SELANGOR BARAT SEDANG MENJALANKAN OPERASI KEMASKINI MAKLUMAT UNTUK SEMUA AHLI-AHLI NUTE CAW SELANGOR BARAT.

SILA BERHUBUNG DENGAN AJK NUTE BERHAMPIRAN ANDA UNTUK MEMBERIKAN PROFIL TERKINI SEPERTI NO TEL & ALAMAT RUMAH/TETAP ANDA.INI UNTUK MEMUDAHKAN SEBARANG URUSAN BERKAITAN NUTE.FORMAT DLM BENTUK A4 TELAH DIEMAILKAN KEPADA PEGAWAI NUTE SELURUH SELANGOR BARAT.

HARAP SEMUA AHLI-AHLI DAPAT MEMBERIKAN KERJASAMA DENGAN MENGHUBUNGI MEREKA SECEPAT MUNGKIN.

ATAU, PRINT BORANG DI ATAS, ISIKAN DAN HANTAR KEPADA AJK TERDEKAT


TERIMA KASIH

Thursday, November 5, 2009

BONUS RM500 Bagi pesara

Berkaitan Belanjawan 2010 yang telah diumumkan baru baru ini, Makluman dari Bahagian Pencen ,anggota yang menerima Pencen kurang dari RM500 sahaja yang layak menerima bonus Rm500 pada bulan Disember 2009 ini. Terima Kasih