NUTE SELANGOR BARAT

Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Telekomunikasi Semenanjung Malaysia
Cawangan Selangor Barat

Monday, May 31, 2010

Taklimat Housing Loan outsourcing (Ambank)



Lanjutan daripada mesyuarat MBN 1/2010 yang telah diadakan pada 09/04/2010, pihak AJK NUTE menyarankan agar taklimat di atas diadakan sekali lagi di Selangor dan dengan ini taklimat akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut dan dengan segala hormatnya ahli2 yang ada permasalahan dalam isu tersebut adalah dijemput hadir sama.

Tarikh : 21/06/2010 (Isnin)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Anggerik, Tingkat 2
Wisma TM Shah Alam

LAMAN WEB NUTE

Assalamualaikum,

Sukacita di maklumkan bahawa pembinaan laman web NUTE telah pun hampir selesai dan dalam tempoh percubaan. Walaubagaimanapun bagi kemudahan untuk melayarinya saudara/saudari boleh melayari di alamat www.nute.com.my.

Sebarang cadangan, pandangan atau komen sila kemukakan ke Setiausaha Agung NUTE.

Satu majlis pelancaran laman web tersebut akan diadakan dalam masa terdekat.

Sekian. Terima Kasih.

MOHD JAFAR ABD. MAJID
Presiden NUTE

Friday, May 21, 2010

Majlis Menandatangani CA ke 8









Keputusan Undi Sulit NUTE TSSSB

Pada 20.05.2010 satu sejarah telah berlaku di TSSSB di mana satu undi rahsia telah diadakan di kalangan pekerja-pekerja TSSSB untuk memilih satu kesatuan pekerja sama ada NUTE TSSSB atau UNITESS yang akan mewakili suara pekerja. Undi sulit ini telah berlangsung di seluruh Semenanjung Malaysia. Alhamdullilah keputusan dari undi sulit tersebut, suara akar umbi telah memilih NUTE sebagai wakil kesatuan tunggal dalam memperjuangkan hak-hak pekerja TSSSB.

Berikut adalah keputusan undi sulit yang telah dijalankan:



Majoriti undi : 296

Kepada pekerja-pekerja yang telah keluar mengundi saya bagi pihak Ahli Jawatankuasa NUTE TSSSB ingin merakamkan jutaan terimakasih. Kemenangan ini adalah merupakan satu tanggungjawab yang besar bagi pihak Ahli Jawatankuasa NUTE TSSSB dalam merealisasikan suara ahli. Selepas ini Ahli Jawatankuasa akan memastikan CA4 TSSSB yang telah lama tertangguh akan dilaksanakan.

Akhir kata, saya ingin menyeru kepada semua pekerja supaya kembali bersatu dan melaksanakan kerja seperti biasa di TSSSB dalam mencapai Visi dan Misi TSSSB.

Sekian Terimakasih.

Mohd Johan Shamsuddin

Wednesday, May 12, 2010

PENANGGUHAN UNDI RAHSIA TSSSB

Assalamualaikum dan Salam 1TM

Saudara/Saudari Yang Dihormati

Adalah dimaklumkan bahawa proses undi rahsia TSSSB yang dijadualkan pada 27 April 2010 telah di tangguhkan kepada tarikh baru 20 MEI 2010 (Khamis).Ini adalah ekoran daripada pihak Ibu Pejabat NUTE yang telah menghantar surat bertarikh 26/03/2010 kepada Ketua Pengarah JHEKS yang meminta penagguhan proses undi rahsia kerana penglibatan kita dalam Perjanjian Bersama Ke 8.

Dalam pada itu Ibu Pejabat NUTE bersama cawangan-cawangan sedang merangka jadual turun padang diseluruh premis TSSSB bagi memberikan penerangan dan maklumat kepada mereka.


Sekian terima kasih


ZULKIPLI NOOH
Setiausaha Agung
Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Telekomunikasi
Semenanjung Malaysia (NUTE)