Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Dukacita dimaklumkan Sdra. Abd Rahim Othman, Anggota ZFT Selangor Timur Zon Kepong merangkap Bendahari NUTE Cawangan Selangor Timur yang juga Juru Audit Dalaman NUTE telah mengalami kemalangan jalanraya pada hari khamis 3/1/2013 dan kaki beliau terpaksa dipotong disebabkan kemalangan tersebut. Sekarang beliau berada di Hospital Kuala Lumpur (UNIT ICU Bilik 7). Anak beliau juga patah kaki kerana terlibat bersama dalam kemalangan ini dan sedang dirawat di Hospital Sg. Buloh. Bapa mertua beliau pula telah kembali kerahmatullah pada hari yang sama. Marilah kita sama-sama mendoakan agar beliau dan keluarga bersabar & tabah menghadapi dugaan dari Allah SWT ini.
Sebarang maklumat terkini yang berkaitan,bolehlah menghubungi Pengerusi NUTE Selangor Timur.
Sdra Ab.
Rahim Yusof Tel.
No. 013-3514494