Sebagaimana yang telah diumumkan oleh YB
Menteri Sumber Manusia baru-baru ini, Akta Umur Persaraan Minimum 2012 (Akta
753) akan bermula dari tarikh 01hb. Julai 2013.
Mengimbas kembali, Rang Undang-Undang Umur
Persaraan Minimum 2012 telah pun di luluskan oleh Dewan Rakyat pada 27 Jun 2012
dan Dewan Negara pada 17 Julai 2012. Ia di wartakan pada 16 Ogos
2012.
Seksyen
4 Akta tersebut menyebut: “Walau apa-apa pun undang-undang bertulis lain, umur
persaraan minimum seseorang pekerja adalah apabila pekerja itu mencapai umur
enam puluh tahun”.
Seksyen
7.(1) menyebut: “Apa-apa umur persaraan dalam sesuatu kontrak perkhidmatan atau
perjanjian kolektif yang di buat sebelum, pada atau selepas tarikh permulaan
kuatkuasa. Akta ini yang lebih rendah daripada umur persaraan minimum yang
diperuntukkan di bawah akta ini hendaklah di sifatkan sebagai terbatal dan
digantikan dengan umur persaraan minimum yang telah di peruntukkan di bawah Akta
ini:.
Sebagai kesimpulan, seseorang pekerja TM
dan Anak-Anak Syarikat, termasuk Celcom yang masih berkhidmat/bekerja pada
tarikh 01hb. Julai 2013, umur persaraan adalah apabila pekerja itu mencapai umur
60 tahun.
Sekian,
untuk makluman semua ahli.
Terima
kasih.
MOHD
JAFAR ABD. MAJID
Presiden NUTE