NUTE SELANGOR BARAT

Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Telekomunikasi Semenanjung Malaysia
Cawangan Selangor Barat

Wednesday, June 3, 2009

BERITA NUTE

Berita NUTE

1 April 2009
- Taklimat Tuntutan PERKESO dan Risk Management di Dewan Seminar, Menara TM.
- Pekeliling Sumber Manusia No.4/2009 (1), Pengemaskinian Kelulusan Cuti Rehat Tahunan 2008 ke dalam Sistem ESS
- Taklimat Polisi Penyelengaraan Kenderaan oleh TMFA
- Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pakaian Seragam
- Pengumuman peringkat ketiga struktur organisasi

6-7 April 2009
- Diskusi finding manning level Triang di Temerloh

8 April 2009
- Lawatan kajian OT Gaji Sebenar di TM Jasin dan Bandar Melaka

9 & 10 April 2009
- Lawatan ke Bukit Larut dan Bukit Ladang Teh Lenggong, Perak.
- Pekeliling Sumber Manusia No.4/2009 (3), Terbitan Hak Saham Axiata Group Berhad (TMI)
- Diskusi finding manning level Subang Jaya, PJ dan Shah Alam di Ibusawat Subang Jaya.

11 April 2009
- TM Award Nights bertempat di PWTC

14 April 2009
- Bengkel Polisi Pengurusan Kenderaan serta Vehicle Rightsizing Programme.

18 & 19 April 2009
- ‘Site Visit’ ke DMP – Digital Multiplexer Platform, Bandar Melaka untuk kajian OT Gaji Sebenar.

20 April 2009
- Pekeliling Sumber Manusia No.4/2009 (4), Kehadiran di mesyuarat agung tahunan TM ke 24

22 April 2009
- Lawatan Kerja ke RNO TX FOC Temerloh/Raub bagi Kajian OT Gaji Sebenar.

30 April 2009
- Pekeliling Sumber Manusia No.4/2009(5), Pemberian Cenderahati/Hadiah


TAKLIMAT TATACARA TUNTUTAN PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL (PERKESO) DAN RISK MANAGEMENT

Seksyen IR/ER &OSHE, Group Human Capital Management telah menganjurkan satu program ceramah bertajuk “Tuntutan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969” pada 1 April 2009 (Rabu) bertempat di Dewan Seminar, Aras 50, Menara TM.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan pemahaman kepada anggota-anggota TM tentang faedah-faedah yang ditawarkan di bawah Skim Faedah PERKESO serta cara-cara untuk membuat tuntutan apabila terjadi sesuatu musibah seperti kemalangan di tempat kerja atau kecederaan kekal yang di alami oleh pekerja. Turut hadir pada hari itu adalah ketiga-tiga Presiden dan ahli-ahli EXCO Kesatuan dari NUTE, SUTE dan UTES serta kakitangan yang tugas harian mereka banyak terdedah kepada risiko.

Penceremah jemputan dari PERKESO yang menyampaikan taklimat pada hari itu adalah Encik Philip Sangkan dari Unit Caruman, Ibupejabat PERKESO. Majlis kemudiannya diteruskan dengan taklimat oleh Encik Muhammad Ibrahim dari Unit Pengurusan Risiko bertajuk “Program Insuran Pekerja TM”.

Turut hadir adalah Tuan Haji Mohd Ariffin Che Man, Pengurus Besar IR/ER & OSHE yang turut menyampaikan ucapan aluan pada awal program.


PEKELILING SUMBER MANUSIA NOO.4/2009 (1), PENGEMASKINIAN KELULUSAN CUTI REHAT TAHUNAN 2008 KE DALAM SISTEM ESS

1 April 2009, pemakluman kepada semua kakitangan TM bahawa baki cuti rehat tahun 2008 telah dikemaskini di dalam Sistem ESS Leave Management. Kelayakan membawa cuti ini ke tahun 2009 yang dibenarkan adalah mengikut klasifikasi kategori anggota iaitu:-
i) Anggota Eksekutif, jumlah maksima tidak melebihi separuh kelayakan CRT.
ii) Anggota Bukan Eksekutif lantikan sebelum 1/1/1990, jumlah maksima 14 hari.
iii) Anggota lantikan selepas 1/1/1990, jumlah maksima 2 hari.

Semua kakitangan dikehendaki membuat semakan kepada jumlah kelayakan ini sebelum 19/4/2009. selepas dari tarikh itu, semua CRT yang wujud di dalam sistem ESS adalah dianggap benar.

Group HR juga berharap semua kakitangan TM dapat mebuat perancangan cuti dengan lebih teliti bagi mengelakkan dari berlakunya pengumpulan cuti yang berlebihan hingga ke hujung tahun.


TAKLIMAT POLISI PENGGUNAAN KENDERAAN OLEH TMFA

1 April 2009, jam 2.30 hingga 4.00 petang bertempat di bilik mesyuarat Aras 13 Selatan, telah berlangsung sesi taklimat khas TMFA kepada 3 kesatuan berhubung dengan polisi penggunaan kenderaan TM.

Sesi ini telah dihadiri oleh 3 Presiden kesatuan dan Exco serta pengurusan kanan TMFA. Encik Hamzah Besar AGM TMFA telah memberikan penerangan mengenai cadangan mengadakan polisi ini. Pihak kestuan telah meberi maklum balas dan satu bengkel khas akan diadakan untuk membincangkan kaedah polisi ini bersama pihak-pihak yang terlibat dalam penggunaan kenderaan ini.


MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK PAKAIAN SERAGAM

1 April 2009, jam 4.00 petang bertempat di Bilik mesyuarat HC SSO Aras 10 Selatan telah berlangsung pula sesi mesyuarat jawatankuasa induk pakaian seragam.

Mesyuarat telah dihadiri oleh 3 presiden kesatuan dan jawatankuasa pengurusan pakaian seragam.


PENGUMUMAN PERINGKAT KETIGA STRUKTUR ORGANISASI

1 April 2009, GHCM telah mengumumkan stuktur organisasi ketiga dan kebawah bagi anggota yang terlibat bagi bahagian CSEG, Retail Product dan CSM yang boleh di akses di laman web http://myhr.tm.com.my/kmportal .

Selaras dengan penstrukturan semula organisasi, surat penempatan akan dikeluarkan kepada anggota yang terlibat bermula 1 April 2009. Anggota bukan eksekutif adalah dikehendaki untuk melapor diri kepada penyelia baru mulai pada 4 Mei 2009.

DISKUSI FINDING MANNING LEVEL TRIANG, TEMERLOH

6-7 April 2009, Lanjutan mesyuarat bagi tujuan rumusan akhir Manning Level telah diadakan di Ibusawat Temerloh, Pahang yang melibatkan pihak GHCM, CTO, RNO, HC SSO Pahang, IR/ER & OSHE dan NUTE.

Di antara rumusan Manning Level yang telah dibincangkan adalah mengemaskini data kajian untuk anggota unit SAF/Access, Switching, Transmission dan Data. Sesi akhir `wrap-up’ akan diadakan pada 4 Mei 2009 untuk merumuskan hasil dapatan kajian Manning Level Triang dan Subang Jaya.


LAWATAN KAJIAN OT GAJI SEBENAR KE TM JASIN, MELAKA DAN BANDAR MELAKA

8 April 2009, Lawatan kajian bagi 12 anggota Digital Data Network (DDN-TMW) dari Kuala Lumpur yang bertugas di luar kawsan di TM Jasin, Melaka untuk justifikasi tuntutan elaun kerja lebih masa mengikut gaji sebenar yang melibatkan pihak DDN-TMW, HC SSO Melaka dan IR/ER & OSHE.

Di antara aspek yang dinilai adalah sama ada tugasan anggota DDN-TMW untuk Bypass Project di interpretasi sebagai `Kerja Manual (Manual Work)’ seperti di dalam Jadual Pertama, Akta Kerja 1955; kekerapan tugasan Kerja Manual dan anggota yang terlibat dalam konteks kerja di TM atau sebaliknya. Hasil penilaian akan menentukan seseorang pekerja layak untuk menuntut elaun kerja lebih masa mengikut gaji sebenar atau sebaliknya. Sesi lanjutan lawatan telah diadakan pada 18 - 19 April 2009 untuk Digital Multiplexer Platform (DMP) upgrade di Unit 3, TM Melaka.


LAWATAN KE BUKIT LARUT DAN BUKIT LADANG TEH LENGGONG, PERAK

8,9 &10 April 2009, Adalah merupakan hari-hari dimana pihak NUTE memulakan sesi lawatan ke Taiping, Perak. Program Engagement antara TM dan Kesatun telah berlangusng pada 10 April dimana kedua-dua pihak telah membuat lawatan ke remote area iaitu:-
i) Stesen Bukit Larut
ii) Stesen Bukit Ladang Teh Lenggong

Dikedua-dua kawasan ini, masaalah kerosakan jalan serta tiada penyelengaraan menjadi isu yang membimbangkan.

Di Bukit Larut, 2km terakhir ke Stesen Bukit, keadaan jalan berlopak, kecuraman adalah faktor yang mengundang bahaya kepada anggota yang bertugas dalam 2 syif semasa berulang-alik. Kondisi kenderaan pacuan empat roda, lampu limpah kenderaan, wiresless set dalam kereta, kemudahan serta kebajikan kakitangan termasuk bekalan air bersih, first aid kit, isu waktu kerja, stafing yang akan pencen , OT gaji sebenar adalah antara isu yang dibangkitkan dalam dailog bersama kakitangan Bukit Larut.

Di Bukit Ladang Teh Lenggong, pihak pengurusan juga telah respon terhadap aduan NUTE dan telah menyaksi dan melalui sendiri jalan maut yang dikatakan. Hakikat jalan yang tidak sempurna amat ketara dan bersetuju isu ini perlu ditangani segera serta mengkaji semula semua pemasaalahan jalan-jalan ke setesen bukit.

Pemandangan laluan yang perlu dilalui oleh kakitangan di Stesen Buikit Teh Lenggong.

Lawatan seumpama ini menjelaskan situasi sebenar keadaan di remote area. Presiden NUTE serta Bendahari Agung, Pengerusi dan Setiausaha NUTE Perak Tengah, Pengerusi dan Setiausaha NUTE Perak Utara, GM dan Union Management IR/ER & OSHE HQ, HR dan OSHE Kawasan Utara telah turut sama menyertai program engagement ke remote area ini.


DISKUSI FINDING MANNING LEVEL SUBANGJAYA, PJ DAN SHAH ALAM DI IBUSAWAT SUBANG JAYA

9-10 April 2009, Lanjutan mesyuarat bagi tujuan rumusan akhir Manning Level telah diadakan di Ibusawat Subang Jaya, Selangor yang melibatkan pihak GHCM, CTO, RNO, HC SSO Selangor, IR/ER & OSHE dan NUTE.

Di antara rumusan Manning Level yang telah dibincangkan adalah mengemaskini data kajian untuk anggota unit SAF/Access, Switching, Transmission dan Data. Sesi akhir `wrap-up’ akan diadakan pada 4 Mei 2009 untuk merumuskan hasil dapatan kajian Manning Level Triang dan Subang Jaya.


PEKELILING SUMBER MANUSIA NO.4/2009 (3), TERBITAN HAK SAHAM AXIATA GROUP BERHAD (TMI)

10 April 2009, Axiata Group Berhad telah mengumumkan pemberian Terbitan Hak Saham Axiata kepada pemegang saham yang layak.

Hasil daripada Terbitan Hak Saham Aziata ini, semua kakitangan yang mempunyai pegagan opsyen saham Axiata yang belum dilunaskan melalui tawaran opsyen saham kakitangan khas TM (ESOS), penguhsuaian terhadap harga urusniaga opsyen saham dan jumlah saham Axiata yang ditawarkan akan dilakukan.


TM AWARDS NIGHTS, PWTC

11 April 2009, berlangsung di PWTC telah diadakan TM Awards Nights kali ke-4.

Ketiga-tiga presiden dan Exco kesatuan turut dijemput menghadiri majlis ini.


BENGKEL POLISI PENGURUSAN KENDERAAN SERTA VEHICLE RIGHTSIZING PROGRAMME

14 April 2009, bertempat di Bilik mesyuarat TMFA, Shah Alam telah berlangsung satu bengkel khas mengenai polisi penggunan kenderaan.

Bengkel ini turut dihadiri oleh ketiga-tiga kesatuan terdiri Presiden dan Exco NUTE, Sdr Mohd Ibrahim Hamid dan Roslan Tajuddin dari UTES dan Sdr Kian Hing dan Jafri Maton mewakili SUTE.

Dipihak pengurusan bengkel ini dihadiri oleh En Zam Ariffin, En Fazlur Rahman serta wakil-wakil unit bagi mencambahkan idea untuk menyiapkan suatu polisi yang komprehensif untuk kebaikan semua pihak, khususnya pengguna TMFA.

Program bengkel sehari ini telah mendapat respon baik kesatuan dengan mengutarakan beberapa isu dan masaalah yang diadukan oleh kesatuan berhubung kait dengan faktor kemudahan, keselesaan serta rungutan pekerja.

Bengkel sehari ini telah berakhir dengan tercapainya satu resolusi untuk TMFA menyiapkan satu draf polisi dan prosedur pengurusan kenderaan TM.