NUTE SELANGOR BARAT

Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Telekomunikasi Semenanjung Malaysia
Cawangan Selangor Barat

Wednesday, July 1, 2009

Terima Kasih TM & NUTE

Assalaa mua’laikum wa-Rahmatul-laahi wa-Barakaatuh dan Salam Sejahtera diucapkan kepada ahli-ahli serta keluarga NUTE-TM

Saya Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden NUTE telah mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden seterusnya mengundurkan diri sebagai Presiden pada 01 Julai 2009. Menyandang jawatan Presiden hampir 30 tahun. Mula memegang jawatan Pengerusi NUTE Negeri Sembilan pada tahun 1972 dan berkhidmat dengan NUTE 36 tahun.

Dalam tempoh saya menyandang jawatan Presiden, saya bersama rakan-rakan telah melalui pelbagai cabaran khususnya semasa era pengswastakan Jabatan Telekom Malaysia (JTM) pada Tahun 1987. Walau apa pun saya merasa bangga kerana dalam tempoh 21 tahun sebanyak Tujuh (7) Perjanjian Bersama telah ditandatangani yang telah membawa kualiti hidup ahli-ahli dan keluarga ditahap yang lebih baik.

Satu perkara yang membanggakan ialah kredibiliti NUTE tidak boleh dipertikaikan, nama NUTE sentiasa diperkatakan oleh organisasi-organisasi di peringkat Nasional, Regional serta Antarabangsa.

Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan dan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada setiap Ahli dan Keluarga TM diatas ikatan kerjasama selama ini. Saya juga ingin rakamkan ucapan terima kasih kepada Y. Bhg. Tan Sri Dato' IR Md. Radzi B. Mansor, Y. Bhg. Dato' Zamzamzairani Mohd Isa, Y. Bhg. Dato' Abdul Aziz B. Abu Bakar, Y. Bhg. Dato' Adnan Rofiee, Puan Mariam Bevi Batcha, semua Pegawai-Pegawai Kanan TM, Pengurus Besar Negeri-Negeri serta seluruh warga kerja TM.

Sebagai insan biasa sudah tentu saya mungkin ada terlanjur kata secara langsung atau tidak langsung dan atas semua perbuatan ini saya dengan rendah diri menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf. Saya doakan semoga saudara/saudari dan keluarga sentiasa sihat dan dirahmati Allah SWT.

Saya akan terus memberi perkhidmatan kepada kesatuan/persatuan yang bergabung dengan UNI di Malaysia, Rantau Asia Pasifik Dan Antarabangsa dan meneruskan perjuangan serta berkhidmat diantaranya:-

1) Presiden UNI Global Union-Malaysian Liaison Council (UNI-MLC)
2) Secretary General of Asean Services Employees Trade Union Council (ASETUC)
3) President of Kongres Kesatuan-Kesatuan Sekerja Dalam Syarikat GLC, Malaysia
4) Vice President of UNI Global Asia & Pacific Region
5) Director & Project Manager of UNI-MLC Migrant Workers Help-Desk
6) Ahli Lembaga Pengarah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB)
7) Ahli Majlis Panel Perunding Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
8) Jemaah Rayuan Keselamatan Social Malaysia (PERKESO) Wakil Pekerja
9) Penasihat Kesatuan Pekerja-Pekerja Telekom Sales & Services Sdn. Bhd. (UNITESS)
10) Penasihat/Perunding Bebas Industrial Relation (Perhubungan Perusahaan)
11) Vice President World Telecom
12) UNI Global Union World Executive Board member

Saya doakan semoga semua anggota-anggota TM bersama keluarga sentiasa sihat dan dirahmati Allah S.W.T.

HIDUP TM - HIDUP TM - HIDUP TM

Selepas ini saya boleh dihubungi, alamat;

UNI Global Union
asia & pacific
UNI-Malaysian Liaison Council
No. 17B, Tingkat 1,
Jalan Bangsar, 59200 Kuala Lumpur

No. Tel: 03-2284 1232/2284 2232
No. Fax: 03-2282 0555
E-mail: bpshafie@tm.net.my
unimlc@tm.net.my

Salam Hormat

MOHAMED SHAFIE BP MAMMAL
Presiden
Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja
Telekomunikasi Malaysia (NUTE)
29 Jun 2009