Salam sejahtera.
Tuan/puan,
Adalah dimaklumkan bahawa OSHE Negeri Selangor akan menganjurkan satu Program Kempen Menderma Darah bersama dengan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Program ini adalah sebagai salah satu khidmat yang boleh disumbangkan oleh kakitangan dan pelanggan TM kepada masyarakat dalam membantu Tabung Darah Negara menampung kekurangan bekalan darah sediada. Selain itu program ini juga dapat membuka peluang dalam menimbulkan kesedaran kepada anggota TM tentang keperluan untuk menderma darah.
Program kempen tersebut adalah seperti berikut.
Tarikh : 23 Nov 2009 @ Isnin
Masa : 10.00 pagi ~ 3.00 petang
Tempat : Ruang Legar, Wisma TM Shah Alam
Seksyen 11, 40000 Shah Alam
Sehubungan itu, dalam menjayakan program ini saya menyeru kepada semua ketua unit dan pemimpin kesatuan untuk sama-sama menyokong program ini dengan menyahut seruan dan cabaran semasa kempen ini sebagai penderma. Tuan/puan juga digalakkan untuk membawa bersama-sama anggota dari unit tuan/puan dan ahli-ahli kesatuan supaya kita mendapat jumlah penyertaan yang semaksimum mungkin pada hari tersebut.
Diharapkan komitmen dan kerjasama yang tuan/puan berikan dalam menjayakan program ini akan dapat menaikkan nama TM Selangor dikalangan pelanggan TM dan agensi kerajaan dan juga OSHE Selangor dikalangan warga TM.
Sumbangan tuan/puan amat diharapkan dan dihargai.
Salam hormat.
Mazlan Ishak
Pembantu Pegawai OSH
TM Selangor