NUTE SELANGOR BARAT

Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Telekomunikasi Semenanjung Malaysia
Cawangan Selangor Barat

Monday, October 31, 2011

Karnival OSHE TM Selangor 2011






Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Warga TM Selangor sekalian,

OSHE TM Selangor akan mengadakan ’Karnival OSHE TM Selangor 2011’ yang telah dijadualkan seperti berikut:-

Tarikh : 1 & 2 November 2011 @ Selasa dan Rabu
Tempat : Wisma TM Shah Alam
Masa : 8:30 pg – 5:30 ptg

Pihak Urusetia juga berbesar hati ingin menjemput semua warga TM Selangor untuk terlibat sama dalam membantu menjayakan karnival OSHE TM Selangor pada kali ini.

Senarai Gerai Pameran serta Jualan :

· TMFA ~ menyemak saman trafik, taklimat senggaraan kenderaan berjadual, pemanduan berhemah.
· HR Selangor ~ kaunter untuk mengemaskini tanggungan, penama dan yang berkaitan.
· PMCare ~ Pemeriksaan kesihatan percuma (Untuk anggota dan keluarga yang layak).
· Urutan reflexology (Untuk semua termasuk orang awam).
· Derma darah dari HTAR (untuk hari kedua sahaja) – Cenderahati disediakan kepada penderma.
· Pertandingan mencipta slogan dan Logo OSHE TM Selangor (Untuk anggota TM).
· Cabutan bertuah (Untuk semua anggota termasuk orang awam).
· Bomba – Demo & Pameran.
· PDRM – Pameran.
· Kotamas – Pinjaman, Ahli, serta jualan barangan dari kotamas.
· Bank Rakyat – Pinjaman & Pameran.
· Herbalife – Jualan & Pameran.
· Amanah Saham Nasional – Pameran.
· Perodua – Pameran & Jualan.
· Pelbagai produk kesihatan.
· Jualan dari Sales Selangor – Produk-produk TM.
· Demo “Confined Space”.


. NUTE SELANGOR - Pendaftaran keahlian baru & mengemaskini data terbaru ahli


Pelbagai hadiah serta acara menarik menanti anda.!!!

Marilah kita sama-sama memberi komitmen yang terbaik samada secara langsung ataupun tidak langsung supaya karnival ini boleh memberi impak yang besar kepada setiap anggota dan pengunjung yang bakal hadir ke acara kita nanti.

‘MEMBUDAYA KERJA SELAMAT, AMALAN HIDUP SIHAT DAN BERKAT’

Terima kasih dan salam hormat dari pihak Urusetia,

Ratnawilis binti Md Ambia
OSHE TM Selangor
Off.: 03 55184909
H/p.: 013 2608026
Fax: 03 55184892

Perjumpaan Diantara Pengurusan ZFT Selangor Barat & NUTE Selangor Barat

Dimaklumkan satu perjumpaan akan diadakan antara pihak pengurusan ZFT Sel.Barat dengan NUTE cawangan Sel.Barat bertujuan memberikan penjelasan kepada anggota ZFT Sel.Barat melibatkan beberapa perkara yang terkandung di dalam Perjanjian Bersama Ke-8 (merujuk artikel 30 – Kerja lebih masa dan artikel 31- Pertukaran) serta lain-lain perkara yang berkaitan.Sesi ini akan diadakan pada;

Tarikh : 9hb Nov 2011 (Rabu)
Masa : 9.00 pagi – 11.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat ting.3, TM Bkt.Raja.

Sesi ini juga akan dihadiri oleh pihak HC,Union Management (En.Ahmad Jaafar), HCBO selangor (En.Shuhaimi Daud) serta wakil-wakil dari NUTE SB.


Semua yang berkesempatan dijemput hadir.Terima Kasih

Tuesday, October 4, 2011

MY1TM Survey

Warga TM Sekalian,

Kini tibalah masanya untuk kita mengambil bahagian di dalam MY1TM Survey (yang sebelum ini dikenali sebagai Employee Engagement Survey - EEI). Kaji selidik ini merupakan kayu pengukur yang baik bagi pihak Pengurusan TM untuk mengetahui tahap kepuasan dan penglibatan setiap warga kerja TM.

MY1TM Survey akan dijalankan dari 26 September 2011 hingga 16 Oktober 2011.

Untuk memastikan kaji selidik ini dijalankan secara professional dan bebas, TM telah melantik Towers Watson, sebuah firma penyelidikan antarabangsa untuk menguruskan kaji selidik ini.

Setiap anggota TM di seluruh negara akan menerima emel dari Towers Watson dari 26 Spetember 2011. Anda perlu menggunakan kata laluan khas yang akan diberikan oleh Towers Watson untuk mengakses laman kaji selidik tersebut.

Anda boleh yakin bahawa setiap jawapan yang diberikan di dalam kaji selidik adalah sulit.Towers Watson hanya akan mengeluarkan keputusan kaji selidik untuk bahagian yang mempunyai sekurang-kurangnya 10 orang responden. Tidak ada sesiapa pun yang dapat melihat soalan kaji selidik yang telah lengkap pada satu-satu masa.

Kaji selidik ini akan mengambil masa tidak lebih daripada 20 minit masa anda. Jadi, pastikan anda mengambil bahagian di dalam MY1TM Survey agar anda dapat menyuarakan pendapat anda.

Terima kasih.

Mohd Khalis Abdul Rahim
Ketua Pegawai Modal Insan
(email bertarikh 22/9/2011)


Nutesb: mari sama2 kita menyuarakan pendapat dalam survey ini.Pihak pengurusan amat2 memerlukan pendapat dari staff sendiri. 1TM,1NUTE.