NUTE SELANGOR BARAT

Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Telekomunikasi Semenanjung Malaysia
Cawangan Selangor Barat

Tuesday, October 4, 2011

MY1TM Survey

Warga TM Sekalian,

Kini tibalah masanya untuk kita mengambil bahagian di dalam MY1TM Survey (yang sebelum ini dikenali sebagai Employee Engagement Survey - EEI). Kaji selidik ini merupakan kayu pengukur yang baik bagi pihak Pengurusan TM untuk mengetahui tahap kepuasan dan penglibatan setiap warga kerja TM.

MY1TM Survey akan dijalankan dari 26 September 2011 hingga 16 Oktober 2011.

Untuk memastikan kaji selidik ini dijalankan secara professional dan bebas, TM telah melantik Towers Watson, sebuah firma penyelidikan antarabangsa untuk menguruskan kaji selidik ini.

Setiap anggota TM di seluruh negara akan menerima emel dari Towers Watson dari 26 Spetember 2011. Anda perlu menggunakan kata laluan khas yang akan diberikan oleh Towers Watson untuk mengakses laman kaji selidik tersebut.

Anda boleh yakin bahawa setiap jawapan yang diberikan di dalam kaji selidik adalah sulit.Towers Watson hanya akan mengeluarkan keputusan kaji selidik untuk bahagian yang mempunyai sekurang-kurangnya 10 orang responden. Tidak ada sesiapa pun yang dapat melihat soalan kaji selidik yang telah lengkap pada satu-satu masa.

Kaji selidik ini akan mengambil masa tidak lebih daripada 20 minit masa anda. Jadi, pastikan anda mengambil bahagian di dalam MY1TM Survey agar anda dapat menyuarakan pendapat anda.

Terima kasih.

Mohd Khalis Abdul Rahim
Ketua Pegawai Modal Insan
(email bertarikh 22/9/2011)


Nutesb: mari sama2 kita menyuarakan pendapat dalam survey ini.Pihak pengurusan amat2 memerlukan pendapat dari staff sendiri. 1TM,1NUTE.