NUTE SELANGOR BARAT

Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Telekomunikasi Semenanjung Malaysia
Cawangan Selangor Barat

Tuesday, November 22, 2011

PERKHIDMATAN KAUNSELING UNTUK PROG MEMBANTU PEKERJA (EAP)

Warga TM Sekalian,

Bahagian Pengurusan Modal Insan (GHCM) telah melantik kaunselor yang professional dan bertauliah (berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia) untuk memberi perkhidmatan kaunseling yang terbaik kepada warga Kumpulan TM. Jika anda atau anggota di bawah seliaan anda menghadapi masalah/konflik di tempat kerja atau masalah peribadi, kaunselor yang professional dan bertauliah ini dapat membantu anggota TM. Perkhidmatan ini disediakan secara percuma untuk anda.

Perkhidmatan kaunseling yang ditawarkan adalah:

ü Bersemuka dengan kaunselor di Pejabat Kaunselor
ü Kaunseling melalui telefon (Tele Counseling)
ü Bersemuka dengan kaunselor di Menara TM, Jalan Pantai Baharu, KL

Anda boleh bersemuka dengan kaunselor di pejabatnya pada bila-bila masa dalam waktu pejabat tetapi perlu membuat temujanji terlebih dahulu. Alamat pejabat kaunselor adalah:

51-1, 1st Floor, Jalan USJ 10/1A
Taipan Triangle
47620 Subang Jaya, Selangor Daul Ehsan

No. telefon kaunselor : 012-3006125
No. telefon untuk temujanji : 03-62016707 / 9707

Anda boleh berjumpa dengan kaunselor di Menara TM tetapi temujanji ini diadakan sebulan sekali sahaja di Bilik Tetamu Aras 50 Utara Menara TM, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur. Tarikh temujanjani sepanjang tahun ini adalah seperti berikut:-

§ 13 September 2011
§ 5 Oktober 2011
§ 1 November 2011
§ 6 Disember 2011

No. Telefon untuk temujanji : 013-3974123 / 03-22401707

Sekian. Terima kasih.


Employee Engagement
GROUP HUMAN CAPITAL MANAGEMENT