As-salam Y. Bhg. Dato'/Tuan-Tuan/Puan-Puan,
Saya berkesempatan membaca dan meneliti email dari semua pihak yang berkaitan dengan proses pemarkahan N/E.
Secara keseluruhannya, selaku Presiden NUTE, saya melihat proses yang berlaku tidak ketentuan dan tidak terarah.
Semasa sistem ini mahu diperkenalkan bagi mengukur prestasi N/E yang berkaitan dengan KGT, kesatuan memberi persetujuan kerana semangat yang di terapkan adalah untuk membolehkan yang "Perform" di beri ganjaran yang setimpal.
Dalam kita menilai prestasi pekerja, kita tidak tentukan "level"nya dahulu. Apa yang perlu di lihat adalah pemarkahan di "Petunjuk Prestasi Utama" yang mewakili 70%. Kemudian di campur dengan "Kompetensi" yang mewakili 25% dan seterusnya "Kegiatan Luar yang mewakili 5%".
Seperkara yang perlu di sebut adalah, bagi MAPS/NE tidak ada "Bell Curve Distribution" atau "Quota System".
Bagi kes Puan Faridah Sarif dan banyak lagi pekerja lain, amatlah menghairankan apabila penilaian pertama di buat, beliau mendapat 92%. Penilai semula tidak bersetuju dengan pemarkahan tersebut dan minta di kurangkan ke 69%. Dimana justifikasinya apabila markah yang di beri oleh "The Immediate" Bos di tolak dan di ubah semula.
Seolah-olah ada isyarat dari pihak-pihak tertentu agar semua N/E di beri "Level 2" sahaja.
Walaubagaimanapun oleh kerana pemarkahan telah diberi, kita hanya boleh menasihati ahli-ahli yang tidak bersetuju untuk menggunakan Artikel 14 - Perjanjian Bersama Ke 8 TM/NUTE. NUTE mengambil serius isu ini bagi memastikan proses MAPS/NE tidak di jadikan alat untuk menekan pekerja.
Sekian, Salam Hormat.
MOHD JAFAR ABD. MAJID
Presiden NUTE