Sunday, July 21, 2013
Friday, July 19, 2013
Intipati Perjanjian Bersama Ke 9 TM/NUTE
Artikel 3—Tarikh dan Tempoh Kuatkuasa Perjanjian
01hb. Januari 2013 hingga 31hb. Disember 2015.
Artikel 22— Pelarasan Gaji
22.1 Berkuatkuasa mulai 01hb. Januari 2013, setiap pekerja yang
termasuk di bawah liputan perjanjian ini layak menikmati pelarasan gaji seperti
berikut:-
Faktor ‘x’ adalah pertambahan peratusan pelarasan gaji berdasarkan
pertumbuhan Keuntungan Sebelum Faedah dan Cukai Yang Diselaraskan (Normalised
EBIT) seperti jadual dibawah:-
22.3 Pekerja yang telah mencapai/melebihi tahap maksima pada skala
gajinya akan dibayar pelarasan melalui pembayaran ‘ex-gratia’ setiap tahun
secara bulanan.
22.4 Pekerja yang akan mencapai tahap maksima pada skala gajinya
akan dibayar perbezaan pelarasan melalui pembayaran ‘ex-gratia’ setiap tahun
secara bulanan.
Tahun
|
Pelarasan Gaji
|
2013
|
[ Gaji Pokok pada 31.12.2012 x 5.5%]
|
2014
|
[ Gaji Pokok pada 31.12.2013 x (1% + Faktor ‘x’) ]
|
2015
|
[ Gaji Pokok pada 31.12.2014 x (1% + Faktor ‘x’) ]
|
Faktor ‘x’ adalah pertambahan peratusan pelarasan gaji berdasarkan
pertumbuhan Keuntungan Sebelum Faedah dan Cukai Yang Diselaraskan (Normalised
EBIT) seperti jadual dibawah:-
22.3 Pekerja yang telah mencapai/melebihi tahap maksima pada skala
gajinya akan dibayar pelarasan melalui pembayaran ‘ex-gratia’ setiap tahun
secara bulanan.
22.4 Pekerja yang akan mencapai tahap
maksima pada skala gajinya akan dibayar perbezaan pelarasan melalui pembayaran
‘ex-gratia’ setiap tahun secara bulanan.
Kadar Pertumbuhan Keuntungan Sebelum Faedah dan Cukai (Yang
Diselaraskan/Normalised EBIT)
|
Kadar Pelarasan Ke Atas Gaji Pokok
|
Melebihi 0% hingga 5%
|
1%
|
Melebihi 5% hingga 7%
|
1.5%
|
Melebihi 7% hingga 10%
|
2.0%
|
Melebihi 10% hingga 15%
|
2.5%
|
Melebihi 15%
|
3.0%
|
Artikel 23 - Struktur Gaji dan KGT
23.3 Pekerja yang akan mencapai gaji maksima dalam skala gajinya
setelah mengambilkira Kenaikan Gaji Tahunan akan dibayar perbezaan
melalui pembayaran ‘exgratia’ untuk tempoh satu (1) tahun bagi
tahun
berkenaan secara bulanan.
Artikel 25—Bonus
25.4 Pekerja yang telah ditamatkan
perkhidmatan kerana berlebihan tenaga kerja, bersara wajib, penamatan skim sukarela syarikat, bercuti
tanpa gaji, bercuti belajar atau disarakan atas sebab-sebab kesihatan atau
meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan Syarikat, layak menerima bonus yang
dikira secara pro rata bagi tahun yang berkenaan.
Artikel 32— Faedah-Faedah Perubatan
2.1 (e) Rawatan pergigian di naikkan dari RM 150.00 ke RM 250.00
setahun.
32.5 (c) Kelayakan untuk mendapat rawatan pesakit dalam (In
Patient Treatment) di Hospital Swasta adalah sebagaimana yang terkandung di dalam
pakej insurans terhad kepada amaun berikut:-
32.6 (b) Pekerja layak untuk menjalani pemeriksaan kesihatan
menyeluruh seperti jadual di bawah:-
Kelayakan
|
Had Maksima
|
Pekerja dan pasangan (suami/isteri)
|
RM 50,000.00
|
Pekerja bujang
|
RM 35,000.00
|
Artikel 33—Umur Persaraan
33.2 Berkuatkuasa 1hb. Julai 2013, umur persaraan minima seseorang
pekerja adalah apabila pekerja itu mencapai umur enam puluh (60) tahun mengikut
Akta Umur Persaraan Minima 2012).
Artikel 43—Perbelanjaan Penginapan
Kawasan
|
Tuntutan yang disokong dengan resit tetapi tidak melebihi jumlah
di bawah ini untuk satu (1) malam
|
Semenanjung
|
RM 160/-
|
Sabah/Sarawak/Kalimantan/Selatan
|
RM 160/-
|
Artikel 46— Elaun & Bayaran Perpindahan
46.2 > Pekerja berpindah bersama keluarga/tanggungan RM
1,000.00
> Pekerja berpindah tanpa keluarga/tanggungan RM 500.00
Artikel 49— Elaun Giliran (Syif)
Pusingan Giliran
|
Kadar Satu Elaun
|
Dua (2) Pusingan
Tiga (3) Pusingan
|
RM 80
RM 120
|
Artikel 50—Elaun Tunggu Sedia
Hari
|
Kadar Satu Hari
|
Hari Biasa
Hari Rehat/Rehat Khas
Hari Cuti Umum
|
RM 5.00
RM 10.00
RM 15.00
|
Artikel 52— Elaun Kesusahan
52.5 Pekerja yang menjalankan tugas berbahaya memanjat TV
Tower/Radio Tower/Aerial Mast. RM 200.00 sebulan
Artikel 53—Elaun Kapal Kabel
RM 50.00 satu hari sebelum ini RM35
Artikel 54— Elaun Mengajar
RM 50.00 satu jam—(No Capping)
Artikel 57— Elaun Bahasa
tambahan ……… Bahasa Korea , Bahasa Arab dan/atau
lain-lain bahasa yang di perakui oleh Syarikat
Artikel 61— Elaun Bantuan Perumahan
RM 150.00 sebulan sebelum ini RM120
Artikel 64—Elaun Kos Sara Hidup
RM 150.00 sebulan sebelum ini RM120
Artikel 65—Cuti Tahunan
65.1 (b) Perkhidmatan berterusan dari lima (5) tahun hingga sepuluh (10) tahun
~ 18 hari satu tahun :- sebelum ini 16 hari
Artikel 67— Cuti Bersalin
b. Tertakluk kepada Artikel 67.1 (a) seseorang pekerja
wanita yang bersalin diberi fleksibiliti untuk menjadualkan
cuti bersalinnya seperti berikut:-
i) Seseorang pekerja wanita yang bersalin anak
pertama boleh mengambil cuti bersalin bergaji penuh selama
sembilan puluh (90) hari;
ii) Manakala seseorang pekerja wanita yang telah mempunyai anak
dan masih lagi mempunyai baki kelayakan cuti bersalin bergaji penuh, pekerja
wanita tersebut boleh mengambil cuti bersalin bergaji penuh selama sembilan
puluh (90) hari;
iii) Cuti bersalin bergaji penuh untuk anak yang berikutnya adalah
selama enam puluh (60) hari
Artikel 69— Cuti Ehsan
69.1 (iv) Menjaga tanggungan dalam wad, mengiringi tanggungan
menjalani rawatan di luar kawasan dan mendapat rawatan di luar
kawasan.
Artikel 75— Pinjaman Perumahan
RM 250.000.00 sebelum ini RM 150.000.00
Artikel 76— Pinjaman Kenderaan
Kereta RM 50,000.00
Motosikal RM 6,000.00
Artikel 82—Bantuan Pengkebumian
RM 2,000.00 sebelum ini RM1,200
Artikel Baru— Elaun Langkawi
Seseorang pekerja yang berasal dari Tanah Besar Semenanjung Malaysia yang
ditukarkan ke Pulau Langkawi atas arahan Syarikat akan dibayar Elaun Langkawi
pada kadar Ringgit Malaysia Satu Ratus Tiga Puluh (RM 130.00) - satu bulan
Pembayaran elaun ini hanya terhad untuk tempoh dua (2) tahun
sahaja mulai dari tarikh pekerja ditukarkan.
(Catitan: Bayaran gaji/elaun baru beserta dengan tunggakan
gaji/elaun akan di buat di dalam penyata gaji bulan Julai 2013)
semua maklumat di atas dipetik dari Buletin NUTE Edisi Khas CA9 - Jul 2013. Kami Jawatankuasa NUTE SELANGOR BARAT mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam perjanjian CA9 diantara NUTE & TM ini.Semoga dengan kenaikan ini dapat menambahkan keceriaan ahli-ahli untuk terus bekerja bersatu memajukan syarikat. Terima Kasih
Thursday, July 11, 2013
MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN BERSAMA KE 9 DI ANTARA TELEKOM MALAYSIA BERHAD DAN KESATUAN KEBANGSAAN PEKERJA-PEKERJA TELEKOMUNIKASI SEMENANJUNG MALAYSIA (NUTE)
Alhamdulillah.. setelah peringkat demi peringkat dilalui dengan tempoh penantian yang panjang.. akhirnya Perjanjian Bersama CA9 akan ditandatangani diantara Pihak Pengurusan TM & NUTE.Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Sebarang dokumen berkaitan CA9 akan diwar-warkan kemudian.Terima Kasih.
MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN
BERSAMA
DI ANTARA TELEKOM MALAYSIA BERHAD
DAN
KESATUAN
KEBANGSAAN PEKERJA-PEKERJA TELEKOMUNIKASI SEMENANJUNG MALAYSIA (NUTE)
Dewan
Kristal 1,TMCC, Menara TM
19 Julai
2013 (Jumaat)
5 Perjanjian Bersama yang akan termeterai pada hari tersebut,
·
CA9 - TM
& NUTE
·
CA5 - TSSSB
& NUTE
·
CA4 -
R&D & NUTE
·
CA5 - TMIM
& NUTE
·
CA5 - MKL
& NUTE