NUTE SELANGOR BARAT

Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Telekomunikasi Semenanjung Malaysia
Cawangan Selangor Barat

Friday, July 19, 2013

Intipati Perjanjian Bersama Ke 9 TM/NUTE



Artikel 3—Tarikh dan Tempoh Kuatkuasa Perjanjian
01hb. Januari 2013 hingga 31hb. Disember 2015.

Artikel 22— Pelarasan Gaji
22.1 Berkuatkuasa mulai 01hb. Januari 2013, setiap pekerja yang termasuk di bawah liputan perjanjian ini layak menikmati pelarasan gaji seperti berikut:-
Faktor ‘x’ adalah pertambahan peratusan pelarasan gaji berdasarkan pertumbuhan Keuntungan Sebelum Faedah dan Cukai Yang Diselaraskan (Normalised EBIT) seperti jadual dibawah:-

22.3 Pekerja yang telah mencapai/melebihi tahap maksima pada skala gajinya akan dibayar pelarasan melalui pembayaran ‘ex-gratia’ setiap tahun secara bulanan.

22.4 Pekerja yang akan mencapai tahap maksima pada skala gajinya akan dibayar perbezaan pelarasan melalui pembayaran ‘ex-gratia’ setiap tahun secara bulanan.

Tahun
Pelarasan Gaji
2013
[ Gaji Pokok pada 31.12.2012 x 5.5%]
2014
[ Gaji Pokok pada 31.12.2013 x (1% + Faktor ‘x’) ]
2015
[ Gaji Pokok pada 31.12.2014 x (1% + Faktor ‘x’) ]

Faktor ‘x’ adalah pertambahan peratusan pelarasan gaji berdasarkan pertumbuhan Keuntungan Sebelum Faedah dan Cukai Yang Diselaraskan (Normalised EBIT) seperti jadual dibawah:-
22.3 Pekerja yang telah mencapai/melebihi tahap maksima pada skala gajinya akan dibayar pelarasan melalui pembayaran ‘ex-gratia’ setiap tahun secara bulanan.
22.4 Pekerja yang akan mencapai tahap maksima pada skala gajinya akan dibayar perbezaan pelarasan melalui pembayaran ‘ex-gratia’ setiap tahun secara bulanan.

Kadar Pertumbuhan Keuntungan Sebelum Faedah dan Cukai (Yang Diselaraskan/Normalised EBIT)
Kadar Pelarasan Ke Atas Gaji Pokok
Melebihi 0% hingga 5%
1%
Melebihi 5% hingga 7%
1.5%
Melebihi 7% hingga 10%
2.0%
Melebihi 10% hingga 15%
2.5%
Melebihi 15%
3.0%

Artikel 23 - Struktur Gaji dan KGT
23.3 Pekerja yang akan mencapai gaji maksima dalam skala gajinya
setelah mengambilkira Kenaikan Gaji Tahunan akan dibayar perbezaan
melalui pembayaran ‘exgratia’ untuk tempoh satu (1) tahun bagi tahun
berkenaan secara bulanan.

Artikel 25—Bonus
25.4 Pekerja yang telah ditamatkan perkhidmatan kerana berlebihan tenaga kerja, bersara wajib, penamatan skim sukarela syarikat, bercuti tanpa gaji, bercuti belajar atau disarakan atas sebab-sebab kesihatan atau meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan Syarikat, layak menerima bonus yang dikira secara pro rata bagi tahun yang berkenaan.

Artikel 32— Faedah-Faedah Perubatan
2.1 (e) Rawatan pergigian di naikkan dari RM 150.00 ke RM 250.00 setahun.
32.5 (c) Kelayakan untuk mendapat rawatan pesakit dalam (In Patient Treatment) di Hospital Swasta adalah sebagaimana yang terkandung di dalam pakej insurans terhad kepada amaun berikut:-
32.6 (b) Pekerja layak untuk menjalani pemeriksaan kesihatan menyeluruh seperti jadual di bawah:-

Kelayakan
Had Maksima
Pekerja dan pasangan (suami/isteri)
RM 50,000.00
Pekerja bujang
RM 35,000.00


Artikel 33—Umur Persaraan
33.2 Berkuatkuasa 1hb. Julai 2013, umur persaraan minima seseorang pekerja adalah apabila pekerja itu mencapai umur enam puluh (60) tahun mengikut Akta Umur Persaraan Minima 2012).

Artikel 43—Perbelanjaan Penginapan

Kawasan
Tuntutan yang disokong dengan resit tetapi tidak melebihi jumlah di bawah ini untuk satu (1) malam
Semenanjung Malaysia
RM 160/-
Sabah/Sarawak/Kalimantan/Selatan Thailand
RM 160/-

Artikel 46— Elaun & Bayaran Perpindahan
46.2 > Pekerja berpindah bersama keluarga/tanggungan RM 1,000.00
> Pekerja berpindah tanpa keluarga/tanggungan RM 500.00

Artikel 49— Elaun Giliran (Syif)

Pusingan Giliran
Kadar Satu Elaun
Dua (2) Pusingan
Tiga (3) Pusingan
RM 80
RM 120

Artikel 50—Elaun Tunggu Sedia

Hari
Kadar Satu Hari
Hari Biasa
Hari Rehat/Rehat Khas
Hari Cuti Umum
RM 5.00
RM 10.00
RM 15.00

Artikel 52— Elaun Kesusahan
52.5 Pekerja yang menjalankan tugas berbahaya memanjat TV Tower/Radio Tower/Aerial Mast. RM 200.00 sebulan

Artikel 53—Elaun Kapal Kabel
RM 50.00 satu hari  sebelum ini RM35

Artikel 54— Elaun Mengajar
RM 50.00 satu jam—(No Capping)

Artikel 57— Elaun Bahasa
tambahan ……… Bahasa Korea, Bahasa Arab dan/atau lain-lain bahasa yang di perakui oleh Syarikat

Artikel 61— Elaun Bantuan Perumahan
RM 150.00 sebulan  sebelum ini RM120

Artikel 64—Elaun Kos Sara Hidup
RM 150.00 sebulan  sebelum ini RM120

Artikel 65—Cuti Tahunan
65.1 (b) Perkhidmatan berterusan dari lima (5) tahun hingga sepuluh (10) tahun
~ 18 hari satu tahun  :- sebelum ini 16 hari

Artikel 67— Cuti Bersalin
b. Tertakluk kepada Artikel 67.1 (a) seseorang pekerja
wanita yang bersalin diberi fleksibiliti untuk menjadualkan
cuti bersalinnya seperti berikut:-
i) Seseorang pekerja wanita yang bersalin anak pertama boleh mengambil cuti bersalin bergaji penuh selama sembilan puluh (90) hari;
ii) Manakala seseorang pekerja wanita yang telah mempunyai anak dan masih lagi mempunyai baki kelayakan cuti bersalin bergaji penuh, pekerja wanita tersebut boleh mengambil cuti bersalin bergaji penuh selama sembilan puluh (90) hari;
iii) Cuti bersalin bergaji penuh untuk anak yang berikutnya adalah selama enam puluh (60) hari

Artikel 69— Cuti Ehsan
69.1 (iv) Menjaga tanggungan dalam wad, mengiringi tanggungan
menjalani rawatan di luar kawasan dan mendapat rawatan di luar kawasan.

Artikel 75— Pinjaman Perumahan
RM 250.000.00  sebelum ini RM 150.000.00

Artikel 76— Pinjaman Kenderaan
Kereta RM 50,000.00
Motosikal RM 6,000.00

Artikel 82—Bantuan Pengkebumian
RM 2,000.00  sebelum ini RM1,200

Artikel Baru— Elaun Langkawi

Seseorang pekerja yang berasal dari Tanah Besar Semenanjung Malaysia yang ditukarkan ke Pulau Langkawi atas arahan Syarikat akan dibayar Elaun Langkawi pada kadar Ringgit Malaysia Satu Ratus Tiga Puluh (RM 130.00) - satu bulan
Pembayaran elaun ini hanya terhad untuk tempoh dua (2) tahun sahaja mulai dari tarikh pekerja ditukarkan.

(Catitan: Bayaran gaji/elaun baru beserta dengan tunggakan gaji/elaun akan di buat di dalam penyata gaji bulan Julai 2013)

semua maklumat di atas dipetik dari Buletin NUTE Edisi Khas CA9 - Jul 2013. Kami Jawatankuasa NUTE SELANGOR BARAT mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam perjanjian CA9 diantara NUTE & TM ini.Semoga dengan kenaikan ini dapat menambahkan keceriaan ahli-ahli untuk terus bekerja bersatu memajukan syarikat. Terima Kasih