NUTE SELANGOR BARAT

Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Telekomunikasi Semenanjung Malaysia
Cawangan Selangor Barat

Friday, October 25, 2013

Tuntutan Bayaran Talian Jalur Lebar














 
 
SOALAN - SOALAN YANG BIASA DITANYA
 
1. Siapakah yang layak menikmati faedah ini?

Anggota bukan eksekutif TM berstatus jawatan tetap yang mempunyai akaun perkhidmatan jalur lebar TM yang telah didaftarkan atas nama anggota sahaja.

2. Apakah kelayakan yang diberikan?

Pakej perkhidmatan jalur lebar 1Mbps bernilai RM66 secara percuma berdasarkan pakej yang ditawarkan oleh syarikat dari semasa ke semasa. Kelayakan ini diberikan dalam bentuk tuntutan pembayaran.

3. Apakah cara untuk membuat tuntutan pembayaran?

Anggota perlu membuat pembayaran terlebih dahulu kemudian menggunakan sistem eClaim untuk membuat tuntutan pembayaran pakej jalur lebar.

4. Berapakah jumlah kelayakan tuntutan pembayaran?

RM66 untuk perkhidmatan jalur lebar TM seperti dibawah:-

1. STREAMYX : 1Mbps, 2Mbps, 4Mbps, 8Mbps dan Streamyx EVDO 384
2. UNIFI : VIP 5,VIP 10 dan VIP 20.

RM45 untuk STREAMYX 512Kbps (sekiranya anggota tidak dapat melanggan perkhidmatan 1Mbps kerana tiada perkhidmatan di kawasan tersebut).

5. Berapakah jumlah pakej yang dibenarkan untuk faedah ini?

Tertakluk kepada satu (1) pakej sahaja bagi setiap anggota.

6. Apakah yang perlu dikemukakan sebagai bukti pembayaran?

Anggota perlu mengemukakan bil atau resit sebagai bukti pembayaran dan bil sebagai rujukan untuk anggota membuat pembayaran tersebut.

7. Siapakah yang perlu dihubungi sekiranya anggota tidak mendapat bil?

Anggota boleh menghubungi mana-mana cawangan TM Point untuk mendapatkan bil. Anggota juga boleh menghubungi talian 100 bagi yang menggunakan perkhidmatan streamyx atau talian 1300 88 1221 bagi pengguna Unifi.

8. Berapakah bilangan tuntutan pada setiap bulan?
 
Anggota hanya layak menuntut bayaran semula sebanyak satu (1) kali pada setiap bulan.

9. Bilakah tarikh mula tuntutan boleh dilakukan?

Anggota boleh membuat tuntutan untuk pembayaran bil bermula dari bulan Mei 2013.

 
10. Bagamana sekiranya anggota melanggani pakej selain dari pakej 1Mbps, adakah   anggota layak untuk membuat tuntutan pembayaran?

Sekiranya anggota telah melanggan pakej melebihi 1Mbps atau pakej yang lebih laju seperti pakej Unifi, anggota juga layak untuk membuat tuntutan.Tetapi jumlah maksimum tuntutan adalah sebanyak RM66.

11. Siapakah yang akan meluluskan tuntutan anggota?

Bagi tuntutan yang tidak melebihi tiga (3) bulan, penyelia anggota yang akan meluluskan permohonan tuntutan.

Bagi tuntutan yang melebihi tiga (3) bulan, pengurus besar yang akan meluluskan permohonan tuntutan anggota.


12. Siapakah yang perlu dipilih bagi meluluskan tuntutan pembayaran yang melebihi 3 bulan?

Bagi anggota yang bertugas di negeri-negeri, anggota perlu memilih pengurus besar negeri masing-masing sebagai orang yang meluluskan permohonan tuntutan.

Bagi anggota yang bertugas di ibu pejabat, anggota perlu memilih pengurus besar masing-masing untuk menjadi orang yang meluluskan permohonan tuntutan.

13. Berapa lamakah tempoh pakej ini akan akan diberikan?

Tempoh pakej ini akan diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan anggota dan berdasarkan pakej yang ditawarkan oleh syarikat dari semasa ke semasa

14. Siapakah yang boleh dihubungi bagi mendapatkan sebarang bantuan?

Sekiranya mempunyai sebarang masalah, anggota boleh menghubungi HRSSO Helpdesk
1800 88 9779 tekan 4.

 
Selepas perlaksanaannya,terdapat beberapa rungutan berkaitan mekanisma cara pembayaran tuntutan ini.Ianya agak merumitkan. Tetapi setelah diperbincangkan & dijelaskan secara teliti di pihak Majlis Jawatankuasa Agung , Adalah di maklumkan,mekanisma tuntutan pembayaran jalur lebar 1Mbps yang di beri oleh syarikat ini adalah cara terbaik bagi mengelakkan pertambahan jumlah pendapatan individu di Borang EA seterusnya mengurangkan beban pekerja dari dikenakan cukai pendapatan.

Sekiranya tn/pn ada kaedah penambahbaikan sila beri maklumbalas kepada pegawai NUTE yang terdekat. Walau apapun, Kami di NUTE Selangor Barat mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua perunding CA yang terlibat serta pihak pengurusan atas perlaksanaan tuntutan jalur lebar ini. Semoga semua warga kerja TM serta ahli NUTE amnya dapat menikmati & memanfaatkan kemudahan yang telah diberikan ini. Terima Kasih sekali lagi. 
 
- Shahrill Sahedan -