Assalamualaikum warahmatullah
Warga TM Sekalian,
Sukacita dimaklumkan, dokumen Perjanjian Bersama kelapan TM – Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Telekomunikasi Semenanjung Malaysia (NUTE) dan Perjanjian Bersama Kelima TM - Kesatuan Pekerja-Pekerja Telekom Malaysia Berhad Sabah (SUTE) kini boleh diakses di HC KM PORTAL.
Untuk mengakses kandungan dokumen ini, tuan-puan bolehlah mengikuti langkah-langkah berikut ;
Langkah 1 : Log in to http://myhr.tm.com.my/kmportal
Langkah 2 : Masukkan:
Kata Nama : Nombor Staf
Kata Laluan :(Kata Laluan GEMS)
Langkah 3 : Pilih 02 TERMS AND CONDITIONS
Langkah 4 : Klik pada PERJANJIAN BERSAMA ANTARA TELEKOM DAN KESATUAN SEKERJA
Diharapkan ini akan dapat membantu tuan puan sekalian meneliti dan memahami kandungan Perjanjian Bersama terkini di antara TM dan Kesatuan ini.
Untuk makluman juga, dokumen Perjanjian Bersama Antara TM dan Kesatuan Pekerja Telekom Malaysia Berhad Sarawak akan dapat diakses sedikit masa lagi.
Terima kasih dan Salam Hormat
GROUP HUMAN CAPITAL MANAGEMENT
Monday, August 9, 2010
Tuesday, August 3, 2010
ONLINE Phone Bill
Warga TM yang dihormati,
Kita semua berada disebuah syarikat peneraju dalam bidang komunikasi. Adalah wajar bagi kita semua untuk menjadi model dan contoh kepada semua pelanggan dengan penggunaan sepenuhnya teknologi terkini. Dengan itu pihak pengurusan akan menguatkuasakan penggunaan “tmonline” kepada semua warga TM.
Sehubungan dengan itu “paperless bill” akan diaktifkan secara automatik mulai bulan Ogos 2010. Anda hanya perlu membuat semakan dengan melayari laman sesawang www.tmonline.com.my Anggota juga adalah bertanggungjawab untuk memastikan pembayaran bil dibuat pada masa yang telah ditetapkan.
Ingatkah kita bahawa kita masih lagi berperang? Ini adalah satu daripada cara menghadapai peperangan ini iaitu menguruskan kos secara efektif. Penguatkuasaan ini juga dapat menyumbang kepada alamsekitar yang lebih baik dengan pengurangan penggunaan kertas.
Jika ada sebarang masalah atau pertanyaan mengenai tmonline sila hubungi talian 1-800-88-9779 dan pilih ‘GIT helpdesk’.
“Hayatilah Kristal Kita”
Sekian dan salam hormat.
Mohd Ariffin Che Man
Pengurus Besar
Employee Engagement
GHCM

Monday, August 2, 2010
BERITA TERKINI TSSSB-NUTE
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Saudara/Saudari Yang Dihormati
Syukur kehadrat Allah kerana dengan limpah kurniaNya kita telah dapat mengharungi badai yang bergolak dengan rasa keinsafan.
Saudara/saudari,
Pada tanggal 28 dan 29 Julai 2010 ini, dimaklumkan bahawa Perjanjian Bersama Ke4 TSSSB/NUTE akan dimulakan. Adalah diharapkan pertemuan ini akan membawa kejayaan kepada kita semua terutamnya kepada ahli-ahli di TSSSB dan bersamalah kita doakan agar ianya memberikan cahaya kebaikan dan dapat memberikan manafaat yang terbaik.
Juga dimaklumkan yuran keahlian yang tertunggak dari September 2009 hingga Jun 2010 telah pun di jelaskan oleh pihak Pengurusan TSSSB pada pertengahan Julai 2010 lalu.Disini pihak Ibupejabat NUTE ingin merakam ribuan terima kasih kepada Pengurusan TSSSB diatas dayausaha yang diambil untuk menyelesaikan isu ini.
Kini tinggal dua isu yang masih tertangguh, iaitu isu penahanan bayaran bonus dan tuntutan lebihmasa 15 minit bagi anggota-anggota TMpoint yang melakukan bacaan ikrar dan doa. NUTE sedang berusaha untuk menyelesaikan isu-isu ini.
Ibupejabat NUTE bercadang untuk mengadakan Mesyuarat Majlis Bersama TSSSB/NUTE dan meminta ahli-ahli mengemukakan isu-isu atau permasalahan ditempat kerja kepada wakil-wakil negeri untuk dibawa didalam MBK nanti.
Pada 15 Julai 2010 bertempat di Port Dickson telah dimashurkan bahawa NUTE Cawangan TSSSB adalah cawangan tersendiri dibawah naungan NUTE semasa mesyuarat Majlis Jawatankuasa Agung (MJA) dan dengan ini Cawangan TSSSB akan mempunyai Pengerusi juga AJK, begitu juga bagi cawangan anak-anak syarikat yang lain seperti R&D, TMIM, MKL dan ahli gabungan Celcom.
Sekian untuk makluman, terima kasih
ZULKIPLI NOOH
Setiausaha Agung - NUTE