Warga TM yang dihormati,
Kita semua berada disebuah syarikat peneraju dalam bidang komunikasi. Adalah wajar bagi kita semua untuk menjadi model dan contoh kepada semua pelanggan dengan penggunaan sepenuhnya teknologi terkini. Dengan itu pihak pengurusan akan menguatkuasakan penggunaan “tmonline” kepada semua warga TM.
Sehubungan dengan itu “paperless bill” akan diaktifkan secara automatik mulai bulan Ogos 2010. Anda hanya perlu membuat semakan dengan melayari laman sesawang www.tmonline.com.my Anggota juga adalah bertanggungjawab untuk memastikan pembayaran bil dibuat pada masa yang telah ditetapkan.
Ingatkah kita bahawa kita masih lagi berperang? Ini adalah satu daripada cara menghadapai peperangan ini iaitu menguruskan kos secara efektif. Penguatkuasaan ini juga dapat menyumbang kepada alamsekitar yang lebih baik dengan pengurangan penggunaan kertas.
Jika ada sebarang masalah atau pertanyaan mengenai tmonline sila hubungi talian 1-800-88-9779 dan pilih ‘GIT helpdesk’.
“Hayatilah Kristal Kita”
Sekian dan salam hormat.
Mohd Ariffin Che Man
Pengurus Besar
Employee Engagement
GHCM