NUTE SELANGOR BARAT

Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Telekomunikasi Semenanjung Malaysia
Cawangan Selangor Barat

Monday, August 2, 2010

BERITA TERKINI TSSSB-NUTE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Saudara/Saudari Yang Dihormati

Syukur kehadrat Allah kerana dengan limpah kurniaNya kita telah dapat mengharungi badai yang bergolak dengan rasa keinsafan.

Saudara/saudari,

Pada tanggal 28 dan 29 Julai 2010 ini, dimaklumkan bahawa Perjanjian Bersama Ke4 TSSSB/NUTE akan dimulakan. Adalah diharapkan pertemuan ini akan membawa kejayaan kepada kita semua terutamnya kepada ahli-ahli di TSSSB dan bersamalah kita doakan agar ianya memberikan cahaya kebaikan dan dapat memberikan manafaat yang terbaik.

Juga dimaklumkan yuran keahlian yang tertunggak dari September 2009 hingga Jun 2010 telah pun di jelaskan oleh pihak Pengurusan TSSSB pada pertengahan Julai 2010 lalu.Disini pihak Ibupejabat NUTE ingin merakam ribuan terima kasih kepada Pengurusan TSSSB diatas dayausaha yang diambil untuk menyelesaikan isu ini.

Kini tinggal dua isu yang masih tertangguh, iaitu isu penahanan bayaran bonus dan tuntutan lebihmasa 15 minit bagi anggota-anggota TMpoint yang melakukan bacaan ikrar dan doa. NUTE sedang berusaha untuk menyelesaikan isu-isu ini.

Ibupejabat NUTE bercadang untuk mengadakan Mesyuarat Majlis Bersama TSSSB/NUTE dan meminta ahli-ahli mengemukakan isu-isu atau permasalahan ditempat kerja kepada wakil-wakil negeri untuk dibawa didalam MBK nanti.

Pada 15 Julai 2010 bertempat di Port Dickson telah dimashurkan bahawa NUTE Cawangan TSSSB adalah cawangan tersendiri dibawah naungan NUTE semasa mesyuarat Majlis Jawatankuasa Agung (MJA) dan dengan ini Cawangan TSSSB akan mempunyai Pengerusi juga AJK, begitu juga bagi cawangan anak-anak syarikat yang lain seperti R&D, TMIM, MKL dan ahli gabungan Celcom.

Sekian untuk makluman, terima kasih


ZULKIPLI NOOH
Setiausaha Agung - NUTE