Tuesday, March 29, 2011
Rayuan Sumbangan Tabung Bangunan NUTE Malaysia
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Di dalam kita melangkah ke hadapan yang di penuhi ruang dan peluang serta cabaran di Telekom Malaysia dan anak-anak syarikatnya, adalah amat penting kesatuan mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan logistik yang utuh.
Pelancaran Tabung Bangunan bagi penambahbaikan Wisma NUTE di atas tapak sedia ada (Lot. 180, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur) apabila siap nanti, di harap dapat menyediakan kemudahan jangka panjang kepada generasi kepimpinan akan datang.
Bangunan Wisma NUTE yang di beli pada tahun 1979 adalah merupakan "Double Storey Shoplot". Ia kini menempatkan Ibu Pejabat NUTE dan mempunyai kemudahan yang serba sederhana bagi mengadakan mesyuarat dan kursus/latihan kesatuan sekerja.
Jesteru itu Exco telah membuat keputusan untuk menaikkan satu tingkat bagi tujuan melengkapkan Bilik Mesyuarat/Latihan. Ianya sekaligus dapat menyelesaikan masalah bumbung bangunan yang tidak dapat menampung air hujan ketika hujan lebat di mana ianya akan membasahi ruang pejabat.
Oleh itu secara simbolik kita ingin menyeru kepada ahli-ahli NUTE agar dapat menyumbang sebiji batu bata yang sama jumlahnya dengan RM 20.00 bagi tujuan di atas.
Bersama-sama ini di sertakan Surat Akuan membenarkan TM memotong RM 20.00 dari Bonus 2010 yang akan di bayar pada penghujung bulan April 2011.
Sumbangan anda amat besar ertinya di dalam kita menyediakan tapak yang kukuh bagi pemimpin masa kini dan akan datang, memberi perkhidmatan kepada ahli-ahli dan mengujudkan hubungan harmoni di antara pekerja dan pihak pengurusan kumpulan TM serta anak syarikat.
Sila kembalikan Surat Akuan melalui fax ke nombor 03-22821015 atau email ke mdjafar@tm.com.my atau di serahkan kepada Pengerusi/Setiausaha Cawangan untuk sampai ke Ibu Pejabat NUTE pada atau sebelum 04hb. April 2011.
Sekian, Terima Kasih.
MOHD JAFAR ABD. MAJID
Presiden NUTE
Catitan : Bagi yang ingin memberi sumbangan tambahan boleh berbuat demikian dengan membuat sumbangan ke Akaun Maybank 514253503628.