NUTE SELANGOR BARAT

Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Telekomunikasi Semenanjung Malaysia
Cawangan Selangor Barat

Monday, May 14, 2012

PINDAAN JADUAL PERTAMA (FIRST SECHEDULE) AKTA KERJA 1955 - INTERPRETASI PEKERJA

Assalammualaikum Wbt & Salam Mesra 1 TM


Tuan / Puan,

Adalah dimaklumkan bahawa berdasarkan kepada Pindaan Jadual Pertama (First Schedule) Akta Kerja 1955, yang telah diluluskan oleh Parlimen dan telah diwartakan oleh pihak Kerajaan pada 30 Mac 2012 di mana pindaan telah dibuat ke atas interpretasi “Pekerja” yang berbunyi seperti berikut.
Pekerja bermaksud;
1. Mana-mana orang, tidak kira pekerjaannya, yang telah memasuki kontrak perkhidmatan dengan seorang majikan di mana upah orang tersebut tidak melebihi dua ribu ringgit sebulan.

Perkara 2 dan 3 dalam Jadual Pertama adalah tidak berubah dan pindaan akta ini adalah berkuatkuasa mulai 1 April 2012.

Tertakluk kepada pindaan peruntukan akta tersebut, pihak Human Capital Business Operations, Group Human Capital Management Ibu Pejabat telah mengeluarkan arahan kepada pihak Human Capital SSO untuk melaksanakan perubahan had gaji ini (salary capping) dari RM1,500.00 kepada RM2,00.00 di dalam sistem bagi tujuan pengiraan kadar bayaran lebihmasa bagi anggota di TM di Semenanjung Malaysia , salinan surat daripada GM HCBO, GHCM Ibu Pejabat (sila rujuk lampiran di atas) untuk makluman tuan/puan.

Dengan perubahan tersebut, anggota yang tidak ditakrifkan di bawah tafsiran Pekerja Manual, akan layak menuntut bayaran kerja lebihmasa berdasarkan kepada ”capping” yang baru ini bagi kerja-kerja lebihmasa yang dilakukan pada atau selepas bulan April 2012.

Dimajukan untuk makluman dan sukacita sekiran tuan/puan dapat mewar-warkan perkara ini kepada semua anggota di bawah seliaan tuan/puan

Sekian. Salam Hormat.


bp Head HCBO Selangor
Zaimah binti Rahmat
Pegawai Sokongan
Human Capital Business Operations
State Selangor