Ini adalah di antara keputusan akhir perbincangan Cadangan-Cadangan CA9 NUTE-TM hasil daripada pendapat2 & cadangan dari ahli2 NUTE seluruh Selangor Barat bertarikh Rabu 13 Jun 2012. Usul2 cadangan ini telah dibawa ke Bengkel CA9 seterusnya ke meja rundingan bersama pihak pengurusan nanti.Terima Kasih
ARTIKEL 22 PELARASAN GAJI .
22.1 Kenaikan dari 5.5% kepada 20%
ARTIKEL 28 - KENAIKAN PANGKAT
Kenaikan gred automatik selepas berkhidmat 25 tahun.
ARTIKEL 32 FAEDAH-FAEDAH PERUBATAN
32.1 - 1) Bantuan cermin mata kepada kakitangan yang memerlukan:
i. Kepada staff yang pertama kali memerlukan cermin mata
ii. bantuan/subsidi kepada staff untuk memperbaharui cermin mata setahun sekali
2) Rawatan susulan di hospital pakar dinaikkan dari 31 hari kepada 60 hari
3) Faedah perubatan RM35,000-00 diberikan kepada tanggungan (isteri,anak-anak)
4) Minta dihapuskan bayaran pendahuluan oleh hospital pakar
5) Perlindungan insuran RM35,000-00 sepanjang hayat
6) Perlindungan insuran 24 jam untuk kakitangan
ARTIKEL 43.1 PERBELANJAAN PENGINAPAN
Perbelanjaan penginapan tuntutan yang disokong dgn resit dinaikkan dari RM130 kpd RM200 (Semenanjung/Sabah/Serawak).
ARTIKEL 48 – ELAUN MEMANDU
48.1 Kereta
Dinaikkan dari RM6-00 kepada RM10-00
ARTIKEL 52 – ELAUN KESUSAHAN
1) Elaun kesusahan kepada kakitangan yang terlibat dengan rondaan kes kecurian kabel
2) Elaun kesusahan kepada kakitangan yang on call sahaja
ARTIKEL 61 – ELAUN BANTUAN PERUMAHAN
Mohon dinaikkan dari RM120-00 kepada RM500-00
ARTIKEL 64 – ELAUN KOS SARA HIDUP
Mohon dinaikan dari RM120-00 kepada RM500-00
ARTIKEL 68 – CUTI HAJI
Cuti 15 hari tanpa rekod untuk umrah yang pertama (sekali dalam perkhidmatan)
ARTIKEL 75 – PINJAMAN PERUMAHAN
75.1 Pinjaman perumahan dari RM150,000.00 kepada RM250,000.00
ARTIKEL 76 - PINJAMAN KENDERAAN
Jumlah pinjaman dinaikan dari RM50,000-00 kepada RM180,000-00
ARTIKEL 77 - PINJAMAN KOMPUTER
Pinjaman RM5,000-00 tanpa faedah untuk pembelian desk top computer, laptop, notebook & ipad.
ARTIKEL 78 – PENGECUALIAN SEWA TELEFON DAN JALUR LEBAR
78.4 memohon syarikat memberi perkhidmatan jalur lebar pakej 1Mbps unlimited secara PERCUMA seumur hidup tertakluk kepada 1 pakej sahaja setiap pekerja.
Anggota TM yang telah bersara wajib akan terus menikmati kemudahan sepanjang hayat yang diperuntukan dalam Artikel 78.1 dan 78.4 tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarikat dari semasa kesemasa
ARTIKEL 82 BANTUAN PENGKEBUMIAN
Kos urusan pengkebumian dinaikan dari RM1,200-00 kepada RM2,500-00
ARTIKEL 83.1 PAKAIAN SERAGAM
- Pakaian seragam kepada semua kakitangan non –executive termasuk admin & sales.
- Mohon pemberian kasut jenis safety boots kepada kakitangan bahagian SAF, ACCESS dan PO.