NUTE SELANGOR BARAT

Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Telekomunikasi Semenanjung Malaysia
Cawangan Selangor Barat

Thursday, October 18, 2012

PERJANJIAN BERSAMA KE SEMBILAN DI ANTARA KESATUAN KEBANGSAAN PEKERJA-PEKERJA TELEKOMUNIKASI, SEMENANJUNG MALAYSIA (NUTE) DAN TELEKOM MALAYSIA BERHAD

Untuk makluman, tempoh pemakaian Perjanjian Bersama Ke Lapan TM/NUTE akan
tamat tempoh pada 31.12.2012.

Namun sejajar dengan Artikel 9 – Perjanjian Bersama Ke Lapan TM/NUTE, mana mana
pihak boleh mengemukakan cadangan untuk merundingkan syarat baru selepas
01hb. Julai 2012.Bagi mendapatkan yang terbaik, NUTE Ibu Pejabat telah menghantar pekeliling pada 03hb. Mei 2012 kepada semua ahli-ahli melalui cawangan masing-masing, meminta dikemukakan cadangan, komen dan pandangan bagi penambahbaikan Perjanjian
Bersama Ke Sembilan TM/NUTE.

Pada 25hb & 26hb. Jun 2012, mesyuarat khas Majlis Jawatankuasa Agung NUTE
telah di adakan bagi merumuskan semua cadangan yang di terima dan ini di ikuti
dengan mesyuarat terakhir pada 03 & 04hb. Oktober 2012 bagi memuktamadkan
Draf Cadangan Perjanjian Bersama Ke Sembilan TM/NUTE.

Seterusnya pada 11hb. Oktober 2012, bertempat di Hotel Marriot, Putrajaya, telah
di adakan majlis ringkas bagi menyerahkan Draf cadangan tersebut.
Yang Berusaha En. Mohd Khalis Abdul Rahim, selaku Ketua Kumpulan Modal Insan,
GHCM TM, telah menerima Draf tersebut bagi pihak Telekom Malaysia. Turut hadir
Y. Bhg. Dato’ Shariff Zaimi Abu Hashim, Pengurus Besar, Human Capital Business
Driver, GHCM TM dan beberapa Pegawai Kanan dari GHCM, TM.

Bagi pihak Majlis Jawatankuasa Agung NUTE, saya ingin merakamkan ucapan terima
kasih kepada semua cawangan yang telah memberikan sokongan dan kerjasama di
dalam menghasilkan Draf Perjanjian tersebut.
Semua pandangan dan cadangan yang di utarakan telah kami perbincangkan dan di
perhalusi sebelum Draf tersebut di muktamadkan.
Sama-sama kita nantikan hasil perbincangan dan perundingan yang bakal di adakan


MOHD JAFAR B. ABD. MAJID,PPN,PMC
Presiden NUTE