Thursday, October 18, 2012
RANG UNDANG-UNDANG UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012
Perbincangan mengenai Rang Undang-Undang di atas yang di pengerusikan oleh
Y.Bhg. Dato’ Seri Zainal Rahim B. Seman, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber
Manusia telah di adakan di Putrajaya.
Mesyuarat Jawatankuasa mengenai Rang Undang-Undang umur persaraan minima
2012 turut di anggotai oleh MTUC mewakili pekerja-pekerja, MEF mewakili majikan-majikan,
Federation of Malaysian Manufactures, Malaysia Agricultural Producers
Association, American Malaysia Chamber of Commerce dan lain-lain.
Walaupun mendapat bantahan dari pihak majikan-majikan pada peringkat awal,
namun di akhir sesi perbincangan, di persetujui bahawa umur persaraan minima bagi
pekerja sektor swasta di Malaysia adalah 60 TAHUN.
Untuk makluman, Rang Undang-Undang tersebut telah pun di luluskan bacaannya di
Parlimen dan telah pun mendapat perkenan DYMM SPB Yang Di Pertuan Agong.
Kini ianya hanya menunggu tarikh di gazetkan oleh YB Menteri Sumber Manusia,
Dato’ Dr. S. Subramaniam sebelum ianya boleh di kuatkuasakan.
Walaubagaimanapun, salah satu artikel yang di cadangkan untuk di rundingkan dalam
Draf Perjanjian Bersama Ke 9 TM/NUTE adalah umur persaraan. Dalam hal ini
kesatuan mencadangkan umur persaraan di kaji semula dan di naikkan ke 60 tahun.
Samada melalui warta kerajaan atau Perjanjian Bersama TM/NUTE, sama-sama kita
tunggukan tarikhnya.
PROGRAM GERAK GEMPUR turun padang
Baru-baru ini kesatuan telah di beritahu bahawa TM akan mengadakan Program
Gerak Gempur ke seluruh negara.
Ianya adalah program sukarela yang terbuka kepada semua anggota TM yang
bersedia menyumbang dan membantu syarikat mendekati pelanggan menerusi
lawatan “pintu ke pintu” dan sebagainya.
Di antara ajinda Program Gerak Gempur adalah:-
Kutipan – mempromosikan Autopay sebagai satu cara mudah untuk pelanggan
membayar dan mengingatkan mereka tentang jumlah tertunggak sekiranya
ada.
Upselling – memperbaiki pengalaman penggunaan mereka menerusi pakejpakej
yang lebih tinggi dan perkhidmatan tambah nilai.
Churn Management – mengumpulkan aduan, maklum balas dan mengemaskini
maklumat mereka ke dalam sistem kita.
Pengalaman Pelanggan – sentuhan peribadi TM yang penuh hormat dan
prihatin, oleh anggota TM sendiri.
NUTE menyokong penuh inisiatif tersebut dan menyeru kepada semua sukarelawan,
terutamanya ahli-ahli NUTE, agar menyahut seruan TM di dalam melakukan sesuatu
yang berfaedah.
Program ini sebenarnya memberi peluang kepada kita melakukan tugasan di luar
jadual harian.
Semoga sumbangan yang sedikit dari setiap sukarelawan mampu membantu TM
merealisasikan peningkatan urusniaga dan prestasi syarikat, Insyaallah.
Sekian, Salam Hormat.
MOHD JAFAR B. ABD. MAJID,PPN,PMC
Presiden NUTE