NUTE SELANGOR BARAT

Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Telekomunikasi Semenanjung Malaysia
Cawangan Selangor Barat

Thursday, February 27, 2014

ARTIKEL 40 - PENAMATAN PERKHIDMATAN ATAS SEBAB PELANGGARAN KONTRAK PERKHIDMATAN


40.1  Seseorang pekerja hendaklah dianggap telah melanggar kontrak perkhidmatannya dengan Syarikat jika ia tidak hadir bertugas berterusan untuk satu tempoh yang melebihi dua (2) hari kerja berturut-turut tanpa kebenaran terlebih dahulu dari Syarikat, melainkan beliau mempunyai alasan yang munasabah untuk ketidakhadiran tersebut dan telah memberitahu atau cuba memberitahu Syarikat mengenai alasan tersebut sebelum atau pada peluang terawal semasa ketidakhadiran tersebut.

40.2  Syarikat boleh menamatkan perkhidmatan pekerja tanpa notis sekiranya berlaku perlanggaran kontrak perkhidmatan sebagaimana yang dinyatakan di Artikel 40.1 di atas.

40.3 Hak membuat rayuan:-

a) Pekerja yang ditamatkan perkhidmatan di bawah Artikel 40.2 adalah berhak membuat rayuan kepada Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Telekom Malaysia dalam tempoh tiga puluh (30) hari daripada tarikh notis pemberitahuan penamatan perkhidmatan.

b)Rayuan pekerja itu hendaklah diputuskan oleh Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Telekom Malaysia dalam tempoh tiga puluh (30) hari daripada tarikh penerimaan rayuan tersebut.

c)  Satu salinan keputusan rayuan yang dibuat oleh Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Telekom Malaysia, hendaklah dikemukakan kepada Kesatuan.

d) Pekerja berkenaan boleh menghantar terus surat rayuan terhadap penamatan perkhidmatan kepada Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Telekom Malaysia yang akan ditentukan oleh Syarikat.

Ini lah Artikel yang jarang di beri perhatian dan jarang di gunapakai oleh Exec/Penyelia terhadap pekerja yang melanggar Artikel ini. Dalam Artikel ini dengan jelas Pekerja boleh di tamatkan Perhidmatan (Buang Kerja) tanpa NOTIS. Maksudnya di sini tak perlu lagi diadakan Proses Siasatan Dalaman sebagaimana dalam Artikel 39.3.

Sila berhubung dengan pihak HCBD untuk mengetahui proses yang harus di ambil keatas anggota yang melanggar Artikel ini.

HJ.PAUZI CHE AHMAD
Assistant Manager IR Central Region
Human Capital BD | Level 2, Wisma TM Shah  Alam