NUTE SELANGOR BARAT

Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Telekomunikasi Semenanjung Malaysia
Cawangan Selangor Barat

Friday, November 20, 2009

MAJLIS PENYERAHAN CADANGAN PERJANJIAN BERSAMA KE EMPAT TSSSB/NUTE






Lanjutan daripada Bengkel Persiapan Perjanjian Bersama Ke 4 yang terdahulu, kini NUTE/TSSSB menempa satu lagi sejarah yang penuh bermakna dan nostalgia.

Untuk makluman semua, tanggal 13 November 2009 (Jumaat) jam 3.00 petang satu majlis Penyerahan Cadangan Perjanjian Bersama Ke 4 TSSSB/NUTE telah berlangsung. NUTE telah diwakili oleh sdra. Presiden, sdra. Setiausaha Agung, sdra. Bendahari Agung dan wakil penaja NUTE Cawangan TSSSB sdra. Zakaria Sanusi, sdra. Faizul Azali Zulkipli, sdra Almizan Ismail, sdra.Mustafiq Noh Zakaria dan sdri. Noriah Saidin. Manakala pihak Pengurusan TSSSB diketuai oleh En. Ahmad Khairul Razi Ismail (CEO), En. Zaid Mohamed Adib (Pengurus Besar HR) dan seluruh anggota MCM TSSSB.

Sebagai kenangan untuk diabadikan bersama, disertakan gambar-gambar semasa penyerahan cadangan CA tersebut, sila panjangkan kepada semua ahli-ahli NUTE.

Sekian salam hormat.

Tuesday, November 17, 2009

Program Derma Darah Wisma TM Shah Alam

Salam sejahtera.

Tuan/puan,

Adalah dimaklumkan bahawa OSHE Negeri Selangor akan menganjurkan satu Program Kempen Menderma Darah bersama dengan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Program ini adalah sebagai salah satu khidmat yang boleh disumbangkan oleh kakitangan dan pelanggan TM kepada masyarakat dalam membantu Tabung Darah Negara menampung kekurangan bekalan darah sediada. Selain itu program ini juga dapat membuka peluang dalam menimbulkan kesedaran kepada anggota TM tentang keperluan untuk menderma darah.

Program kempen tersebut adalah seperti berikut.

Tarikh : 23 Nov 2009 @ Isnin
Masa : 10.00 pagi ~ 3.00 petang
Tempat : Ruang Legar, Wisma TM Shah Alam
Seksyen 11, 40000 Shah Alam

Sehubungan itu, dalam menjayakan program ini saya menyeru kepada semua ketua unit dan pemimpin kesatuan untuk sama-sama menyokong program ini dengan menyahut seruan dan cabaran semasa kempen ini sebagai penderma. Tuan/puan juga digalakkan untuk membawa bersama-sama anggota dari unit tuan/puan dan ahli-ahli kesatuan supaya kita mendapat jumlah penyertaan yang semaksimum mungkin pada hari tersebut.

Diharapkan komitmen dan kerjasama yang tuan/puan berikan dalam menjayakan program ini akan dapat menaikkan nama TM Selangor dikalangan pelanggan TM dan agensi kerajaan dan juga OSHE Selangor dikalangan warga TM.

Sumbangan tuan/puan amat diharapkan dan dihargai.

Salam hormat.


Mazlan Ishak
Pembantu Pegawai OSH
TM Selangor

Monday, November 9, 2009

KEMASKINI PROFIL AHLI-AHLI NUTE SELANGOR BARAT

PIHAK NUTE SELANGOR BARAT SEDANG MENJALANKAN OPERASI KEMASKINI MAKLUMAT UNTUK SEMUA AHLI-AHLI NUTE CAW SELANGOR BARAT.

SILA BERHUBUNG DENGAN AJK NUTE BERHAMPIRAN ANDA UNTUK MEMBERIKAN PROFIL TERKINI SEPERTI NO TEL & ALAMAT RUMAH/TETAP ANDA.INI UNTUK MEMUDAHKAN SEBARANG URUSAN BERKAITAN NUTE.FORMAT DLM BENTUK A4 TELAH DIEMAILKAN KEPADA PEGAWAI NUTE SELURUH SELANGOR BARAT.

HARAP SEMUA AHLI-AHLI DAPAT MEMBERIKAN KERJASAMA DENGAN MENGHUBUNGI MEREKA SECEPAT MUNGKIN.

ATAU, PRINT BORANG DI ATAS, ISIKAN DAN HANTAR KEPADA AJK TERDEKAT


TERIMA KASIH

Thursday, November 5, 2009

BONUS RM500 Bagi pesara

Berkaitan Belanjawan 2010 yang telah diumumkan baru baru ini, Makluman dari Bahagian Pencen ,anggota yang menerima Pencen kurang dari RM500 sahaja yang layak menerima bonus Rm500 pada bulan Disember 2009 ini. Terima Kasih

Wednesday, October 14, 2009

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFIRI NUTE 2009

TEMPAT : Perkarangan Wisma NUTE Jln Bangsar KL.
TARIKH : ISNIN 19.10.2009
MASA : 3 -6 petang

Semua Ahli Dijemput hadir. AJK & Urusetia diminta hadir pada pukul 11 pagi. terima kasih.

BAYARAN PENDAHULUAN BAGI ANGGOTA YANG MENINGGAL DUNIA

Untuk makluman,
Anggota yang meninggal dunia akan di beri Pendahuluan RM 1000 olih Bahagian HR .
Bagi pihak Kesatuan RM 5000, bayaran ini akan di buat setelah dokumen Ahli di serah ke Ibu Pejabat NUTE.

Minta AJK ambil dokumen dari waris bagi melicinkan pembayaran ini.

MUKHTAR ALI BAZZIR ALI
PENGERUSI NUTE SELANGOR BARAT

Friday, October 2, 2009

KEMALANGAN STAFF ACCESS RNO UTARA





Dimajukan untuk makluman dan iktibar.Bagi makluman Bahagian OSHE ibu pejabat dalam proses menentukan “last point” bagi kerja RNO.
Minta AJK NUTE War war kan maklumat ini.

Terima Kasih.

MUKHTAR ALI BAZZIR ALI
Pengerusi



Petikan Email dari


USTAZ ZULKIFLI BIN HJ. HASIM
Unit Hal Ehwal Islam
Employee Event & Benefit Service
Human Capital SSO


Assalamualaikum Warahmatullah & Salam Sejahtera
Tuan/Puan Warga TM yang dihormati sekalian,

Dengan sedihnya dimaklumkan bahawa En. Abdul Jalani Bin Mohamad Razali, 38 tahun (Penyelia Teknik) ANO Taiping, Perak telah kembali ke Rahmatullah pada hari Jumaat jam 7:00 malam di Hospital Taiping akibat kemalangan semasa kerja (jatuh bumbung semasa membaiki doket di premis pelanggan), Allahyarham telah selamat dikebumikan pada hari Sabtu jam 10.00 pagi di di Tanah Perkuburan Islam Tekah, Asam Kumbang, Taiping, Perak.

Pemergian arwah merupakan satu kehilangan besar kepada TM yang sukar dicari ganti. Marilah bersama-sama kita menghadiahkan pahala Bacaan Al Fatihah dan mendoakan agar rohnya akan bersemadi aman dan ditempatkan oleh Allah SWT bersama roh orang orang yang beriman, para syuhada dan solihin. Insya Allah, AL-FATIHAH.

Sekian, terima kasih.
Wassalam.



PEKELILING 1 /2009 NETWORK OPERATION 9 sept 2009
Harap ambil perhatian


JEMPUTAN KE MAJLIS HARI RAYA RNO SELANGOR BARAT



TARIKH : 9 /10/2009
MASA : 8 MALAM
TEMPAT : DEWAN SUKAN BKT RAJA
KOMPLEKS TM BKT RAJA


Sila Hadir Beramai2 bersama2 keluarga..

Antara Hidangan Utama

-Sate
-Kambing golek
-Nasi Beriyani
-Ketupat & Lemang
-Char Kuey Teow
-Cendol

Ada cabutan bertuah dan juga Angpow raya utk kanak2....

Datang jgn tak datang... makanan dijamin cukup.

Monday, September 14, 2009

Makluman CA-8 & Borang Kemusykilan

Assalamualaikum,

Saya dan Wahid Salam Naib Pengerusi menghadiri Bengkel CA 8 pada 9,10 & 11 ,bagi makluman semua cadangan dari cawangan kita dan cawangan lain seluruh negara telah di ambil,Pihak Ibu Pejabat NUTE akan serahkan kepada Pengurusan TM pada 15hb.September,2009.Perbincangan CA 8 hanya akan
bermula pada bulan Oktober,2009.

Saya ada mendapat aduan dari Ahli yang dinaikkan pangkat,Elaun Dobi di potong,dari siasatan tiada apa apa perbincangan dengan pihak NUTE berhubung perkara ini,olih itu semua ahli di nasihatkan isi borang dan hantar pada S/U atau saya ,bagi kita ambil tindakan.

Pengerusi
NUTE Selangor Barat

Thursday, September 3, 2009

KAD PESARA TM

Merujuk perkara diatas dan perbincangan Pengerusi EN Mukhtar Ali dengan HR En Mazli Saaim no tel : 03 22401698 , di maklumkan kad bagi pesara akan di serahkan semasa
Program JASA Mu Kenang.

Antara Kemudahan kad ini:

1. Mohon perbaharui Talian Tetap setiap tahun.
2. Sewa Penginapan di semua Resort Telekom pada harga istimewa sama saperti di beri pada Anggota TM.

Insyallah, NUTE dari masa ke masa akan memohon kemudahan tambahan.

Friday, August 21, 2009

Untuk Makluman Ahli NUTE TSSSB & CELCOM

Saudara/Saudari Yang Dirahmati

Bersama-sama ini di lampirkan salinan surat yang di hantar ke Ketua Pengarah Jabatan Perhubungan Perusahaan untuk makluman saudara/saudari.
Sila panjangkan notis ini kepada semua ahli-ahli NUTE TSSSB, Celcom Malaysia dan Celcom Mobile dicawangan saudara/saudari.

Sekian, Terima Kasih.


ZULKIPLI NOOH
Setiausaha Agung
Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Telekomunikasi
Semenanjung Malaysia (NUTE)


Thursday, August 13, 2009

PENGGUNAAN MASK (Penghindaran H1N1)





H1N1 Alert dari TM http://1intra/h1n1/default.aspx
Status H1N1 dari KKM
http://h1n1.moh.gov.my/

  • These categories of staff that are eligible to be supplied with the masks , i.e. those who have:-

    -Close contact with customers
    -Work in crowded public areas
    -Work across the border
    -Been traveling abroad on official visits
    -Traveling locally on official trips but need to transit at any airport especially KLIA/LCCT/Subang
  • Mask utk staff2 terbabit akan diedarkan seberapa cepat yang mungkin.
  • Hand Sanitizer akan diletakkan di seluruh ibusawat TM sekitar Selangor Barat dalam masa terdekat ,

Monday, August 10, 2009

CADANGAN CA-8 DARI NUTE SELANGOR BARAT


1) BAKI CUTI TAHUNAN

Baki cuti tahunan kakitangan yang tidak dapat di habiskan bagi tahun2 berkenaan,di kumpulkan dan diberikan ganjaran berupa wang
ringgit dan dibayar semasa kakitangan berpencen nanti seperti yang di nikmati oleh kakitangan kerajaan masa kini

2) ANUGERAH KECEMERLANGAN
Anugerah kecemerlangan Kakitangan (Bulanan & Tahunan) dapat diteruskan seperti suatu ketika dahulu dan ditambah baik lagi dengan yang setimpal disamping dapat mengiktiraf sumbangan2 ganjaran kakitangan terhadap prestasi syarikat ianya juga dapat merapatkan hubungan antara kakitangan dengan pihak pengurusan syarikat.

3) JUNIOR EXECUTIVE
perlu diujudkan semula supaya mereka yang layak perlu diberi peluang kenaikkan pangkat yang lebih tinggi dalam gulongan bukan eksekutif.

4) RAWATAN

Rawatan yang dirujuk kepada doktor pakar antaranya mata, gigi, jantung dan sebagainya. Tiada had / limit untuk kos rawatan. Rawatan pakar ini merangkumi untuk suami isteri dan anak yang dalam tanggungan. Apabila didiagnosiskan dengan sesuatu penyakit oleh doktor pakar, kos rawatan hendaklah di tanggung sepenuhnya oleh pihak TM. Meminta setiap pekerja non-executive dimasukan ke dalam skim insuran individu dan dibayar oleh pihak TM dan dilindungi insuran tanpa had.

5) TAMBAHAN ELAUN
ELAUN COLA – Kadar COLA samarata RM 300.00 untuk semua lokasi / situasi.

ELAUN STANDBY - Dinaikkan dari RM5 sehari kepada kadar samarata sebanyak RM20 sehari

ELAUN MEMANDU – Dinaikkan dari RM5 sehari kepada RM300 sebulan.

ELAUN HADIRI KURSUS – Dinaikkan dari RM5 sehari kepada RM30 sehari.

6 ) STATUS RONDA MALAM
Pekerja yang terlibat dengan rondaan di waktu malam mestilah mendapat surat yang standard dari pihak HR untuk mengelakkan dari kekeliruan dan salahfaham sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak di ingini.

7 ) BAYARAN STREAMYX
Mencadangkan bayaran streamyx dikurangkan lagi atau diberi secara percuma untuk staff. Mengikut statistik pengguna dari kalangan staff hanya berjumlah 576 dari seluruh staff TM di Malaysia (Jun 2009).Pengurangan/penghapusan bayaran bulanan tersebut tidak akan mengakibatkan sebarang kerugian pendapatan kepada TM... bah kan dengan cara ini dapat mewujudkan kakitangan & keluarga yang lebih celik IT berbanding hanya sebilangan sahaja sekarang.. ini amat penting untuk ke arah HSBB yang akan menjadi bisnes teras TM suatu masa nanti.

8) BONUS.
Memohon bonus sekurang-kurangnya minima dua bulan gaji untuk tahun berkenaan

9) CUTI TAHUNAN
Mohon diselaraskan Kepada Semua Peringkat Dan Mengikut Para 65.2 CA ke Tujuh

10) PELARASAN GAJI
Mohon Kenaikan Minima Sekurang-kurangnya 10%

11) PAKEJ PERCUTIAN ATAU UMRAH
Dalam usia 55 dan 56 tahun, anggota diberi pilihan samaada menunaikan fardu Haji/umrah atau pakej percutian yg diuruskan oleh pihak pengurusan.Ianya sebagai penghargaan dari TM atas perkhidmatan mereka dijadikan sebagai program sekali dalam perkhidmatan mereka.

12) KUARTERS TM
Kuarters ini perlu diujudkan semula sama seperti TNB, beri peluang mereka yang berpendapatan rendah tinggal di tempat yamg lebih selesa.

CADANGAN & USUL2 LAIN MASIH DIBUKA, Sila kemukakan segera kepada AJK NUTE Berkaitan Terima Kasih

Wednesday, July 15, 2009

CADANGAN PERJANJIAN BERSAMA KE 8 TM/NUTE


Klik ke Gambar utk besarkan

Tuesday, July 14, 2009

PENCEN BAGI PEKERJA AGENSI KERAJAAN YANG DI SWASTAKAN - (JTM)



Klik gambar utk besarkan

MESYUARAT MAJLIS BERSAMA NEGERI (MBN) DIANTARA PENGURUSAN SELANGOR DAN NUTE SELANGOR 2/2009

ISU-ISU Dari Selangor Barat

1. Kawasan lapang di sebelah ibusawat Kapar,di miliki oleh TM. Pada hari minggu,tapak ini di jadi tapak golongan muda menunjukkan bakat memandu kereta secara impak maksima di mana bunyi yang bisang di keluarkan oleh kereta yang di pandu menyebabkan penduduk di sekitar membuat laporan kepada ketua kampung, perkara ini masih lagi berlaku kerana ketua kampong memberitahu tidak dapat mengambil tindakan kerana kawasan tersebut di miliki oleh TM.

2. Booth public telefon atau PAL di pasang seperti di TM Bukit Raja , Banting dan banyak lagi di TMpoint tetapi tak berfungsi serta tak joint dengan line tergantung begitu saja , sedangkan bayaran untuk pemasangan public phone telah di bayar kepada vendor. pemasangan booth tersebut yang telah memakan masa hampir setahun ini merugikan TM dan imej TM.

3. Ibusawat Sementa begitu teruk macam orang sopak kulit, cat yang ada telah banyak tertanggal , merosakkan imej TM minta di cat semula.

4. water cooler di exc BRA dan Sal mohon di baiki untuk kegunaan kakitangan.ianya tidak di selenggara dengan baik sila ambil perhatian.

5. Baikpulih Bilik Mesyuarat Sabak Bernam: Bulan lepas pegawai dari IP datang,dah ukur termasuk pejabat RNO SM, saya ada follow up, beliau kata dah hantar pada boss dan masih pending dalam bilik boss anggaran perbelanjaan 60K, harap dapat majukan walaupun bunyinya belanja besar tapi kami kat sini dah hampir 10 tahun masih berpejabat dalam kabin. -Hj Suhood


KEPUTUSAN DARI PIHAK PENGURUSAN

1. Bahagian Property akan memantau dan buat keputusan
2. Payphone bukan milik TM lagi dalam perkara ini tidak dapat keputusan.
3. Bahagian Property akan membuat tinjauan dan penyelesaian.
4. Semua ibusawat utama akan dibekalkan dengan water cooler
5. Ubah suai akan di jalankan dengan segera.

ANTARA ISU-ISU BARU DARI NUTE SELANGOR


- Ada ibusawat masih menggunakan perabut yang lama yg sedikit sebanyak menjejaskan imej TM.

Tn Hj sahrom mewakili GM RNO Central maklumkan bahawa sejumlah RM973,401.66 telah diperuntukkan bagi pembelian furniture & fitting bagi memberikan keselesaan kerja kepada semua anggota RNO Central.Bajet yg diterima bagi 2009 adalah secara quaterly dan peruntukan akan diberi kepada unit yang membuat permohonan terlebih dahulu

- Kasut Yang dibekalkan kurang berkualiti,Kualiti Kain dan warna pakaian tidak sama,T-shirt yang dibekalkan terlalu besar berbanding saiz sebenar.

Procurement Operation HQ- bekalan kasut pada tahun hadapan akan lebih baik.tahun ini masih menghabiskan bekalan tahun 2008. Warna baju bergantung pada stok kain.ukuran Tshirt bagi tahun 2008 dan 2009 adalah sama,cuma pada tahun 2007 ada slightly factory silap label yg terikut american size,Procurement akan semak bekalan utk selangor.

-Modem ADSL jenis Riger,adaptor yang cepat rosak.Kabinet MSAN masalah selalu 'Hang' dan sempit-sukar utk jumper.

Supplier telah upgrade spec adaptor yg lebih cepat rosak.Banyak masalah dengan modem ini.Pengurusan akan compile dari setiap zon utk maklumkan kpd En Norman hafiz Muhamad Rani- SPDF TM Retail.Ventilation dalam MPOC yang berbeza2. Ini menyebabkan sistem ventilation tidak betul dan mudah panas.perlu modifikasi tambahan kipas,pemasangan bunmbung,servis Cab 2 kali setahun & health check.-masih menunggu keputusan jawatankuasa ST. Sementara itu, Adaptor Riger yang rosak boleh dikumpulkan utk digantikan dengan yang baru oleh supplier.

Dan banyak lagi perkara-perkara berbangkit yg masih akan diusulkan pada Mesyuarat MBN edisi 3/2009 yang mendatang. Sebarang Isu2 baru, sila hubungi AJK NUTE SB yang terdekat.

Thursday, July 9, 2009

PIKET UTK GLC - sedutan dari sinar harian




KUALA LUMPUR - Sebanyak 80 kesatuan sekerja dalam pelbagai Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) semalam memutuskan untuk mengadakan piket di seluruh negara Jun ini untuk menyuarakan kekecewaan mereka. Dengan keanggotaan berjumlah 200,000, bekas kakitangan awam itu yang memilih bagi penswastaan pada awal 80-an dan 90-an kecewa kerana mendakwa kerajaan tidak menjaga kebajikan mereka serta tidak menunaikan janji untuk menawarkan terma dan syarat kerja lebih baik.

“Piket merupakan jalan terakhir kami untuk mendapatkan keadilan bagi anggota kami,” kata pengerusi pasukan petugas kesatuan itu Mohamed Shafie BP Mammal. Bercakap kepada Bernama di sini semalam, Mohamed Shafie yang juga Presiden Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Telekomunikasi Malaysia (NUTE) berkata kesatuan “masih terbuka kepada rundingan untuk tidak menjejaskan keharmonian perusahaan dalam kalangan syarikat-syarikat”.

Berita selanjutnya, sila klik
http://www.sinarharian.com.my/archive/070509/com/story2736281.asp

Wednesday, July 1, 2009

Terima Kasih TM & NUTE

Assalaa mua’laikum wa-Rahmatul-laahi wa-Barakaatuh dan Salam Sejahtera diucapkan kepada ahli-ahli serta keluarga NUTE-TM

Saya Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden NUTE telah mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden seterusnya mengundurkan diri sebagai Presiden pada 01 Julai 2009. Menyandang jawatan Presiden hampir 30 tahun. Mula memegang jawatan Pengerusi NUTE Negeri Sembilan pada tahun 1972 dan berkhidmat dengan NUTE 36 tahun.

Dalam tempoh saya menyandang jawatan Presiden, saya bersama rakan-rakan telah melalui pelbagai cabaran khususnya semasa era pengswastakan Jabatan Telekom Malaysia (JTM) pada Tahun 1987. Walau apa pun saya merasa bangga kerana dalam tempoh 21 tahun sebanyak Tujuh (7) Perjanjian Bersama telah ditandatangani yang telah membawa kualiti hidup ahli-ahli dan keluarga ditahap yang lebih baik.

Satu perkara yang membanggakan ialah kredibiliti NUTE tidak boleh dipertikaikan, nama NUTE sentiasa diperkatakan oleh organisasi-organisasi di peringkat Nasional, Regional serta Antarabangsa.

Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan dan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada setiap Ahli dan Keluarga TM diatas ikatan kerjasama selama ini. Saya juga ingin rakamkan ucapan terima kasih kepada Y. Bhg. Tan Sri Dato' IR Md. Radzi B. Mansor, Y. Bhg. Dato' Zamzamzairani Mohd Isa, Y. Bhg. Dato' Abdul Aziz B. Abu Bakar, Y. Bhg. Dato' Adnan Rofiee, Puan Mariam Bevi Batcha, semua Pegawai-Pegawai Kanan TM, Pengurus Besar Negeri-Negeri serta seluruh warga kerja TM.

Sebagai insan biasa sudah tentu saya mungkin ada terlanjur kata secara langsung atau tidak langsung dan atas semua perbuatan ini saya dengan rendah diri menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf. Saya doakan semoga saudara/saudari dan keluarga sentiasa sihat dan dirahmati Allah SWT.

Saya akan terus memberi perkhidmatan kepada kesatuan/persatuan yang bergabung dengan UNI di Malaysia, Rantau Asia Pasifik Dan Antarabangsa dan meneruskan perjuangan serta berkhidmat diantaranya:-

1) Presiden UNI Global Union-Malaysian Liaison Council (UNI-MLC)
2) Secretary General of Asean Services Employees Trade Union Council (ASETUC)
3) President of Kongres Kesatuan-Kesatuan Sekerja Dalam Syarikat GLC, Malaysia
4) Vice President of UNI Global Asia & Pacific Region
5) Director & Project Manager of UNI-MLC Migrant Workers Help-Desk
6) Ahli Lembaga Pengarah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB)
7) Ahli Majlis Panel Perunding Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
8) Jemaah Rayuan Keselamatan Social Malaysia (PERKESO) Wakil Pekerja
9) Penasihat Kesatuan Pekerja-Pekerja Telekom Sales & Services Sdn. Bhd. (UNITESS)
10) Penasihat/Perunding Bebas Industrial Relation (Perhubungan Perusahaan)
11) Vice President World Telecom
12) UNI Global Union World Executive Board member

Saya doakan semoga semua anggota-anggota TM bersama keluarga sentiasa sihat dan dirahmati Allah S.W.T.

HIDUP TM - HIDUP TM - HIDUP TM

Selepas ini saya boleh dihubungi, alamat;

UNI Global Union
asia & pacific
UNI-Malaysian Liaison Council
No. 17B, Tingkat 1,
Jalan Bangsar, 59200 Kuala Lumpur

No. Tel: 03-2284 1232/2284 2232
No. Fax: 03-2282 0555
E-mail: bpshafie@tm.net.my
unimlc@tm.net.my

Salam Hormat

MOHAMED SHAFIE BP MAMMAL
Presiden
Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja
Telekomunikasi Malaysia (NUTE)
29 Jun 2009

Wednesday, June 24, 2009

RESOLUSI DALAM PERJUMPAAN 80 KESATUAN GLC MALAYSIA

Merujuk Tajuk di atas , perjumpaaan wakil kesatuan yang di pengerusi kan oleh Tuan Haji Shafie B.P Mammal telah diadakan pada 16.06.2009 di Istana Hotel Kuala Lumpur.Perjumpaan ini di hadiri oleh En.Wahid Salam (Naib Pengerusi Cawangan Selangor Barat)

Resolusi yang di persetujui adalah seperti di bawah :

-Umur Persaraan bagi semua anggota yang berkidmat dalam Jabatan Telekom Malaysia di lanjutkan ke 58 tahun.
-Bayaran Pencen di tepat seperti kakitangan Kerajaan.
-CEO di pilih dari kalangan kakitangan dalaman syarikat GLC.
-Anggota yang tidak di beri pencen semasa peralihan di berikan pencen.

Bagi makluman ahli ahli, memorandum akan di hantar minggu ini ,sama sama kita doakan agar perjuangan kita mencapai kejayaan.

-Pengerusi NUTE SELANGOR BARAT-

Wednesday, June 3, 2009

BERITA NUTE

Berita NUTE

1 April 2009
- Taklimat Tuntutan PERKESO dan Risk Management di Dewan Seminar, Menara TM.
- Pekeliling Sumber Manusia No.4/2009 (1), Pengemaskinian Kelulusan Cuti Rehat Tahunan 2008 ke dalam Sistem ESS
- Taklimat Polisi Penyelengaraan Kenderaan oleh TMFA
- Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pakaian Seragam
- Pengumuman peringkat ketiga struktur organisasi

6-7 April 2009
- Diskusi finding manning level Triang di Temerloh

8 April 2009
- Lawatan kajian OT Gaji Sebenar di TM Jasin dan Bandar Melaka

9 & 10 April 2009
- Lawatan ke Bukit Larut dan Bukit Ladang Teh Lenggong, Perak.
- Pekeliling Sumber Manusia No.4/2009 (3), Terbitan Hak Saham Axiata Group Berhad (TMI)
- Diskusi finding manning level Subang Jaya, PJ dan Shah Alam di Ibusawat Subang Jaya.

11 April 2009
- TM Award Nights bertempat di PWTC

14 April 2009
- Bengkel Polisi Pengurusan Kenderaan serta Vehicle Rightsizing Programme.

18 & 19 April 2009
- ‘Site Visit’ ke DMP – Digital Multiplexer Platform, Bandar Melaka untuk kajian OT Gaji Sebenar.

20 April 2009
- Pekeliling Sumber Manusia No.4/2009 (4), Kehadiran di mesyuarat agung tahunan TM ke 24

22 April 2009
- Lawatan Kerja ke RNO TX FOC Temerloh/Raub bagi Kajian OT Gaji Sebenar.

30 April 2009
- Pekeliling Sumber Manusia No.4/2009(5), Pemberian Cenderahati/Hadiah


TAKLIMAT TATACARA TUNTUTAN PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL (PERKESO) DAN RISK MANAGEMENT

Seksyen IR/ER &OSHE, Group Human Capital Management telah menganjurkan satu program ceramah bertajuk “Tuntutan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969” pada 1 April 2009 (Rabu) bertempat di Dewan Seminar, Aras 50, Menara TM.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan pemahaman kepada anggota-anggota TM tentang faedah-faedah yang ditawarkan di bawah Skim Faedah PERKESO serta cara-cara untuk membuat tuntutan apabila terjadi sesuatu musibah seperti kemalangan di tempat kerja atau kecederaan kekal yang di alami oleh pekerja. Turut hadir pada hari itu adalah ketiga-tiga Presiden dan ahli-ahli EXCO Kesatuan dari NUTE, SUTE dan UTES serta kakitangan yang tugas harian mereka banyak terdedah kepada risiko.

Penceremah jemputan dari PERKESO yang menyampaikan taklimat pada hari itu adalah Encik Philip Sangkan dari Unit Caruman, Ibupejabat PERKESO. Majlis kemudiannya diteruskan dengan taklimat oleh Encik Muhammad Ibrahim dari Unit Pengurusan Risiko bertajuk “Program Insuran Pekerja TM”.

Turut hadir adalah Tuan Haji Mohd Ariffin Che Man, Pengurus Besar IR/ER & OSHE yang turut menyampaikan ucapan aluan pada awal program.


PEKELILING SUMBER MANUSIA NOO.4/2009 (1), PENGEMASKINIAN KELULUSAN CUTI REHAT TAHUNAN 2008 KE DALAM SISTEM ESS

1 April 2009, pemakluman kepada semua kakitangan TM bahawa baki cuti rehat tahun 2008 telah dikemaskini di dalam Sistem ESS Leave Management. Kelayakan membawa cuti ini ke tahun 2009 yang dibenarkan adalah mengikut klasifikasi kategori anggota iaitu:-
i) Anggota Eksekutif, jumlah maksima tidak melebihi separuh kelayakan CRT.
ii) Anggota Bukan Eksekutif lantikan sebelum 1/1/1990, jumlah maksima 14 hari.
iii) Anggota lantikan selepas 1/1/1990, jumlah maksima 2 hari.

Semua kakitangan dikehendaki membuat semakan kepada jumlah kelayakan ini sebelum 19/4/2009. selepas dari tarikh itu, semua CRT yang wujud di dalam sistem ESS adalah dianggap benar.

Group HR juga berharap semua kakitangan TM dapat mebuat perancangan cuti dengan lebih teliti bagi mengelakkan dari berlakunya pengumpulan cuti yang berlebihan hingga ke hujung tahun.


TAKLIMAT POLISI PENGGUNAAN KENDERAAN OLEH TMFA

1 April 2009, jam 2.30 hingga 4.00 petang bertempat di bilik mesyuarat Aras 13 Selatan, telah berlangsung sesi taklimat khas TMFA kepada 3 kesatuan berhubung dengan polisi penggunaan kenderaan TM.

Sesi ini telah dihadiri oleh 3 Presiden kesatuan dan Exco serta pengurusan kanan TMFA. Encik Hamzah Besar AGM TMFA telah memberikan penerangan mengenai cadangan mengadakan polisi ini. Pihak kestuan telah meberi maklum balas dan satu bengkel khas akan diadakan untuk membincangkan kaedah polisi ini bersama pihak-pihak yang terlibat dalam penggunaan kenderaan ini.


MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK PAKAIAN SERAGAM

1 April 2009, jam 4.00 petang bertempat di Bilik mesyuarat HC SSO Aras 10 Selatan telah berlangsung pula sesi mesyuarat jawatankuasa induk pakaian seragam.

Mesyuarat telah dihadiri oleh 3 presiden kesatuan dan jawatankuasa pengurusan pakaian seragam.


PENGUMUMAN PERINGKAT KETIGA STRUKTUR ORGANISASI

1 April 2009, GHCM telah mengumumkan stuktur organisasi ketiga dan kebawah bagi anggota yang terlibat bagi bahagian CSEG, Retail Product dan CSM yang boleh di akses di laman web http://myhr.tm.com.my/kmportal .

Selaras dengan penstrukturan semula organisasi, surat penempatan akan dikeluarkan kepada anggota yang terlibat bermula 1 April 2009. Anggota bukan eksekutif adalah dikehendaki untuk melapor diri kepada penyelia baru mulai pada 4 Mei 2009.

DISKUSI FINDING MANNING LEVEL TRIANG, TEMERLOH

6-7 April 2009, Lanjutan mesyuarat bagi tujuan rumusan akhir Manning Level telah diadakan di Ibusawat Temerloh, Pahang yang melibatkan pihak GHCM, CTO, RNO, HC SSO Pahang, IR/ER & OSHE dan NUTE.

Di antara rumusan Manning Level yang telah dibincangkan adalah mengemaskini data kajian untuk anggota unit SAF/Access, Switching, Transmission dan Data. Sesi akhir `wrap-up’ akan diadakan pada 4 Mei 2009 untuk merumuskan hasil dapatan kajian Manning Level Triang dan Subang Jaya.


LAWATAN KAJIAN OT GAJI SEBENAR KE TM JASIN, MELAKA DAN BANDAR MELAKA

8 April 2009, Lawatan kajian bagi 12 anggota Digital Data Network (DDN-TMW) dari Kuala Lumpur yang bertugas di luar kawsan di TM Jasin, Melaka untuk justifikasi tuntutan elaun kerja lebih masa mengikut gaji sebenar yang melibatkan pihak DDN-TMW, HC SSO Melaka dan IR/ER & OSHE.

Di antara aspek yang dinilai adalah sama ada tugasan anggota DDN-TMW untuk Bypass Project di interpretasi sebagai `Kerja Manual (Manual Work)’ seperti di dalam Jadual Pertama, Akta Kerja 1955; kekerapan tugasan Kerja Manual dan anggota yang terlibat dalam konteks kerja di TM atau sebaliknya. Hasil penilaian akan menentukan seseorang pekerja layak untuk menuntut elaun kerja lebih masa mengikut gaji sebenar atau sebaliknya. Sesi lanjutan lawatan telah diadakan pada 18 - 19 April 2009 untuk Digital Multiplexer Platform (DMP) upgrade di Unit 3, TM Melaka.


LAWATAN KE BUKIT LARUT DAN BUKIT LADANG TEH LENGGONG, PERAK

8,9 &10 April 2009, Adalah merupakan hari-hari dimana pihak NUTE memulakan sesi lawatan ke Taiping, Perak. Program Engagement antara TM dan Kesatun telah berlangusng pada 10 April dimana kedua-dua pihak telah membuat lawatan ke remote area iaitu:-
i) Stesen Bukit Larut
ii) Stesen Bukit Ladang Teh Lenggong

Dikedua-dua kawasan ini, masaalah kerosakan jalan serta tiada penyelengaraan menjadi isu yang membimbangkan.

Di Bukit Larut, 2km terakhir ke Stesen Bukit, keadaan jalan berlopak, kecuraman adalah faktor yang mengundang bahaya kepada anggota yang bertugas dalam 2 syif semasa berulang-alik. Kondisi kenderaan pacuan empat roda, lampu limpah kenderaan, wiresless set dalam kereta, kemudahan serta kebajikan kakitangan termasuk bekalan air bersih, first aid kit, isu waktu kerja, stafing yang akan pencen , OT gaji sebenar adalah antara isu yang dibangkitkan dalam dailog bersama kakitangan Bukit Larut.

Di Bukit Ladang Teh Lenggong, pihak pengurusan juga telah respon terhadap aduan NUTE dan telah menyaksi dan melalui sendiri jalan maut yang dikatakan. Hakikat jalan yang tidak sempurna amat ketara dan bersetuju isu ini perlu ditangani segera serta mengkaji semula semua pemasaalahan jalan-jalan ke setesen bukit.

Pemandangan laluan yang perlu dilalui oleh kakitangan di Stesen Buikit Teh Lenggong.

Lawatan seumpama ini menjelaskan situasi sebenar keadaan di remote area. Presiden NUTE serta Bendahari Agung, Pengerusi dan Setiausaha NUTE Perak Tengah, Pengerusi dan Setiausaha NUTE Perak Utara, GM dan Union Management IR/ER & OSHE HQ, HR dan OSHE Kawasan Utara telah turut sama menyertai program engagement ke remote area ini.


DISKUSI FINDING MANNING LEVEL SUBANGJAYA, PJ DAN SHAH ALAM DI IBUSAWAT SUBANG JAYA

9-10 April 2009, Lanjutan mesyuarat bagi tujuan rumusan akhir Manning Level telah diadakan di Ibusawat Subang Jaya, Selangor yang melibatkan pihak GHCM, CTO, RNO, HC SSO Selangor, IR/ER & OSHE dan NUTE.

Di antara rumusan Manning Level yang telah dibincangkan adalah mengemaskini data kajian untuk anggota unit SAF/Access, Switching, Transmission dan Data. Sesi akhir `wrap-up’ akan diadakan pada 4 Mei 2009 untuk merumuskan hasil dapatan kajian Manning Level Triang dan Subang Jaya.


PEKELILING SUMBER MANUSIA NO.4/2009 (3), TERBITAN HAK SAHAM AXIATA GROUP BERHAD (TMI)

10 April 2009, Axiata Group Berhad telah mengumumkan pemberian Terbitan Hak Saham Axiata kepada pemegang saham yang layak.

Hasil daripada Terbitan Hak Saham Aziata ini, semua kakitangan yang mempunyai pegagan opsyen saham Axiata yang belum dilunaskan melalui tawaran opsyen saham kakitangan khas TM (ESOS), penguhsuaian terhadap harga urusniaga opsyen saham dan jumlah saham Axiata yang ditawarkan akan dilakukan.


TM AWARDS NIGHTS, PWTC

11 April 2009, berlangsung di PWTC telah diadakan TM Awards Nights kali ke-4.

Ketiga-tiga presiden dan Exco kesatuan turut dijemput menghadiri majlis ini.


BENGKEL POLISI PENGURUSAN KENDERAAN SERTA VEHICLE RIGHTSIZING PROGRAMME

14 April 2009, bertempat di Bilik mesyuarat TMFA, Shah Alam telah berlangsung satu bengkel khas mengenai polisi penggunan kenderaan.

Bengkel ini turut dihadiri oleh ketiga-tiga kesatuan terdiri Presiden dan Exco NUTE, Sdr Mohd Ibrahim Hamid dan Roslan Tajuddin dari UTES dan Sdr Kian Hing dan Jafri Maton mewakili SUTE.

Dipihak pengurusan bengkel ini dihadiri oleh En Zam Ariffin, En Fazlur Rahman serta wakil-wakil unit bagi mencambahkan idea untuk menyiapkan suatu polisi yang komprehensif untuk kebaikan semua pihak, khususnya pengguna TMFA.

Program bengkel sehari ini telah mendapat respon baik kesatuan dengan mengutarakan beberapa isu dan masaalah yang diadukan oleh kesatuan berhubung kait dengan faktor kemudahan, keselesaan serta rungutan pekerja.

Bengkel sehari ini telah berakhir dengan tercapainya satu resolusi untuk TMFA menyiapkan satu draf polisi dan prosedur pengurusan kenderaan TM.

FREE MEDICAL CHECK UP Di BKT RAJA



Pihak OSHE TM Negeri Selangor akan mengadakan Program Pemeriksaan Kesihatan Anggota TM Selangor Selangor Barat.Bukit Raja telah dipilih utk menjadi lokasi program berdasarkan kedudukan yg strategik dan mempunyai ramai anggota.

LOKASI: TING 3, IBUSAWAT BKT RAJA
TARIKH: Khamis 18 JUN 2009

Sasaran program ini adalah kepada semua anggota tetap TM dikawasan tersebut dan belum pernah menyertai program pemeriksaan kesihatan yang pernah dibuat pada peringkat negeri di Shah Alam beberapa waktu dulu.

Anggota yang disasarkan untuk mengikuti program ini merangkumi semua unit (RNO, AND, Sales, Marketing,TMpoint, Subsidiries dll.) terutama anggota yang berusia 40 tahun keatas dan unit-unit yang bekerja dengan risiko.

Antara aktiviti yang terkandung dalam program ini adalah:

8.30-12.00 pagi
Ujian kolesterol
Ujian gula
Ukuran Body Mass Index
Ukuran Body Fat Assesment
Diet Chit Chat

12.00-1.00 tgh
ceramah kesihatan


Diharapkan kepada semua warga TM di seluruh Selangor Barat dapat mengambil peluang ini dengan sebaiknya untuk hadir beramai-ramai pada hari tersebut bagi meningkatkan tahap kesihatan kita.

Monday, June 1, 2009

MESYUARAT AGONG TIGA TAHUNAN KALI KE 2














MESYUARAT AGONG TIGA TAHUNAN KALI KE 2 telah diadakan di Wisma TM Shah Alam pada 21 Mei 08.Beberapa resolusi dan keputusan bersama telah dibuat utk tindakan ke NUTE Kebangsaan.