Tuesday, March 25, 2014
Monday, March 17, 2014
Thursday, February 27, 2014
ARTIKEL 40 - PENAMATAN PERKHIDMATAN ATAS SEBAB PELANGGARAN KONTRAK PERKHIDMATAN
40.1 Seseorang pekerja hendaklah dianggap telah melanggar
kontrak perkhidmatannya dengan Syarikat jika ia tidak hadir bertugas berterusan
untuk satu tempoh yang melebihi dua (2) hari kerja berturut-turut tanpa
kebenaran terlebih dahulu dari Syarikat, melainkan beliau mempunyai alasan yang
munasabah untuk ketidakhadiran tersebut dan telah memberitahu atau cuba
memberitahu Syarikat mengenai alasan tersebut sebelum atau pada peluang terawal
semasa ketidakhadiran tersebut.
40.2 Syarikat boleh menamatkan perkhidmatan pekerja tanpa notis
sekiranya berlaku perlanggaran kontrak perkhidmatan sebagaimana yang dinyatakan
di Artikel 40.1 di atas.
40.3 Hak
membuat rayuan:-
a) Pekerja yang ditamatkan perkhidmatan di bawah Artikel 40.2 adalah
berhak membuat rayuan kepada Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Telekom Malaysia
dalam tempoh tiga puluh (30) hari daripada tarikh notis pemberitahuan penamatan
perkhidmatan.
b)Rayuan pekerja itu hendaklah diputuskan oleh Jawatankuasa Rayuan
Tatatertib Telekom Malaysia dalam tempoh tiga puluh (30) hari daripada tarikh
penerimaan rayuan tersebut.
c) Satu salinan keputusan rayuan yang dibuat oleh Jawatankuasa
Rayuan Tatatertib Telekom Malaysia, hendaklah dikemukakan kepada Kesatuan.
d) Pekerja berkenaan boleh menghantar terus surat rayuan terhadap
penamatan perkhidmatan kepada Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Telekom Malaysia yang
akan ditentukan oleh Syarikat.
Ini lah Artikel yang jarang di
beri perhatian dan jarang di gunapakai oleh Exec/Penyelia terhadap pekerja yang
melanggar Artikel ini. Dalam Artikel ini dengan jelas Pekerja boleh di tamatkan
Perhidmatan (Buang Kerja) tanpa NOTIS. Maksudnya di sini tak perlu lagi
diadakan Proses Siasatan Dalaman sebagaimana dalam Artikel 39.3.
Sila berhubung dengan pihak HCBD
untuk mengetahui proses yang harus di ambil keatas anggota yang melanggar
Artikel ini.
HJ.PAUZI CHE AHMAD
Assistant Manager IR Central Region
Human Capital BD | Level 2, Wisma TM Shah Alam
Sunday, February 16, 2014
PENYALAH GUNAAN ARTIKEL 70 CUTI EHSAN CA-9 TM-NUTE
PERJANJIAN BERSAMA TM-NUTE KE 9 (CA-9)
PENYALAH GUNAAN ARTIKEL 70.1 a)iv) CUTI EHSAN :
Menjaga tanggungan dalam wad,mengiringi tanggungan menjalani rawatan di luar kawasan dan
mendapat rawatan di luar kawasan.
Dalam pemantauan HCBD Selangor ada anggota yang mengambil
cuti ehsan dan diluluskan untuk menjaga Ibu/Bapa dalam wad. Sedangkan artikel
ini hanya untuk tanggungan sahaja dan ibu bapa tidak
termasuk dalam tanggungan.
ARTIKEL 8-TAFSIRAN.
Artikel 8.8 Keluarga/Tanggungan.
Ertinya seorang suami/isteri kepada pekerja yang sah dan
anak-anak yang berumur lapan belas (18) tahun ke bawah atau sekiranya masih
belajar di sekolah/institusi secara sepenuh masa di bawah umur dua puluh tiga
(23)tahun.Had ini tidak terpakai bagi anak-anak yang cacat di sebabkan
kelemahan otak atau jasmani. Maksudnya anak ini
adalah tanggungan sepanjang hayat.
Ibu/Bapa hanya termasuk dalam
keluarga terdekat yang cuti ehsan hanya layak di ambil untuk kes kematian
sahaja.
ARTIKEL 70-CUTI EHSAN
ARTIKEL 70.1C)
Keluarga terdekat bermaksud isteri/suami, anak-anak,ibu
bapa,datuk/nenek pekerja,ibubapa mertua,adik beradik,ipar,ibu bapa saudara,anak
saudara,cucu dan menantu.(Dalam hal ini cuti ehsan
hanya untuk kes kematian sahaja).
ARTIKEL 70.2c)
Cuti Ehsan hendaklah di ambil pada masa kejadian itu di beri
tahu dan untuk tujuan kejadian itu sahaja.
PAUZI CHE AHMAD
Assistant Manager IR Central RegionHuman Capital BD | Level 2, Wisma TM Shah Alam
H/P: 013 3362323 | Off : 603-55184895 Fax : 603-55184892
Email : pauzicah@tm.com.my
Monday, February 3, 2014
PERSIDANGAN PERWAKILAN TIGA TAHUNAN NUTE 27-30 JAN 2014 PERLIS
Mesyuarat Tiga Tahunan Kali Ke 4 Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Telekomunikasi Malaysia telah berlangsung dengan jayanya pada 27-30 Jan 2014 Bertempat di Hotel Sri Malaysia, Kangar Perlis.Majlis telah diirasmikan oleh YB Dato Hj Ismail Bin Hj Abd Mutalib, Timbalan Menteri Sumber manusia.Majlis perasmian juga telah dihadiri oleh CEO Kumpulan TM, Tan Sri Zamzairani Mohd Isa, VP Dato Khalis Abd Rahim, Dato Sharif serta ramai lagi dari pihak pengurusan. Persidangan selama 4 hari ini telah di selang seli dengan Seminar & taklimat ringkas berkaitan hala tuju bisnes TM/Game Changers oleh EVP TM En Imri Mokhtar, Taklimat berkaitan produktiviti oleh MPC, GST oleh Jabatan Kastam Wilayah Utara, Motivasi dari YM Dr Tg Asmadi Tg Mohamad serta beberapa lagi penceramah yang lain.
Selangor Barat telah diwakili oleh,
Sdr Mukhtar Ali Bazzir Ali ( Naib Presiden)
Sdr Mahadi Maarof (Exco MJA)
Sdri Nur Jazilah Omar ( Setiausaha NUTE Selangor Barat )
Sdr Mohammad Zaaba Mohamad Yunus ( Bendahari NUTE Selangor Barat )
Sdr Shahrill Sahedan ( AJK Bkt Raja )
Sdr Ramli Md Razi ( AJK Sabak Bernam )
Sdr Samsudin Ahmad ( AJK Klang )
Sdr Abd Razak Johari ( AJK Banting )
RINGKASAN MESYUARAT
USUL YANG DITERIMA DARI SEMUA CAWANGAN & MJA - 69
USUL-USUL YANG DITERIMA TANPA BAHAS - 16
Caw Pulau Pinang
i)Memberi peluang kpd pemegang diploma utk menjawat jawatan eksekutif
ii)Anggota yang berkhidmat melebihi 30 tahun diberikan anugerah
iii) Jawatan SP3 diperluaskan ke seluruh negara
iv) Menamatkan perkhidmatan TROS
Caw Perak Utara
i) Kenaikan gaji harus inline dengan 'salary structure'
ii) Mengkaji & mempertimbangkan kedudukan jawatan Juruteknik Kanan SMS
iii) Meletakkan gambar calon-calon yang bertanding utk jawatan-jawatan dalam NUTE pada kertas undi.
iv) Pendahuluan akhir tahun dibayar pada gaji bulan November.
Caw Wilayah Peraj Tengah
i) tuntutan Rebet Broadband RM66 ditolak automatik daripada bil.
Caw Selangor Barat
i) Mencadangkan anak-anak anggota menikmati kemudahan rawatan hospital pakar swasta
ii) Mengkaji semula struktur gaji antara anggota baru & lama
iii) Cuti carry forward bagi anggota yg telah berkhidmat 10 tahun dinaikkan dari 2 hari ke 10 hari.
iv) Elaun makan kehadiran kursus dinaikkan lebih dari RM5
v) Isu 'One Man Show'
Caw Johor Utara
i) Cuti Ehsan dinaikkan dari 7 hari ke 10 hari
ii) Mencadangkan anggota yang melangsungkan perkahwinan anak layak mendapat cuti ehsan.
USUL-USUL YANG DITOLAK - 51
USUL-USUL YANG DITERIMA UNTUK DIBAHAS - 02
i) Kenaikan Yuran
ii)Mewujudkan Jawatan Setiausaha Eksekutif
Tuesday, November 26, 2013
Mesyuarat Agung Tiga Tahunan Kali Ke Tiga 2013-2016
Alhamdulillah... Mesyuarat Agung Tiga Tahunan Kali ke Tiga telah dilakukan dengan jayanya yg dirasmikan oleh Naib Presiden TM Selangor, Datuk Zaini Maatan pukul 10 pagi tadi.Semoga dengan adanya usul2 & cadangan dari ahli-ahli dapat kita bawa ke peringkat atas dengan lebih baik.Setinggi-tinggi penghargaan & Terima Kasih AJK yang telah bertungkus lumus serta kesemua ahli yang dapat hadir ke mesyuarat ini.
Monday, November 18, 2013
NOTIS PEMBERITAHUAN - Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke2
Dengan ini, Semua ahli NUTE Cawangan Selangor Barat dijemput hadir ke Mesyuarat Agung Tiga Tahunan Kali Kedua 2013 seperti berikut,
TARIKH : SELASA 26 November 2013
MASA : 10.00 Pagi
TEMPAT : Bilik Anggerik, Wisma TM Seksyen 11, Shah Alam.
Minta sampaikan kepada semua. Terima Kasih.
Terdapat sedikit perubahan
waktu/ masa mesyuarat ini iaitu jam 10.00 pagi kepada 9.30 pagi, manakala
pendaftaran jam 9.00 pagi.
Sila war-war info
perubahan masa ini kepada semua ahli-ahli NUTE untuk akan hadir/datang dalam
mesyuarat nanti. - SU NUTE Sb- Sdr Mahadi Maarof
Wednesday, November 13, 2013
PENGIRAAN UNDI NUTE CAWANGAN SELANGOR BARAT
Alhamdulillah.. Pengiraan undi telah selamat dijalankan pada tarikh & lokasi tersebut.
Tarikh : 12 November 2013
Hari : Selasa
Masa : 10.00 pagi – 3.00 Petang
Tempat : Bilik Emas, Finance, Tkt. 2 , Wisma TM Shah Alam
Keputusan penuh undian akan diumumkan secara rasmi pada mesyuarat agong NUTE cawangan Selangor Barat pada 26/11/2013 di Wisma TM Seksyen 11 Shah Alam.Semua ahli dijemput hadir.
Tarikh : 12 November 2013
Hari : Selasa
Masa : 10.00 pagi – 3.00 Petang
Tempat : Bilik Emas, Finance, Tkt. 2 , Wisma TM Shah Alam
Monday, October 28, 2013
NOTIS PEMBERITAHUAN
EDARAN KERTAS UNDI SULIT BAGI PEMILIHAN:
1) PEGAWAI-PEGAWAI KANAN KESATUAN KEBANGSAAN PEKERJA-PEKERJA TELEKOMUNIKASI, SEMENANJUNG MALAYSIA (NUTE) BAGI SESI 2013/2016
(Kertas Undi Warna Biru)
2) PEGAWAI DAN AHLI-AHLI JAWATANKUASA NUTE
CAWANGAN SELANGOR BARAT BAGI SESI 2013/2016(Kertas Undi Warna Hijau)
3) PERWAKILAN CAWANGAN KE PERSIDANGAN PERWAKILAN TIGA TAHUNAN
BAGI SESI 2013/2016(Kertas Undi Warna Kuning)
TARIKH & TEMPAT MENGUNDI.
TARIKH TEMPAT
6 NOV 2013
(10.00 Pagi - 1.00 Petang) IBUSAWAT BANTING
( 9.00 Pagi - 1.00 Petang) IBUSAWAT BUKIT RAJA
( 2.30 Petang - 5.00 Petang) FLEET MGMT/ ML S.ALAM
7 NOV 2013
( 9.00 Pagi - 1.00 Petang) IBUSAWAT KLANG SELATAN
( 9.00 Pagi - 1.00 Petang) IBUSAWAT KUALA SELANGOR
( 2.30 Petang - 5.00 Petang) IBUSAWAT SABAK BERNAM
( 2.30 Petang - 5.00 Petang) IBUSAWAT PORT KLANG
8 NOV 2013
( 9.00 Pagi - 1.00 Petang) KAFE WISMA TM,SEKSYEN 11, S ALAM
( 2.30 Petang - 5.00 Petang) IBUSAWAT SG RENGGAM
TEAM A
1) En Jumali Bin Mansor.
2) En Zakaria Putih.
3) En Azam bin Ismail
LOKASI LIPUTAN : Shah Alam, Sg Renggam, Klang, P.Klang & Banting
TEAM B
1) En Norhisam bin Kassim.
2) En Mudzafar Bin Hamidon.
3) En Mowadi Mohammad.
LOKASI LIPUTAN : Bukit Raja, K.Selangor & Sabak Bernam.
PENELITI UNDI TEAM A - akan bertugas di LOKASI UNGU
PENELITI UNDI TEAM B - akan bertugas di LOKASI HIJAU
1) En Jumali Bin Mansor.
2) En Zakaria Putih.
3) En Azam bin Ismail
LOKASI LIPUTAN : Shah Alam, Sg Renggam, Klang, P.Klang & Banting
TEAM B
1) En Norhisam bin Kassim.
2) En Mudzafar Bin Hamidon.
3) En Mowadi Mohammad.
LOKASI LIPUTAN : Bukit Raja, K.Selangor & Sabak Bernam.
PENELITI UNDI TEAM A - akan bertugas di LOKASI UNGU
PENELITI UNDI TEAM B - akan bertugas di LOKASI HIJAU
SEMUA AHLI-AHLI NUTE CAWANGAN SELANGOR BARAT & TSSSB YANG TELAH MENJADI AHLI ADALAH DENGAN INI DI JEMPUT HADIR PADA TARIKH, MASA & TEMPAT SEPERTI DIATAS UNTUK URUSAN UNDI SULIT.
TUNAIKAN TUGAS & TANGGUNGJAWAB ANDA DENGAN MEMBUANG UNDI PADA HARI TERSEBUT.
Friday, October 25, 2013
Mesyuarat Khas Persediaan Pemilihan NUTE 2013-2016
Mesyuarat khas persediaan pemilihan NUTE untuk penggal 2013-2016 telah selamat diadakan pada pukul 2.00 Petang,24/10/2013 di Bilik Anggerik Wisma TM Sekn 11 Shah Alam .


Gambar diatas adalah 5 diantara 6 orang peneliti undi yang telahpun di lantik sebelum ini.Mereka dilantik berdasarkan rekod-rekod bersama kepimpinan NUTE Selangor barat di beberapa pemilihan sebelum ini.
TEAM A
1) En Jumali Bin Mansor.
2) En Zakaria Putih.
3) En Azam bin Ismail
LOKASI LIPUTAN : Shah Alam, Sg Renggam, Klang, P.Klang & Banting
TEAM B
1) En Norhisam bin Kassim.
2) En Mudzafar Bin Hamidon.
3) En Mowadi Mohammad.
LOKASI LIPUTAN : Bukit Raja, K.Selangor & Sabak Bernam.
TARIKH & TEMPAT MENGUNDI.
TARIKH TEMPAT
6 NOV 2013
(10.00 Pagi - 1.00 Petang) IBUSAWAT BANTING
( 9.00 Pagi - 1.00 Petang) IBUSAWAT BUKIT RAJA
7 NOV 2013
( 9.00 Pagi - 1.00 Petang) IBUSAWAT KLANG SELATAN
( 9.00 Pagi - 1.00 Petang) IBUSAWAT KUALA SELANGOR
( 2.30 Petang - 5.00 Petang) IBUSAWAT SABAK BERNAM
8 NOV 2013
( 9.00 Pagi - 1.00 Petang) IBUSAWAT SHAH ALAM
( 2.30 Petang - 5.00 Petang) IBUSAWAT SG RENGGAM
TEAM A - akan bertugas di LOKASI KUNING
TEAM B - akan bertugas di LOKASI UNGU
Sila hubungi AJK berkaitan tempat anda untuk sebarang maklumat terkini berkaitan pemilihan ini. Terima kasih.


Gambar diatas adalah 5 diantara 6 orang peneliti undi yang telahpun di lantik sebelum ini.Mereka dilantik berdasarkan rekod-rekod bersama kepimpinan NUTE Selangor barat di beberapa pemilihan sebelum ini.
Perbincangan berkaitan pembahagian kawasan, logistik serta aturcara semasa pemilihan itu nanti telah berjalan dengan lancar. Keputusan pembahagian kumpulan & tempat adalah seperti berikut.Peneliti undi terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu TEAM A & TEAM B.
TEAM A
1) En Jumali Bin Mansor.
2) En Zakaria Putih.
3) En Azam bin Ismail
LOKASI LIPUTAN : Shah Alam, Sg Renggam, Klang, P.Klang & Banting
TEAM B
1) En Norhisam bin Kassim.
2) En Mudzafar Bin Hamidon.
3) En Mowadi Mohammad.
LOKASI LIPUTAN : Bukit Raja, K.Selangor & Sabak Bernam.
TARIKH & TEMPAT MENGUNDI.
TARIKH TEMPAT
6 NOV 2013
(10.00 Pagi - 1.00 Petang) IBUSAWAT BANTING
( 9.00 Pagi - 1.00 Petang) IBUSAWAT BUKIT RAJA
7 NOV 2013
( 9.00 Pagi - 1.00 Petang) IBUSAWAT KLANG SELATAN
( 9.00 Pagi - 1.00 Petang) IBUSAWAT KUALA SELANGOR
( 2.30 Petang - 5.00 Petang) IBUSAWAT SABAK BERNAM
8 NOV 2013
( 9.00 Pagi - 1.00 Petang) IBUSAWAT SHAH ALAM
( 2.30 Petang - 5.00 Petang) IBUSAWAT SG RENGGAM
TEAM A - akan bertugas di LOKASI KUNING
TEAM B - akan bertugas di LOKASI UNGU
Sila hubungi AJK berkaitan tempat anda untuk sebarang maklumat terkini berkaitan pemilihan ini. Terima kasih.
Tuntutan Bayaran Talian Jalur Lebar
1. Siapakah yang layak menikmati faedah ini?
Anggota bukan eksekutif TM berstatus jawatan tetap yang mempunyai akaun perkhidmatan jalur lebar TM yang telah didaftarkan atas nama anggota sahaja.
2. Apakah kelayakan yang diberikan?
Pakej perkhidmatan jalur lebar 1Mbps bernilai RM66 secara percuma berdasarkan pakej yang ditawarkan oleh syarikat dari semasa ke semasa. Kelayakan ini diberikan dalam bentuk tuntutan pembayaran.
3. Apakah cara untuk membuat tuntutan pembayaran?
Anggota perlu membuat pembayaran terlebih dahulu kemudian menggunakan sistem eClaim untuk membuat tuntutan pembayaran pakej jalur lebar.
4. Berapakah jumlah kelayakan tuntutan pembayaran?
RM66 untuk perkhidmatan jalur lebar TM seperti dibawah:-
1. STREAMYX : 1Mbps, 2Mbps, 4Mbps, 8Mbps dan Streamyx EVDO 384
2. UNIFI : VIP 5,VIP 10 dan VIP 20.
RM45 untuk STREAMYX 512Kbps (sekiranya anggota tidak dapat melanggan perkhidmatan 1Mbps kerana tiada perkhidmatan di kawasan tersebut).
5. Berapakah jumlah pakej yang dibenarkan untuk faedah ini?
Tertakluk kepada satu (1) pakej sahaja bagi setiap anggota.
6. Apakah yang perlu dikemukakan sebagai bukti pembayaran?
Anggota perlu mengemukakan bil atau resit sebagai bukti pembayaran dan bil sebagai rujukan untuk anggota membuat pembayaran tersebut.
7. Siapakah yang perlu dihubungi sekiranya anggota tidak mendapat bil?
Anggota boleh menghubungi mana-mana cawangan TM Point untuk mendapatkan bil. Anggota juga boleh menghubungi talian 100 bagi yang menggunakan perkhidmatan streamyx atau talian 1300 88 1221 bagi pengguna Unifi.
8. Berapakah bilangan tuntutan pada setiap bulan?
Anggota hanya layak menuntut bayaran semula sebanyak satu (1) kali pada setiap bulan.
9. Bilakah tarikh mula tuntutan boleh dilakukan?
Anggota boleh membuat tuntutan untuk pembayaran bil bermula dari bulan Mei 2013.
10. Bagamana sekiranya anggota melanggani pakej selain dari pakej 1Mbps, adakah anggota layak untuk membuat tuntutan pembayaran?
Sekiranya anggota telah melanggan pakej melebihi 1Mbps atau pakej yang lebih laju seperti pakej Unifi, anggota juga layak untuk membuat tuntutan.Tetapi jumlah maksimum tuntutan adalah sebanyak RM66.
11. Siapakah yang akan meluluskan tuntutan anggota?
Bagi tuntutan yang tidak melebihi tiga (3) bulan, penyelia anggota yang akan meluluskan permohonan tuntutan.
Bagi tuntutan yang melebihi tiga (3) bulan, pengurus besar yang akan meluluskan permohonan tuntutan anggota.
12. Siapakah yang perlu dipilih bagi meluluskan tuntutan pembayaran yang melebihi 3 bulan?
Bagi anggota yang bertugas di negeri-negeri, anggota perlu memilih pengurus besar negeri masing-masing sebagai orang yang meluluskan permohonan tuntutan.
Bagi anggota yang bertugas di ibu pejabat, anggota perlu memilih pengurus besar masing-masing untuk menjadi orang yang meluluskan permohonan tuntutan.
13. Berapa lamakah tempoh pakej ini akan akan diberikan?
Tempoh pakej ini akan diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan anggota dan berdasarkan pakej yang ditawarkan oleh syarikat dari semasa ke semasa
14. Siapakah yang boleh dihubungi bagi mendapatkan sebarang bantuan?
Sekiranya mempunyai sebarang masalah, anggota boleh menghubungi HRSSO Helpdesk
1800 88 9779 tekan 4.
Sekiranya tn/pn ada kaedah penambahbaikan sila beri
maklumbalas kepada pegawai NUTE yang terdekat. Walau apapun, Kami di NUTE Selangor Barat mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua perunding CA yang terlibat serta pihak pengurusan atas perlaksanaan tuntutan jalur lebar ini. Semoga semua warga kerja TM serta ahli NUTE amnya dapat menikmati & memanfaatkan kemudahan yang telah diberikan ini. Terima Kasih sekali lagi.
- Shahrill Sahedan -
- Shahrill Sahedan -
Wednesday, September 18, 2013
Isu Penundaan Pertukaran Anggota ZBT
Merujuk kepada surat penundaan
pertukaran anggota ZBT pada 11/9/13 yang lalu, pihak pengurusan telah
mengarahkan dibatalkan perkara di dalam perenggan akhir surat tersebut selaras
dengan keputusan perbincangan yang telah diadakan di antara VP NNO dan Presiden
NUTE.
Sekiranya anggota berkaitan memerlukan penjelasan, Boleh bertanya terus kepada Pengerusi NUTE Selangor Barat, En Mukhtar Ali Bazzir Ali.Terima Kasih
Berikut adalah Memorandum Bantahan mengenai Penstrukturan Semula ZBT yang telah di hantar oleh Tn Presiden kepada Y. Bhg. Dato’ Khalis sebelum ini.

















































