NUTE SELANGOR BARAT

Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Telekomunikasi Semenanjung Malaysia
Cawangan Selangor Barat

Friday, December 23, 2011

Friday, December 2, 2011

PERHIMPUNAN PEMIMPIN PEKERJA DI SEMUA BAHAGIAN ANJURAN MTUC


Ahli2 NUTE yang berkesempatan dijemput menghadirkan diri utk sokongan kpd MTUC berkaitan pindaan akta sekerja 1955 berkaitan 'Kontraktor tenaga sekerja'

Bertempat di Dewan MBSA seksyen 19 pada pukul 5-7PM 2/12/2012

Thursday, December 1, 2011

SEMINAR PERANAN KESATUAN SEKERJA DALAM MENJADIKAN MALAYSIA NEGARA BERPENDAPATAN TINGGI













Seramai lebih 250 orang merangkumi 50 kesatuan sekerja seluruh malaysia telah berkumpul di Hotel Concorde Shah Alam untuk menghadiri "SEMINAR PERANAN KESATUAN SEKERJA DALAM MENJADIKAN MALAYSIA NEGARA BERPENDAPATAN TINGGI" anjuran Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Malaysia (JHEKS) Pada Hari Rabu 30/11/2011. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB.Dato Seri Dr S. Subramaniam, Menteri Sumber Manusia. Pihak Ibupejabat NUTE telah menghantar 3 orang AJK untuk menghadiri seminar yang julung-julung kali diadakan ini.



Antara input-input baru yang diterima di dalam seminar ini.



Pengurusan Kesatuan Sekerja Yang Berkesan

Peranan Kesatuan Sekerja Dalam Ekonomi Berpendapatan Tinggi

Productivity Linked Wages Systems (PLWS)

Skills Malaysia : Ke Arah Mengarusperdana Latihan Kemahiran

Tuesday, November 22, 2011

PERKHIDMATAN KAUNSELING UNTUK PROG MEMBANTU PEKERJA (EAP)

Warga TM Sekalian,

Bahagian Pengurusan Modal Insan (GHCM) telah melantik kaunselor yang professional dan bertauliah (berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia) untuk memberi perkhidmatan kaunseling yang terbaik kepada warga Kumpulan TM. Jika anda atau anggota di bawah seliaan anda menghadapi masalah/konflik di tempat kerja atau masalah peribadi, kaunselor yang professional dan bertauliah ini dapat membantu anggota TM. Perkhidmatan ini disediakan secara percuma untuk anda.

Perkhidmatan kaunseling yang ditawarkan adalah:

ü Bersemuka dengan kaunselor di Pejabat Kaunselor
ü Kaunseling melalui telefon (Tele Counseling)
ü Bersemuka dengan kaunselor di Menara TM, Jalan Pantai Baharu, KL

Anda boleh bersemuka dengan kaunselor di pejabatnya pada bila-bila masa dalam waktu pejabat tetapi perlu membuat temujanji terlebih dahulu. Alamat pejabat kaunselor adalah:

51-1, 1st Floor, Jalan USJ 10/1A
Taipan Triangle
47620 Subang Jaya, Selangor Daul Ehsan

No. telefon kaunselor : 012-3006125
No. telefon untuk temujanji : 03-62016707 / 9707

Anda boleh berjumpa dengan kaunselor di Menara TM tetapi temujanji ini diadakan sebulan sekali sahaja di Bilik Tetamu Aras 50 Utara Menara TM, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur. Tarikh temujanjani sepanjang tahun ini adalah seperti berikut:-

§ 13 September 2011
§ 5 Oktober 2011
§ 1 November 2011
§ 6 Disember 2011

No. Telefon untuk temujanji : 013-3974123 / 03-22401707

Sekian. Terima kasih.


Employee Engagement
GROUP HUMAN CAPITAL MANAGEMENT

Friday, November 18, 2011

Open Counter Program- Take Ownership Of Your Own Data



Tuan/Puan

Assalammualaikum Wbt & Salam Mesra 1TM

Adalah dimaklumkan bahawa pihak Human Capital Shared Service Operation (HCSSO) Ibu Pejabat dengan kerjasama HCBO Selangor akan mengadakan ”Open Counter” bagi mengemaskini data kepada semua anggota TM Selangor pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:-

Tarikh : 23 – 24 November 2011
Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Ruang Legar SME Selangor
Ground Floor, Wisma TM Shah Alam

Sehubungan dengan itu kerjasama tuan/puan adalah diminta untuk mewarwarkan perkara ini kepada semua anggota di bawah pentadbiran tuan/puan untuk mengambil peluang ini dan bantuan tuan/puan juga adalah diminta untuk membuat salinan pada lampiran yang disertakan dan ditampalkan diruang papan notis atau di tempat-tempat yang bersesuaian. Sila maklumkan juga kepada anggota tuan/puan untuk membawa bersama salinan dokumen sokongan bagi tujuan pengesahan pada hari tersebut.


Sekian. Salam Hormat.
bp Head HCBO Selangor

Thursday, November 17, 2011

Majlis Perjumpaan Ahli2 NUTE Klang & P.Klang

Perjumpaan akli-ahli dengan NUTE Selangor Barat akan diadakan pada hari & waktu di bawah dan diharap Tuan/Puan dapat meluangkan masa untuk sama-sama hadir pada hari tersebut.

ZFT Pelabuhan Klang
Rabu 23 Nov 2011
Jam 8.30AM

Mohon juga di war-warkan kepada rakan2 yang tiada email @ yang tertinggal dalam email ini.

Harap maklum & T/kasih

Friday, November 4, 2011

MAJLIS PERJUMPAAN BERSAMA AHLI NUTE DI ZFT BANTING

Untuk makluman Perjumpaan akli-ahli NUTE Banting dengan pengurusan NUTE Selangor Barat akan diadakan pada hari & waktu di bawah dan diharap Tuan/Puan dapat meluangkan masa untuk sama-sama hadhir pada hari tersebut.

Ibusawat Banting, tingkat 3
Rabu 16 Nov 2011
Jam 8.30AM

Mohon juga di war-warkan kepada rakan2 yang tiada email @ yang tertinggal dalam email ini.

Harap maklum & T/kasih

Abd Razak Johari
AJK NUTE BANTING

Monday, October 31, 2011

Karnival OSHE TM Selangor 2011






Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Warga TM Selangor sekalian,

OSHE TM Selangor akan mengadakan ’Karnival OSHE TM Selangor 2011’ yang telah dijadualkan seperti berikut:-

Tarikh : 1 & 2 November 2011 @ Selasa dan Rabu
Tempat : Wisma TM Shah Alam
Masa : 8:30 pg – 5:30 ptg

Pihak Urusetia juga berbesar hati ingin menjemput semua warga TM Selangor untuk terlibat sama dalam membantu menjayakan karnival OSHE TM Selangor pada kali ini.

Senarai Gerai Pameran serta Jualan :

· TMFA ~ menyemak saman trafik, taklimat senggaraan kenderaan berjadual, pemanduan berhemah.
· HR Selangor ~ kaunter untuk mengemaskini tanggungan, penama dan yang berkaitan.
· PMCare ~ Pemeriksaan kesihatan percuma (Untuk anggota dan keluarga yang layak).
· Urutan reflexology (Untuk semua termasuk orang awam).
· Derma darah dari HTAR (untuk hari kedua sahaja) – Cenderahati disediakan kepada penderma.
· Pertandingan mencipta slogan dan Logo OSHE TM Selangor (Untuk anggota TM).
· Cabutan bertuah (Untuk semua anggota termasuk orang awam).
· Bomba – Demo & Pameran.
· PDRM – Pameran.
· Kotamas – Pinjaman, Ahli, serta jualan barangan dari kotamas.
· Bank Rakyat – Pinjaman & Pameran.
· Herbalife – Jualan & Pameran.
· Amanah Saham Nasional – Pameran.
· Perodua – Pameran & Jualan.
· Pelbagai produk kesihatan.
· Jualan dari Sales Selangor – Produk-produk TM.
· Demo “Confined Space”.


. NUTE SELANGOR - Pendaftaran keahlian baru & mengemaskini data terbaru ahli


Pelbagai hadiah serta acara menarik menanti anda.!!!

Marilah kita sama-sama memberi komitmen yang terbaik samada secara langsung ataupun tidak langsung supaya karnival ini boleh memberi impak yang besar kepada setiap anggota dan pengunjung yang bakal hadir ke acara kita nanti.

‘MEMBUDAYA KERJA SELAMAT, AMALAN HIDUP SIHAT DAN BERKAT’

Terima kasih dan salam hormat dari pihak Urusetia,

Ratnawilis binti Md Ambia
OSHE TM Selangor
Off.: 03 55184909
H/p.: 013 2608026
Fax: 03 55184892

Perjumpaan Diantara Pengurusan ZFT Selangor Barat & NUTE Selangor Barat

Dimaklumkan satu perjumpaan akan diadakan antara pihak pengurusan ZFT Sel.Barat dengan NUTE cawangan Sel.Barat bertujuan memberikan penjelasan kepada anggota ZFT Sel.Barat melibatkan beberapa perkara yang terkandung di dalam Perjanjian Bersama Ke-8 (merujuk artikel 30 – Kerja lebih masa dan artikel 31- Pertukaran) serta lain-lain perkara yang berkaitan.Sesi ini akan diadakan pada;

Tarikh : 9hb Nov 2011 (Rabu)
Masa : 9.00 pagi – 11.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat ting.3, TM Bkt.Raja.

Sesi ini juga akan dihadiri oleh pihak HC,Union Management (En.Ahmad Jaafar), HCBO selangor (En.Shuhaimi Daud) serta wakil-wakil dari NUTE SB.


Semua yang berkesempatan dijemput hadir.Terima Kasih

Tuesday, October 4, 2011

MY1TM Survey

Warga TM Sekalian,

Kini tibalah masanya untuk kita mengambil bahagian di dalam MY1TM Survey (yang sebelum ini dikenali sebagai Employee Engagement Survey - EEI). Kaji selidik ini merupakan kayu pengukur yang baik bagi pihak Pengurusan TM untuk mengetahui tahap kepuasan dan penglibatan setiap warga kerja TM.

MY1TM Survey akan dijalankan dari 26 September 2011 hingga 16 Oktober 2011.

Untuk memastikan kaji selidik ini dijalankan secara professional dan bebas, TM telah melantik Towers Watson, sebuah firma penyelidikan antarabangsa untuk menguruskan kaji selidik ini.

Setiap anggota TM di seluruh negara akan menerima emel dari Towers Watson dari 26 Spetember 2011. Anda perlu menggunakan kata laluan khas yang akan diberikan oleh Towers Watson untuk mengakses laman kaji selidik tersebut.

Anda boleh yakin bahawa setiap jawapan yang diberikan di dalam kaji selidik adalah sulit.Towers Watson hanya akan mengeluarkan keputusan kaji selidik untuk bahagian yang mempunyai sekurang-kurangnya 10 orang responden. Tidak ada sesiapa pun yang dapat melihat soalan kaji selidik yang telah lengkap pada satu-satu masa.

Kaji selidik ini akan mengambil masa tidak lebih daripada 20 minit masa anda. Jadi, pastikan anda mengambil bahagian di dalam MY1TM Survey agar anda dapat menyuarakan pendapat anda.

Terima kasih.

Mohd Khalis Abdul Rahim
Ketua Pegawai Modal Insan
(email bertarikh 22/9/2011)


Nutesb: mari sama2 kita menyuarakan pendapat dalam survey ini.Pihak pengurusan amat2 memerlukan pendapat dari staff sendiri. 1TM,1NUTE.

Thursday, August 25, 2011

Friday, June 24, 2011

SKIM FAEDAH PERSARAAN NUTE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Saudara/Saudari Yang Dihormati

Sebagaimana yang telah diputuskan dan dipersetujui didalam Mesyuarat Perwakilan Kali Ke2 di New York Hotel, Johor Bahru pada 25 dan 26 Januari 2011 yang lalu, iaitu Skim Faedah Persaraan NUTE dihentikan. Ini adalah sejajar dengan Perlembagaan NUTE yang tidak dinyatakan faedah ini.

Oleh itu pihak ibupejabat NUTE menyarankan kepada semua cawangan untuk memaklumkan kepada semua ahli-ahli tentang keputusan yang telah dipersetujui dan cawangan-cawangan tidak lagi mengeluarkan sebarang borang faedah persaraan.

Jika difikirkan perkara ini perlu diujudkan, maka perlembagaan NUTE hendaklah di pinda semula didalam satu mesyuarat khas perwakilan dimasa akan datang, untuk kelulusan.

Kerjasama saudara/saudari didalam menangani perkara ini diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian salam hormat

ZULKIPLI NOOH
Setiausaha Agung - NUTE

Wednesday, June 8, 2011

Lanjutan tarikh tutup PERADUAN MENCIPTA LOGO BARU NUTE

Lanjutan daripada Mesyuarat Urusetia NUTE yang lalu, mesyuarat telah membuat keputusan untuk melanjutkan Peraduan Mencipta Logo Baru NUTE. Dengan ini peluang masih terbuka dan diharap semua EXCO dapat menwar-warkan kepada seluruh ahli yang berminat bagi menyertai peraduan ini.

Mesyuarat juga telah memutuskan untuk memperuntukkan RM 500.00 kepada pencipta yang terpilih ciptaannya sebagai logo baru NUTE bagi hadiah utama dan memberikan hadiah cenderahati kepada penyertaan yang tidak berjaya.

Semua ciptaan hendaklah sampai ke ibupejabat NUTE pada atau sebelum 29 Julai 2011 (Jumaat) sebelum jam 5.00 petang.
Kerjasama dari saudara/saudari diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian salam hormat


ZULKIPLI NOOH
Setiausaha Agung - NUTE

Friday, April 29, 2011

Hari Memperingati Pekerja2 yang Terkorban & Cedera Peringkat Malaysia anjuran MTUC


Pengerusi Niosh Tan Sri Lee Lam Thye


Aturcara Program



Bacaan Ikrar













Nyalaan Lilin sekadar utk memperingati yang terkorban.


Seramai 5 orang AJK dari Selangor Barat yang terdiri dari Sdr Mohd Zaaba, Sdr Razak Johari, Sdr Samsuddin ahmad, Sdr Mohd Suhood Mustafa & Sdr Shahrill Sahedan terpilih utk mengikuti program '16 International Commeration Day For The Dead & Injured Worker di Wisma MTUC pada hari Khamis 28/4/2011.Program ini telah dirasmikan oleh Presiden NIOSH, Yg Bhg Tan Sri Lee Lam Thye. Seramai 80 orang dari seluruh gabungan MTUC telah menghadiri Program tersebut.

Tuesday, March 29, 2011

Rayuan Sumbangan Tabung Bangunan NUTE Malaysia


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Di dalam kita melangkah ke hadapan yang di penuhi ruang dan peluang serta cabaran di Telekom Malaysia dan anak-anak syarikatnya, adalah amat penting kesatuan mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan logistik yang utuh.

Pelancaran Tabung Bangunan bagi penambahbaikan Wisma NUTE di atas tapak sedia ada (Lot. 180, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur) apabila siap nanti, di harap dapat menyediakan kemudahan jangka panjang kepada generasi kepimpinan akan datang.

Bangunan Wisma NUTE yang di beli pada tahun 1979 adalah merupakan "Double Storey Shoplot". Ia kini menempatkan Ibu Pejabat NUTE dan mempunyai kemudahan yang serba sederhana bagi mengadakan mesyuarat dan kursus/latihan kesatuan sekerja.

Jesteru itu Exco telah membuat keputusan untuk menaikkan satu tingkat bagi tujuan melengkapkan Bilik Mesyuarat/Latihan. Ianya sekaligus dapat menyelesaikan masalah bumbung bangunan yang tidak dapat menampung air hujan ketika hujan lebat di mana ianya akan membasahi ruang pejabat.

Oleh itu secara simbolik kita ingin menyeru kepada ahli-ahli NUTE agar dapat menyumbang sebiji batu bata yang sama jumlahnya dengan RM 20.00 bagi tujuan di atas.

Bersama-sama ini di sertakan Surat Akuan membenarkan TM memotong RM 20.00 dari Bonus 2010 yang akan di bayar pada penghujung bulan April 2011.

Sumbangan anda amat besar ertinya di dalam kita menyediakan tapak yang kukuh bagi pemimpin masa kini dan akan datang, memberi perkhidmatan kepada ahli-ahli dan mengujudkan hubungan harmoni di antara pekerja dan pihak pengurusan kumpulan TM serta anak syarikat.

Sila kembalikan Surat Akuan melalui fax ke nombor 03-22821015 atau email ke mdjafar@tm.com.my atau di serahkan kepada Pengerusi/Setiausaha Cawangan untuk sampai ke Ibu Pejabat NUTE pada atau sebelum 04hb. April 2011.

Sekian, Terima Kasih.

MOHD JAFAR ABD. MAJID
Presiden NUTE

Catitan : Bagi yang ingin memberi sumbangan tambahan boleh berbuat demikian dengan membuat sumbangan ke Akaun Maybank 514253503628.

KGT TAHUN 2011 & NON EXEC CAREER PATH







Syukur Alhamdulillah setelah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan pihak Human Capital TM, mengenai pelaksanaan Kenaikan Gaji Tahunan berdasarkan Prestasi untuk Anggota Bukan Eksekutif mulai tahun 2011 dan Struktur Gaji baru serta Career Path, di perturunkan keputusannya.

KGT

Bagi yang masih belum maksimum (Gaji Mati) pengiraan KGT adalah kombinasi antara kadar tetap dan peratusan ke atas gaji. Harus di ingatkan, pemberian KGT dalam bulan Januari 2011 adalah atas dasar 3% ke atas mid point.

Dengan yang demikian, bagi pekerja yang berada di tahap 2,3, & 4, pengiraan KGT tambahan adalah seperti di "attachment" dan ianya akan berkuatkuasa mulai 01.01.2011.

Struktur Gaji Baru

Mulai bulan April 2011, Struktur Gred Baru adalah seperti di "attachment". Dengan pelaksanaan Gred Baru, Struktur Gaji (Salary Structure) turut berubah.Bagi pekerja yang berada di tahap maksimum (Gaji Max) Struktur Gaji Baru bakal memberi nafas baru kepada anda semua.


Sekiranya mempunyai sebarang persoalan mengenai KGT dan Struktur Gaji Baru, sila bersabar dan nantikan ketibaan Pegawai-Pegawai dari Group Human Capital TM dan NUTE di tempat saudara/saudari untuk sesi penerangan.

Sekian, Salam Hormat.



MOHD JAFAR ABD. MAJID
Presiden NUTE

Thursday, March 10, 2011

MEMORANDUM KEPADA PM




As-salamualaikum Saudara / Saudari Yang Di Rahmati Allah,

Pada 31hb. Januari 2011, selaku Timbalan Presiden MTUC, saya telah berkesempatan untuk turut serta didalam rombongan ke pejabat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia di Putrajaya bagi sesi kunjung hormat Pegawai Pegawai baru MTUC dengan YAB Perdana Menteri.

Kesempatan yang ada telah saya gunakan untuk menyerahkan Memo mengenai STATUS PEKERJA JTM YANG TIDAK MENDAPAT PENCEN atas sebab sebab tertentu. Ratusan pekerja terlibat dengan isu tersebut.

Ingin saya nyatakan bahawa isu sebenar yang dibawa adalah akibat kelalaian penjawat awam ketika itu yang telah menyebabkan mereka mereka ini tercicir dari mendapat status PENCEN.

Isu mengenai jumlah Pencen yang kecil, yang selalu di suarakan oleh pekerja yang berpencen, akan dikemukakan semasa sesi Bengkel bersama Kesatuan Kesatuan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) , yang dicadangkan pada bulan Jun atau Julai 2011.

Sekian, Salam Hormat.


Mohd Jafar Abd Majid
Presiden NUTE
Assalamualaikom

Bersama ini dilampirkan berita terkini dari president NUTE dan jelas maksudnya,Kami ahli NUTE Selangor Barat mengucapan tahniah dan syabas kepada tuan President kerana telah berjaya menyampaikan memorandum tersebut pada Perdana Menteri, Jarang sekali issu NUTE dibawa berjumpa PM. Kami ahli ahli NUTE Selangor Barat menaruh penuh kepercayaan dan menyokong terhadap tugas tugas yang dibuat oleh Tn President.Mudah mudahan Allah memberkati usaha kita, Tahniah Tn President. “You are the best leader”
TQ - Wahid Salam ( Naib Pengerusi NUTE Selangor Barat )

Monday, February 28, 2011

MENCIPTA LOGO BARU NUTE

Assalamualaikum

Saudara/Saudari

Sukacita dimaklumkan bahawa Ibupejabat NUTE masih lagi membuka kepada semua ahli untuk mencipta logo baru NUTE. Oleh yang demikian kami meminta kepada cawangan-cawangan memwar-warkan perkara ini kepada ahli-ahli masing-masing.

Pihak Ibupejabat akan memberikan saguhati RM 300 (Pertama), RM 200 (Kedua) dan RM 100 (Ketiga) kepada ciptaan yang terbaik sebagai logo baru NUTE yang akan digunapakai dimasa akan datang.

Semua ciptaan hendaklah sampai ke Ibupejabat NUTE pada atau sebelum 31 Mac 2011 (Khamis) jam 5.00 petang.
Sekian terima kasih dan salam hormat


ZULKIPLI NOOH
Setiausaha Agung - NUTE